Mesyuarat diantara JMB, MO dan pihak sekuriti pada 23hb Julai 2009

Malam tadi (23hb Julai 2009) lebih kurang pukul 9.00 malam telah diadakan mesyuarat diantara JMB, MO dan pihak sekuriti. Diantara agenda dibincangkan adalah berkenaan menyelaraskan ‘standing order’, penggubalan ‘house rules’, proses aduan dan tindakan, masalah dan cadangan. Mesyuarat ini juga bertujuan mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada dari segi keselamatan untuk diperbaiki dan setiap tindakan atau keputusan [...]

Eksklusif: Suasana sekitar atap genting di PSG

Gambar diambil siang tadi (22hb Julai 2009) di lokasi atas bumbung PSG oleh pihak pengurusan (MO), En.Izal. Menurut beliau, atap genting telah dipaku dan dibaikpulih oleh kontraktor bagi mengelakkan atap genting tertanggal lagi apabila angin ribut. Diharapkan dengan tindakan ini, kejadian atap genting jatuh berterbangan kebawah di PSG seperti sebelum ini tidak berulang lagi.

Gotong-royong mengecat dan menyusun tempat letak kereta di PSG

Pada 18hb Julai 2009, hari Sabtu dan 19hb Julai 2009, hari Ahad iaitu selepas perjumpaan PPPSG telah diadakan gotong-royong untuk mengecat dan menyusun semula tempat letak kereta di PSG. Pihak saya dan JMB mengucap ribuan terima kasih kepada penduduk yang sudi meluangkan masa dan keringat untuk bersama-sama menjayakan gotong-royong ini walaupun serba kekurangan. Gambar sekitar [...]

Kemaskini tentang perjumpaan Persatuan Penduduk Pangsapuri Saujana Gombak (PPPSG)

Seperti yang kita sedia maklum sebelum ini, satu perjumpaan dengan semua penduduk Pangsapuri Saujana Gombak telah diadakan pada 19hb Julai 2009 bersamaan hari Ahad lebih kurang pukul 11.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan Pangsapuri Saujana Gombak. Perjumpaan telah dipengerusikan oleh En.Mohd Feisal Mohamad selaku Penghulu PPPSG. Walaupun kedatangan penduduk kurang menggalakkan, beberapa agenda yang dirancang [...]

Tangki air bocor di PSG!

Untuk makluman semua, tangki air di blok A telah mengalami kebocoran sejak beberapa hari yang lalu sehingga menyebabkan salah sebuah unit rumah penghuni di tingkat 16 di blok A dimasuki air. Kejadian yang berlaku pada 13hb Julai 2009 lebih kurang pukul 2.00 pagi telah menyebabkan siling di dalam bilik tidur utama unit tersebut diresapi air. [...]

Notis Perjumpaan Persatuan Penduduk Pangsapuri Saujana Gombak (PPPSG)

Adalah dimaklumkan satu perjumpaan dengan semua penduduk Pangsapuri Saujana Gombak akan diadakan pada 19hb Julai 2009 bersamaan hari Ahad, pukul 11.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan Pangsapuri Saujana Gombak. Sila klik gambar dibawah untuk melihat notis dan maklumat lanjut berkenaan perkara ini.

Kolam renang ditutup?

Untuk makluman semua, ini juga BUKAN salah satu usaha JMB untuk menjimatkan penggunaan elektrik. Menurut En.Izal, pihak pengurusan (MO), kolam renang ditutup kepada penduduk adalah kerana terdapat kerosakan pada pam air yang berfungsi sebagai penapis sampah dan kekotoran yang terdapat dalam kolam. Pam air tersebut telah diperiksa dan pihak MO mendapati pam yang dipasang oleh [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.