Bekas kerani seleweng duit

CHERAS – Seorang bekas kerani Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebuah apartmen di sini didakwa pecah amanah kerana melarikan wang penyelenggaraan  berjumlah RM120,000.

Wang berkenaan disedari hilang selepas Ahli Jawatankuasa (AJK) penduduk mengadakan mesyuarat bersama JMB di apartmen berkenaan pada 3 Januari lalu.

Wakil penduduk yang mahu dikenali sebagai Wei, 53, mendakwa, penduduk mengesyaki bekas kerani tersebut kerana dia adalah individu yang bertanggungjawab menguruskan akaun JMB di apartmen berkenaan.

“Bekas kerani tersebut telah melarikan diri selepas penduduk mempertikaikan kehilangan wang berkenaan dalam laporan audit tahun 2015/2015.

“Sehingga kini kami gagal mengesan di mana dia berada sekarang selepas meninggalkan rumah sewanya di sini pada minggu lalu,” katanya.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat dan penduduk juga telah membawa perkara ini kepada pengetahuan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

“Dua laporan polis telah dibuat pada dua minggu lalu supaya suspek dapat diberkas bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan.

“Kami juga telah meminta Yang Dipertua MPKJ dan Pesuruhjaya Bangunan (COB) supaya dapat mengawasi perjalanan JMB di apartmen ini.

Katanya, salah laku bukan sahaja menyebabkan kerugian penduduk malah melunturkan kepercayan kepada JMB yang dipertanggungjawabkan.

“Kami sangsi kerana pihak yang dipertanggungjawabkan gagal menjalankan tugas mereka dengan baik.

“Kehilangan takkan melibatkan jumlah wang yang banyak jika JMB memeriksa kerja-kerja bekas kerani berkenaan,” katanya.

Difahamkan, kehilangan wang dilaporkan berlaku sejak Ogos 2015 sehingga Februari 2016 berdasarkan laporan audit yang dikeluarkan oleh JMB tersebut.

Sementara itu, wakil JMB apartmen berkata, mereka tidak menyangka kerani berkenaan tergamak membawa lari wang penyelenggaraan yang dibayar penduduk.

“Selama ini kami percaya dia menjalankan kerjanya dengan baik tetapi kami tak sangka pula dia sanggup curi duit penduduk.

“Mungkin sebab terlalu percaya pada kerjanya dan jarang memeriksa apa yang dilakukan menyebabkan dia mengambil kesempatan ,” katanya.

Menurutnya, kegiatan keji bekas kerani berkenaan terbongkar selepas juru audit khas yang diupah JMB mendapati pemalsuan resit bayaran bank telah berlaku.

“Bekas kerani berkenaan telah memalsukan resit bayaran wang yang dimasukkan ke dalam bank dengan memadam dan menukar tarikhnya pada setiap bulan.

“Resit asal tak diserahkan tetapi dia hanya menyerahkan salinan resit fotostat sebagai bukti laporan bayaran bulanan,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/bekas-kerani-seleweng-duit-1.495854

Advertisements

Isu penyelewengan wang di pangsapuri makin menjadi-jadi!

Klik gambar untuk besarkan imej

Dosa makan duit haram!

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim, kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui salahnya.


Mana-mana hasil dari perbuatan seperti mencuri dan merompak  akan dikira sebagai hasil rezeki haram yang apabila digunakan untuk membeli makanan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan kemudahan lain, maka ianya tetap haram. Oleh itu kesan pertama ke atas orang yang menggunakan sumber rezeki yang haram ialah doanya tidak diterima oleh Allah S.W.T., berdasarkan maksud sebahagian hadis dari Abu Hurairah berbunyi :

[Kemudian ia menyambutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, yang kusut masai rambutnya, lagi berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit sambil berdoa: Hai Tuhanku, hai Tuhanku, pada hal makanannya haram, minumnya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram pula, maka bagaimanakah mungkin itu diperkenankan baginya?]

(Hadis riwayat Muslim)

Kesan kedua ke atas orang yang melakukan perkara yang haram dan menafikan hukum Allah S.W.T. jika ia tidak bertaubat dengan serta-merta, maka ia adalah seorang yang telah terkeluar daripada agama islam, dan jika ia meninggal dunia ketika belum sempat bertaubat, maka meninggalnya itu dikira sebagai seorang yang kafir.

Kesan ketiga ialah daging yang tumbuh pada badan dan membesar ke atas orang yang makan dan minum hasil daripada rezeki yang haram tadi akan hanya layak untuk dibakar oleh api neraka, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. :

[Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya].

(Hadis riwayat Al-Tarmizi)

Kesan yang keempat daripada yang rezeki haram di perolehi untuk mendapatkan kemewahan akan menyebabkan Allah S.W.T murka.Alllah S.W.T. akan menurunkan bala dalam bentuk kehancuran sesebuah negara. Mereka yang terlibat secara langsung juga telah turut menyumbang kepada kehancuran tamadun bangsa dan negaranya sendiri. Sebab itulah seseorang yang mempunyai sifat amanah dan tanggungjawab yang tinggi serta iman yang mantap dan kuat, sudah pasti tidak sanggup melakukan dosa yang sebegini berat, yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada diri dan umat manusia seluruhnya. Firman Allah S.W.T. bermaksud :

[Dan apabila sampai tempoh kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya saat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya, maka berhaklah negeri binasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya].

(Surah Al-Syara’ : 16)

Kesan kelima daripada rezeki yang haram, akan menyebabkan harta seseorang tidak berkat, bahkan akan membawa kepada kehancuran bencana duniawi dan ukhrawi, sebagai contoh orang yang menerima hadiah ketika menjalankan tugas rasmi yang sudah dibayar gajinya, menyebabkan mereka tidak mampu untuk berlaku adil dan bertindak tegas dalam melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan, jika ini berlaku, maka bermulalah proses kehancuran sesebuah masyarakat dan negara, serta menerima balasan yang buruk dengan berdasarkan hadis dari Abu Humaidi Al- Sai’di, kisah ini berpunca dari petugas yang mengutip zakat yang bernama Lutbiah yang telah menerima wang hadiah ketika memungut zakat yang bermaksud :

[Mengapa para petugas zakat berbuat seperti itu, lebih baik dia duduk-duduk sahaja di rumah orang tua nya, apakah dia akan diberi hadiah?. Barangsiapa yang melakukan itu, iaitu menerima hadiah, maka di hari kiamat nanti, dia akan menanggung kembali hadiahnya di dunia itu dulu di atas bahunya apa-apa yang di terimanya, samada unta, lembu dan kambing].

(Hadis riwayat Muslim)

Setelah kita mendengar beberapa kesan berat dan amat menakutkan yang akan berlaku hasil daripada melakukan pelbagai perbuatan yang haram untuk mendapatkan rezeki, maka apakah tidak timbul sedikit pun rasa takut dan gementar di sanubari kita dengan azab dan janji Allah tersebut. Jika umat islam tidak mempunyai perasaan takut terhadap ancaman Allah S.W.T., dan sebaliknya masih terus melakukan perkara yang di haramkannya, maka sesungguhnya mereka itu telah termasuk dalam golongan orang yang bakal memasuki neraka Jahanam, berdasarkan kepada firman Allah S.W.T. :

[Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti KeEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) ; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai].

(Al-araf : 179)

Manusia yang masih berani melanggar perintah Allah S.W.T dan berterusan melakukan maksiat dan kemungkaran secara terang-terangan mahupun tersembunyi untuk mendapatkan rezeki yang haram adalah merupakan manusia yang tidak mempunyai perasaan atau yang telah mati rasa kemanusiaannya, mana-mana manusia yang telah mati rasa kemanusiaannya, sebenarnya mempunyai penyakit jiwa yang parah dan mereka akan sanggup melakukan apa sahaja kemungkaran dan kejahatan demi menunaikan keinginan dan dorongan nafsu syahwatnya yang tidak pernah puas. Sikap dan tindakan ini juga sudah pasti akan mendapat dokongan yanag kuat daripada para iblis dan syaitan.

Sanggupkah kita untuk turut sama menjadi manusia yang terlibat secara langsung dalam menyumbangkan peranan terhadap kemungkaran dan di masa yang sama menjadi pemangkin dalam mengundang kemurkaan Allah S.W.T di muka bumi ini. Tidakkah kita takut dengan konsep dosa yang berterusan yang akan tanggung jika kita turut menjadi model dan ikutan yang mendorong manusia lain untuk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Adakah kita tidak merasa takut dan gementar dengan pertanyaan semasa kita berada di alam kubur dan seterusnya di padang mahsyar nanti. Berdasarkan hadis daripada Abu Barzah, soalan itu berbunyi begini:

[Tidak berganjak kedua kaki seseorang hamba (dihadapan Allah S.W.T) pada hari kiamat, sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya].

(Riwayat Al-Tarmizi)

Marilah kita meningkatkan muhasabah. Memandangkan kita masih berpeluang untuk memohon ampun dan bertaubat, maka ambillah kesempatan ini dan lakukanlah dengan penuh khusyuk, tawadduk mematuhi syarat-syarat taubat dan berjanji tidak mahu mengulangi lagi perbuatan yang diharamkan oleh Allah S.W.T demi untuk mendapat keredhaannya. Marilah kita selaku umat islam yang beriman dengan hari akhirat yang akan memberikan balasan balasan baik atau buruk bersama-sama membanteras perbuatan yang dimurkai oleh Allah S.W.T ini. Dengan tindakan ini ia bukan sahaja akan menyelamatkan diri dan keluarga, bahkan masyarakat dan negara kita. Rasulullah S.A.W menegaskan :

[Orang kaya bukanlah orang yang banyak hartanya, akan tetapi hakikat orang kaya adalah orang yang kaya hatinya].

(Riwayat al-Bukhari)

Dua direman kes penyelewengan JMB RM 1.5 juta

Dua individu, seorang bekas setiausaha dan bekas akauntan Badan Pengurusan Bersama (JMB) direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan berjumlah RM1.5 Juta milik badan berkenaan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2010

Adab berpuasa dan solat terawih

Sumber: Utusan Malaysia

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai’, sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

– NAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

‘Discussion Board’ di Facebook Saujana Gombak kini dibuka

Kepada penduduk Pangsapuri Saujana Gombak yang mempunyai akaun Facebook, sila ke Facebook Saujana Gombak untuk mengadakan perbincangan mengenai PSG secara online. Terima kasih.

Anda juga boleh terus klik di SINI

Moderator.