Pembayaran Yuran Penyelenggaraan dan Bil Air

Kepada semua penghuni Pangsapuri Saujana Gombak,

Bermula dari 5hb. Jun 2009, segala pembayaran yuran penyelenggaraan dan bil air boleh dibuat secara tunai atau cek dan mestilah dibayar di atas nama ‘PANGSAPURI SAUJANA GOMBAK JOINT MANAGEMENT BODY‘ melalui akaun CIMB bernombor 12230011544053

Harap maklum.

About these ads

11 Responses

  1. Dengar kata sapa2 yg tak bayar maintenance tertunggak keta or motor tak leh masuk dlm (berkuatkuasa hari nie). Betul ke berita yg saya dapat nie tuan mod.

    • Salam,

      Yes, it’s true. Pihak JMB telah pun mengeluarkan notis di papan kenyataan di blok A dan B sebelum ini. Di samping itu JMB sendiri telah membuat usahanya sendiri dengan menghantar notis pembayaran dari rumah ke rumah. So, sepatutnya tiada alasan yang patut diberikan jika kenderaan anda tidak dibenarkan masuk ke PSG atau di block kad akses nnt..

      Moderator.

  2. sepatutnya dah lama dah buat macam tu. tapi MO kita tak tegas. bila buat macam ni, barulah orang akan ingat untuk bayar maintenance fee. kalau tak, buat bodoh jer. dia tau, lif dia boleh pakai, pool dia boleh pakai, gym dia boleh pakai…

  3. salam,

    Saya akan beli unit di Pangsapuri Saujana Gombak dan kalau boleh nak tanya macamna saya nak check sama ada owner bayar atau tak maintenance fees?

    • Salam saudara paeklawang,

      Selamat datang ke blog PSG. Saya mewakili JMB mengucapkan terima kasih kerana saudara sudi mengunjungi blog PSG ini. Tentang maintenance fees tersebut saudara bolehlah semak di management office PSG (MO) atau boleh berjumpa pihak JMB untuk mendapatkan bantuan (sila pastikan nombor unit rumah yang ingin dibeli). Saya nasihatkan saudara supaya memastikan pihak yg ingin menjual unit rumah kepada saudara tersebut menyelesaikan semua bayaran tertunggak sekiranya ada seperti maintenance fees, bil air dan lain2 bayaran sebelum pembelian dilakukan utk mengelakkan masalah kepada saudara di kemudian hari. Harap maklum.

      Moderator.

  4. Mesti dibayar dengan akaun bank ke? tak blh bayar kat MO tu je? Saya nak tanya je, pasal saya yg selalu buat urusan pembayaran. Suami sibuk.

    Soalan saya , boleh ke bayar tunai kat MO atau kena bank in duit ke akaun CIMB yg dorang edarkan tu ?

    Sebab saya nak pastikan le semua urusan tu mudah.. Pada saya nak ke bank ada masalah le pada saya, dan mungkin org lain juga. Kalau nak bank in guna internet kena bayar chargenye (dlm RM2) kot. utk org yg byk duit tak pelah… kalau org yg tak berduit.. mereka tak suka semua tu… tak suka sebab kena kuar duit, tak dapat pegi bank sebab keja. jadi kalau le elok dan baiknya bayar je dekat MO yg baru nanti… kalau boleh macam tu bagus le…

    • Salam,

      Insya’Allah bila sudah ada MO baru nnt, kita harapkan urusan akan jadi mudah semula. JMB cuma nak pastikan MO yg ada skrg masukkan semua wang yg dibayar oleh penduduk masuk ke akaun JMB. Utk makluman puan MO yg ada skrg gagal menguruskan wang/akaun dgn efisien & betul. Ini krn bil api/air sampai tertunggak dan tidak dimaklumkan kpd JMB seawal mungkin manakala wang ‘sinking fund’ (RM10) yg sepatutnya diasingkan tidak diasingkan, itulah krn JMB mengarahkan penduduk bayar terus ke akaun JMB bukan ke akaun developer. Cadangan saya utk lagi selamat sementara belum ditukar MO yg baru, puan bolehlah buat cek atas nama JMB & bayar ke MO. Tq.

      Moderator.

  5. salammm

    nak tanya skit , aku ni selalu bayar kat pej. MO jer .

    satu lagi pasal parking , susun pun susun ler , tarak masalah cuma ingatkan yg berbumbung tetap berbumbung , macam dlm SPA , jgn lain plak jadik …….. kecoh nanti ……

    • Salam,

      Untuk makluman semua rombakan parking nanti tidak melibatkan basement parking. Parking yg ada sekarang tidak tersusun dimana ada penduduk yang tinggal di blok A tetapi petak parking di blok B dan begitu juga sebaliknya. Diharapkan kepada penduduk apabila parking telah disusun nanti, tiada lagi kekecohan berlaku dan silalah parking di tempat anda sendiri.

      Moderator.

  6. lupa nak cut n paste kat sini , last tuesday punyer paper (News Straight Times) pasal TNB potong power supply kat bangunan Condo kat area Damansara , potong power utk lif , pump house etc … tapi utk rumah tak potong sbb individu punyer meter …. sbb MO tak bayar lebih kurang 1 juta bil elektrik …. kene check MO PSG ni dah bayar ker bill lettrik…..

    • nightwasher…

      sebelum ni saya pernah inform kat dalam blog ni yang pangsapuri kita ada tunggakan bil letrik sebanyak RM24 ribu. ni semua sebab Mohd. Noor & partners (MO kita yang sedia ada) tak bayar bil letrik. dah notis pemotongan sudah dikeluarkan tapi tak jadi potong sebab dorang bayar RM7 ribu. jadi, kalau tak tau dan kalau nak tau, memang Mohd Noor & partners tak bayar bil letrik kita dah 3 bulan dan kita hampir bergelap. rumah kita ada api lar coz kita bayar bil sendiri masing2. tapi lif, basement, pump house… takde ler… takde air lar umah kita…. sebab tu JMB skang ni dah keluarkan notis kepada Mohd Noor & Partners dan tamatkan perkhidmatan mereka dan digantikan dengan syarikat baru bulan Julai nanti. buat apa kita nak simpan lagi MO yang buat taik kat tempat kita, yang akan menyusahkan kita… betul tak? saya ada bukti yang mengatakan MO tak bayar bil. saya dapat dari TNB sendiri tau… bukan dari MO atau JMB.

      sebab tu saya salute JMB kerana bertindak pantas berdasarkan bukti2 yang saya kemukakan. mungkin penduduk lain tak tau yang JMB bersengkang mata, sakit2 kepala memikirkan masalah yang ditimbulkan oleh pihak MO dan developer. mereka sanggup luangkan masa mereka, korbankan masa kerja di pejabat mereka sendiri untuk ke TNB Taman Melawati dan Syabas bagi membincangkan masalah bil utiliti kita. mereka buat semua tu bukan sekadar tanggung jawab kerana sudah dilantik sebagai JMB tetapi demi kebaikan kita semua penduduk. untuk memberi kesenangan dan keselesaan kepada penduduk. begitu juga dengan masalah security. mereka sanggup turun padang, pegi survey beberapa syarikat security yang jada condo / apartment untuk nilai sendiri macam mana pekerja syarikat security yang cuba nak jaga tempat kita. walaupun penat balik kerja, sampai pukul 2 pagi baru balik rumah tapi mereka tetap menjalankan tanggungjawab mereka. penduduk tak tau kan? penduduk macam kita ni, sedap tidur kat umah. jadi, jangalah kita asyik nak hentam JMB jer… tanya2 lah khabar, ambik tau masalah kita. bukan masalah JMB tau… masalah KITA kerana kita adalah penduduk PSG.

      pengajaran lar buat kita…jangan lak PSG kuar paper lak, letrik kena potong, lif rosak, vandalisme….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: