Keahlian Sri Kandi – Di bawah naungan Biro Wanita & Kebajikan PSG

Untuk makluman, keahlian Sri Kandi adalah terbuka kepada semua penduduk (wanita) tidak mengira usia, bangsa atau agama. Setiap ahli dikehendaki membayar yuran bulanan sebanyak RM5 kepada Bendahari yang dilantik. Borang boleh dihantar terus kepada AJK-AJK Sri Kandi (Puan Lina, Puan Yati, Puan Ayu, Puan Dilla selaku Bendahari atau Puan Liza selaku Penghulu). Borang juga boleh [...]

Gerai jualan sempena bulan Ramadhan anjuran Sri Kandi

Kepada semua penduduk Pangsapuri Saujana Gombak, Adalah dimaklumkan Sri Kandi akan membuka gerai jualan bersempena bulan Ramadhan pada setiap hari Sabtu & Ahad bertempat di perkarangan kolam renang. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Puan Ayu di talian 019-333 0504. Sekian, terima kasih.

Lawatan ke Zoo Negara Anjuran Sri Kandi

Kepada semua penduduk PSG, Adalah dimaklumkan Sri Kandi akan mengadakan lawatan ke Zoo Negara pada 26hb Julai 2009 (Hari Ahad), dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Sila klik gambar dibawah untuk melihat poster dan maklumat lanjut berkenaan lawatan tersebut.

Aktiviti ziarah Sri Kandi pada 21hb Jun 2009 di PSG

Pada hari Ahad, 21hb Jun 2009, Sri Kandi telah menziarahi anak kepada AJK Biro Wanita dan Kebajikan, iaitu Pn. Fakartini binti Kamarudin, anak kepada Pn. Fauziah yang telah selamat melahirkan bayi kembar (lelaki dan perempuan). Bayi yang masing-masing diberi nama Mohd. Iz Eimran dan Nur Iz Eirdina selamat dilahirkan pada 18hb Jun, 2009 di Hospital [...]

Notis Mesyuarat Persatuan Hal Ehwal Wanita

Kepada Semua Penduduk Pangsapuri Saujana Gombak, Persatuan Hal Ehwal Wanita PSG (Sri Kandi) akan mengadakan mesyuarat pada 21hb Jun 2009 (Ahad) jam 4.00 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pangsapuri Saujana Gombak. Agenda mesyuarat ialah seperti berikut :- a) Kutipan yuran bulanan Sri Kandi sebanyak RM5 b) Perancangan aktiviti-aktiviti tahunan yang bersesuaian dengan kaum wanita dan kanak-kanak. c) Pembukaan [...]

Aktiviti ziarah Sri Kandi pada 31hb Mei 2009 di PSG

Pada hari Ahad, 31hb Mei 2009 yang lepas, Biro Wanita dan Kebajikan Pangsapuri Saujana Gombak (Sri Kandi) telah menziarahi salah seorang AJK Biro Wanita dan Kebajikan, iaitu Pn. Aminah binti Mat Amin (B-3A-7) yang selamat melahirkan anak ke-4. Sumbangan berupa barang-barang keperluan bayi turut diberikan hasil kutipan daripada ahli Sri Kandi. Kami ahli-ahli Sri Kandi [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.