Inikah sikap penduduk PSG?

Kejadian berlaku di hadapan mata saya pada 20/12/2009 lebih kurang pukul 2.00 petang, terdapat cebisan-cebisan nasi di bumbung sebuah kenderaan yang sengaja dilemparkan ke bawah oleh penduduk diatas!! Dimanakah perginya sikap tanggungjawab penduduk PSG sehingga ada yang kurang ajar sebegini! Tiada kata yang dapat diungkapkan lagi, saudara-saudari lihat sajalah gambar dibawah :

Keahlian Sri Kandi – Di bawah naungan Biro Wanita & Kebajikan PSG

Untuk makluman, keahlian Sri Kandi adalah terbuka kepada semua penduduk (wanita) tidak mengira usia, bangsa atau agama. Setiap ahli dikehendaki membayar yuran bulanan sebanyak RM5 kepada Bendahari yang dilantik. Borang boleh dihantar terus kepada AJK-AJK Sri Kandi (Puan Lina, Puan Yati, Puan Ayu, Puan Dilla selaku Bendahari atau Puan Liza selaku Penghulu). Borang juga boleh dihantar kepada AJK JMB dan Persatuan Penduduk PSG. Harap maklum.

Muat turun Borang Keahlian Sri Kandi

Sekitar gotong-royong dan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri & Deepavali pada 17hb Oktober 2009

Pada 17/10/2009 bersamaan hari Sabtu telah diadakan gotong-royong dan majlis sambutan Hari raya Aidilfitri dan Deepavali yang berlangsung pada sebelah malamnya. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan dimana ramai penduduk yang terdiri dari bangsa Melayu, Cina dan India yang telah sudi hadir ke majlis ini. Selain itu, Pesuruhjaya Bangunan (COB) dari MPS, En.Aminuddin dan keluarga turut meluangkan masa hadir bersama di majlis ini. Pihak PPPSG dan JMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang telah hadir dan khususnya penduduk-penduduk yang telah berganding bahu untuk sama-sama bergotong-royong dari awal hinggalah ke akhir dalam menjayakan majlis ini. Dibawah gambar sekitar gotong royong dan majlis yang sempat diambil (klik gambar untuk imej yang lebih besar):

Khas buat Mr. Gan, majlis meraikan kemenangan MU dan kekalahan Liverpool turut diadakan… untuk ‘release tension’ selepas penat bergotong-royong… :)

Kelihatan En.Nazam (MU), Mr.Gan (Liverpool), En.Aziz (tepi tingkap) & kanan sekali En. Sham (berkecuali) sedang meraikan kemenangan & kekalahan

Kelihatan En.Nazam (MU), Mr.Gan (Liverpool), En.Aziz (tepi tingkap) & kanan sekali En. Sham (berkecuali) sedang meraikan kemenangan & kekalahan

Nazam:Kemenangan yang sudah diduga... Mr.Gan: Kekalahan yang terpaksa ku terima

Nazam:Kemenangan yang sudah diduga... Mr.Gan: Kekalahan yang terpaksa ku terima

Aksi kemenangan & kekalahan... haha..

Aksi kemenangan & kekalahan... haha..

Langkah-langkah keselamatan rumah anda sebelum pulang berhari raya di kampung

Sedikit info untuk penduduk PSG sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing. Selamat berhari raya!

BAGAIMANA JENAYAH PECAH RUMAH DILAKUKAN?

1.Mengumpil mangga pintu/grill dengan pemutar skru atau objek tajam.
2.Mengeluarkan cermin tingkap dengan ‘jack’ atau besi.
3.Memotong mangga pintu dengan alat pemotong/gergaji besi.
4.Mengalih genting bumbung/memecahkan siling rumah.
5.Memasuki melalui pintu/tingkap yang terbuka/tidak berkunci atau memancing/mengait melalui tingkap terbuka atau terdedah.
6.Menggunakan kunci pendua/master key.
7. Menggunakan tong gas untuk me mecahkan pintu grill/pintu-pintu/tingkap.

LANGKAH PENCEGAHAN:

1. Memasang alat keselamatan pada pintu utama seperti lubang intai, rantai pintu serta menggunakan mangga tambahan dan selak keselamatan.

2. Sentiasa memasang/nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah untuk memberi gambaran ada orang di dalam rumah anda.

3. Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.

4. Minta bantuan dari jiran-jiran untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda di rumah.

5. Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.

6. Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah/premis perniagaan.

7. Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter electrik di luar rumah anda.

8. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti simpanan keselamatan di bank.

9. Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.

10. Laporkan ke Balai Polis berdekatan atau pengawal keselamatan bertugas sebelum pergi bercuti atau meninggalkan rumah untuk tempoh lebih dari satu hari.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum,

Saya, moderator blog PSG mewakili pihak JMB dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Saujana Gombak (PPPSG) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh penduduk PSG yang beragama Islam dan para pengunjung blog PSG ini. Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin memohon maaf zahir dan batin sekiranya terdapat salah silap tutur penulisan yang menyinggung mana-mana pihak samada disedari atau tidak. Semoga Aidilfitri yang bakal tiba nanti akan mengeratkan lagi talian silaturrahim di antara kita semua. Insya’Allah…

Moderator.

Nota: Kepada bloggers, anda bolehlah menghantar ucapan kepada rakan-rakan, sanak-saudara dan keluarga anda di ruangan komen. Harap maklum.

Kemaskini: Gambar sekitar majlis Jamuan Makan dan Berbuka Puasa pada 13hb September 2009

Majlis Jamuan Makan dan Berbuka Puasa ini telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Pangsapuri Saujana Gombak (PPPSG) dan Jawatankuasa Surau PSG. Walaupun majlis ini diadakan serba sederhana, sambutan amat menggalakkan. Terima kasih kepada penduduk yang telah sudi hadir. Diharapkan pada masa hadapan lebih ramai lagi penduduk yang akan hadir memeriahkan majlis seumpama ini tidak kira bangsa dan agama.

Gambar sekitar majlis yang dihadiri sebilangan penduduk PSG:

Jemputan Jamuan Makan dan Berbuka Puasa

Persatuan Penduduk Pangsapuri Saujana Gombak (PPPSG) menjemput semua penduduk Pangsapuri Saujana Gombak tidak mengira bangsa dan agama untuk menghadiri majlis jamuan makan dan berbuka puasa bersama penduduk seperti berikut:

Tarikh: 13hb September 2009, Ahad
Bertempat: Dewan Pangsapuri Saujana Gombak
Masa: 7.00 malam

Diharap dengan kehadiran tuan/puan semua dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk dan menyerikan majlis kita ini. Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

YDP/Penghulu: Feisal (016-340 9204)
Setiausaha: Hisham (013-394 2267)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.