Berdasarkan Akta 663 Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007, Joint Management Body(JMB) atau Badan Pengurusan Bersama adalah pertubuhan perbadanan (body corporate) yang kekal turun temurun(perpetual succession) dan mempunyai suatu meterai perbadanan biasa (common seal), serta boleh mendakwa dan didakwa. Ahli JMB terdiri daripada pemaju dan semua pembeli.
Tujuan utama penubuhan JMB ini adalah untuk menyediakan peluang kepada pembeli bersama menyenggara dan menguruskan bangunan dan harta bersama. Peluang ini diharapkan dapat digunakan oleh pemilik-pemilik petak (unit) bagi mendapat pengalaman dalam soal penyenggaraan dan pengurusan serta menjalin hubungan yang lebih rapat dengan pemaju.
Tugasan JMB ini dilakukan oleh ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama atau Joint Management Comitee(JMC) yang telah dilantik dan dipilih oleh pemilik yang layak didalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa JMB.





