Ya, “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul!”, itulah yang boleh dikatakan jika anda melihat gambar-gambar dibawah ini. Longgokan kayu, kerusi, meja dan lain-lain peralatan perabot jelas kelihatan jika anda lihat di tepi rumah sampah kita. Bukan pihak Pengurusan tidak mahu buang, tetapi sampah seperti ini tidak diterima untuk pelupusan oleh lori pengangkut sampah yang datang ke PSG. Bayangkan jika setiap unit di PSG membuang sampah jenis seperti ini, mungkin menggunung jadinya! Selain itu untuk melupuskannya, pihak Pengurusan perlulah menyewa lori yang lain untuk mengangkut sampah-sampah ini. Secara tidak langsung kos juga akan meningkat untuk sewaan lori tersebut. Untuk itu diseru semua penduduk bekerjasama agar sampah-sampah seperti ini tidak dibuang sewenang-wenangnya di bilik sampah setiap tingkat atau di rumah sampah di PSG, seharusnya ia dilupuskan sendiri oleh kita atau tuan empunya sampah! Sekurang-kurangnya kita dapat membantu pihak Pengurusan untuk meringankan beban kewangan yang semakin meningkat di masa ini dan tidaklah sakit mata apabila kita lalu di depan rumah sampah nanti, jadi fikir-fikirkanlah.




Filed under: Makluman





