Tempoh Liabiliti Cacat (Defect Liability Period)

Apakah Tempoh Liabiliti Cacat atau Defect Liability Period(DLP)? Ianya adalah tempoh jaminan dimana pemaju bertanggungjawab memperbaiki sebarang kecacatan yang disebabkan mutu kerja atau bahan yang digunakan yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan didalam perjanjian jual beli ataupun  piawaian bangunan di Malaysia.

Kecacatan ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu kecacatan yang dijumpai semasa pemeriksaan biasa dan kecacatan yang timbul setelah rumah diduduki. Tempoh jaminan ini adalah selama 18 bulan selepas kunci rumah diserahkan kepada pemilik.

Diantara kecacatan yang sering dijumpai adalah;

1)Jubin lantai, dinding bahagian dapur dan bilik air

Pemasangan jubin lantai tidak kemas -mengeluarkan bunyi seperti terdapat ruang kosong jika diketuk  dengan duit syiling.

Terdapat jubin yang sumbing.

Warna jubin yang tidak sekata.

2) Pintu

Pemasangan pintu yang tidak kemas seperti terdapat ruang diantara pintu dan bingkai yang luarbiasa.

Pintu tidak boleh dibuka sepenuhnya.

Kunci pintu tidak berfungsi dengan baik.

3)Tingkap

Pemasangan tingkap yang tidak kemas seperti ruang diantara tingkap dan bingkai yang luarbiasa.

Tingkap tidak boleh ditutup dengan rapat atau tidak boleh dibuka sepenuhnya.

4)Pintu Gelongsor

Tidak boleh dibuka atau ditutup dengan mudah.

Kunci tidak berfungsi dengan baik.

Keretakan pada kaca.

5)Dinding

Kemasan dinding yang tidak memuaskan seperti lekukan yang ketara atau cat bertompok-tompok.

Terdapat retakan dan rekahan(pastikan samada dinding atau cat).

Terdapat kesan tompokan air.

6)Sistem Paip

Tekanan air yang tidak tetap atau terlalu perlahan.

Tap air tidak berfungsi dengan baik atau terdapat lelehan air.

Air tidak mengalir dengan lancar(bertakung) melalui lubang penyaliran di balkoni, dry yard dan bilik air.

Terdapat kesan tompokan air atau lembab disebalik dinding bilik air atau laluan air.

Jika ada diantara kecacatan diatas berlaku dirumah anda, sebagai pemilik anda berhak melaporkan ke pejabat pengurusan dan pihak JMB sebelum tarikh terakhir Tempoh Liabiliti Cacat dan menuntut dari pemaju supaya memperbaiki kecacatan tersebut.

Buat pengetahuan, baki 5% dari harga rumah masih belum diterima oleh pihak pemaju. Duit ini amanahkan kepada peguam untuk menjaga sehingga Tempoh Liabiliti Cacat tamat sebelum diserahkan kepada pemaju. Selagi pemaju tidak memperbaiki kecacatan tersebut, wang tersebut tidak akan diserahkan kepada pemaju.

Bagi kepentingan bersama kita juga perlu memerhatikan kawasan bersama seperti lif, tempat meletak kereta, kaki lima dan lain-lain jika terdapat sebarang kecacatan supaya pihak pemaju memperbaikinya sebelum berakhirnya Tempoh Liabiliti Cacat yang akan berakhir pada bulan April 2009.

Rumah Kita Milik Bersama….

15 Responses

  1. DLP atau Tempoh Tanggungan Kecacatan adalah tempoh yang diberikan kepada pihak kontraktor atau pemaju selepas tamat tempoh sesuatu projek, ia biasanya antara 18 hingga 24 bulan. Kemudian pihak perunding profesional (Arkitek/Jurutera) akan mengeluarkan CCC (Certificate of Completion and Compliance) (dulu adalah Certificate of Fitness For Occupation (CFO) yang dikeluarkan oleh PBT) kepada pihak pemaju menyatakan bangunan selamat untuk diduduki.

    Dalam tempoh ini, segala kecacatan atau kerosakan sah yang dilaporkan oleh pihak pengguna atau penghuni mesti diambil tindakan segera dengan kos oleh pihak pemaju. Selepas habis tempoh tersebut, kebiasaannya pihak pemaju diberi tempoh 3 bulan lebih untuk menyelesaikan segala kerosakan atau kecacatan sah yang dilaporkan. Setelah semua pihak termasuk penghuni berpuas hati terhadap segala tindakan pembetulan terhadap kecacatan/kerosakan sah yang dilaporkan, barulah CMGD (Certificate of Making Good Defects) dikeluarkan oleh pihak perunding/PBT. Kemudian barulah pihak pemaju boleh mendapatkan balik 5 % sebagai Bon Pelaksanaan daripada pihak peguam yang memegang amanah.

    Bagi menegakkan hak sebagai pemilik, segala kerosakan/kecacatan di setiap unit rumah dan kemudahan guna sama hendaklah dilaporkan dengan segera. Bagaimana adalah persoalannya???!!!

    Rumah Kita Milik Bersama…

  2. cacat 2 xda la sgt..
    tp sya xphm mcm mna rmh ni xda sistem telepon..
    susahnya nk hidup xda line talifon..
    internet pon xdpt nk smbung…
    harap pihak pengurusan dpt mengambil tindakan..

  3. slab parking terbuka dan tertutup mengalami kebocoran kecil bermula di tingkat atas. ia berpunca daripada kegagalan di peringkat rekabentuk lagi. sepatutnya pihak pemaju membina longkang/gutter untuk mengalirkan air hujan terus ke longkang bawah. selain daripada itu pemaju/kontraktor gagal memastikan kecerunan lantai berfungsi mengalirkan air dari peringkat pembinaan lagi.

    harap ambil perhatian.

  4. Untuk makluman kami sudah membuat surat bagi memberitahu developer tentang defect yang sedia ada. Besok hari Sabtu pagi kami akan mengambil gambar defect tersebut dan insyallah keesokannya harinya kami akan menghantar pada developer dan pihak2 lain yg terlibat

  5. sedara zoro saujana,

    camne rumah demo takde point tepon…tak clap ambo kat dinding ruang tamu tu ada point kuasa 2, tepon 1 dan tv 1. kalu rumah demo ni dah masalah tu….bleh claim tuuuu

  6. salam,

    ambo ada beberapa cadangan peningkatan kemudahan gunasama:

    1. sediakan tong sampah di lobi lif tingkat bawah, sbb ramai yg bangang buang sampah & puntung rokok dlm lif, tak bertamadun punya orang…p duduk rumah kos rendah laa…

    2. sediakan signage di dlm lif, cth; “JAGALAH KEBERSIHAN LIF KITA BERSAMA”, sbb ada yg tak tahan terkencing dlm lif selain buang sampah dlm lif, mcm yg dah tampal kat dinding lobi lif tkt bwh tu supaya jangan masuk lif dlm keadaan basah.

    3. sediakan tempat duduk atau bangku di lobi lif di tkt bwh dan di kawasan kolam renang supaya OKU atau orang yg tak larat dpt rehat dulu sebelum take-off, ni kebajikan utk rakyat di PSG laa….

    4. sediakan shower rose berhampiran kolam renang supaya perenang2 negara dpt membilas badan sebelum & selepas masuk kolam, ni mmg peraturan biasa di kolam awam.

    5. sediakan towel hanger berhampiran kolam renang supaya dpt sangkut towel atau sbgainya, takdela mcm jual bundle tepi kolam….

    6. gazetkan satu atau dua parking lot depan lobi lif utk loading/unloading barang2….ramai sgt ke org OKU yg tinggal di sini?!

    7. yg paling bes, sediakan bumbung utk open parking, kesian tgk bila hujan lebat @ panas terik….dan sediakan juga di laluan antara Blok A dan B di kolam renang.

    itu je kot cadangan yg tak seberapa dari ambo….mintak pihak pemaju lebih cakna kepada kebajikan rakyat di PSG ni….kami nak jd warga yg bertamadun!!!

    • tertarik dgn cadangan2 ini..bagus utk menjadikan penduduk PSG ni yg bertamadun..tpi.. ada tapinya….

      no.1 = ada segelintir penduduk PSG yg mmg tak bertamadun. Kereta saya beberapa kalu kene habuk n puntung rokok di cermin depan.. itu kalu masuk muka depan dulu.. kalu masuk bontot keta plak, chew-gum dok terlepek kat bonet keta… huh.. saki baki makanan atau buahan pun sering terkena kat keta… dah tak tau nak letak posisi keta mcm maner..nnt masuk lot parking setentang ada pulak surat cinta…. hah..ada ajer perkara yg tak puas hati, nak2 kalu pg ahad atau senin pg… yer ler.. cleaner cuti hari ahad..so takder pekerja yg tolong sapu sampah disekitar SG.. adakah mrk telah disematkan fee’s utk mentenance diorg bayar..so suka hati diorg nak buang sampah or serpihan makanan dibuang melalui balkoni SG…
      SIKAP PENTING DIRI SENDIRI patut diubah oleh empunya diri.

      no.2= hah.. saya rasa penduduk PSG pandai membaca dan faham bahasa melayu.. melainkan bayi dlm dukungan atau kanak2 yg pasti blm sekolah tidak reti membaca..
      SIKAP @ ATTITUDE SEBENARNYA JD HAL SEKRG NI..

      no.3=cadangan berteraskan berPERIKEMANUSIAAN..alhdmdulillah.. cadangan ini perlu diambil berat.

      no.4=boleh difikirkan keperluan shower berkenaan.

      no.5=ni pung inisiatif sendiri utkmemperlihatkan kekemasan tepi kolam renang.

      no.6= yer betui tu..tpi tak setuju parking lot depan lif tu dijadikan parking tetap oleh org2 berkenaan.. spt komen say ayg seblm ini.. org tu ada ‘bayar fee lebih dr kami kaa-yg membolehkan depa parking siang mlm pg ptg kat depan parking jaaa…’
      NI PUN SIKAP JUGAAAKKK..

      no.7= kalu ikutkan mmg nak suarakan p’dpt ini.. coz mcm saya parking kat lot tidak berbumbung kat atas tuh.. time hujan lebat kekdg terpksa angkut sorang2 turun bawah guna payung.. kekdg kalu suami drive keta.. dia dgn beraninya drive keta turun ke parking bawah kat tmpt teduh dr hujan baru kami dpt keluar anak beranak.

      itu komen tambahan dr sya..sebenarnya prihatin tpi belakang tabir ajer.. dgn adanya blog ini dpt mencungkil apa2 ketidakpuasan hati dan cdangan2 tersembunyi dr penduduk2 PSG khususnya..

      insyaAllah saya akan monitor melalui blog ini.. tahniah pd PSG mewujudkan blog ini.😉

  7. rumah ambo ada point telefon 2…
    tp ambo nk apply streamyx tak boleh..
    cm mna 2 org_kota?
    rumah kome ade streamyx x?

  8. dah pegi tanya tmnet, area PSG memang takde streamyx. Phone line management office pun tarik cable dari pinggiran. Kata org tm kos tinggi nak pasang cable streamyx sbb tak byk permintaan lg.

  9. ambo pakai celcom broadband jer…okla setakat surf jer….

  10. org_kota,

    ttg bumbung utk parking tuh ambo setuju sgt ler… memandangkan angin ribut skrg ni… tapi susun atur balik la lot parking dulu… pemaju ni bengong susun ikut suka ati…

  11. wahai org_kota…
    nak komen sikit pasal cadangan tuan hamba..

    1) tang tong sampah kat lobi lif tu, saya tak setuju. dulu pernah diletakkan di situ tapi ada jugak manusia yang tak bertamadun ni buang sampah sarap dapur kat tong tu. segala macam mak nenek ada. berair-air depan lif tu dengan bau busuknya, berlendir2… disebabkan ada segelintir orang yang layak duk umah kos rendah ni lar kita terbatas nak buat benda2 macam nih. yang geramnya, kalau kat hotel ke, kat shopping complex ke, tau lak tong sampah jenis tu untuk sampah2 kecik je, bukan sampah2 dapur. kenapa kat rumah sendiri takleh nak buat?

    2) saya rasa, kalau letak signage dalam lif pun, ‘binatang’ yang suka kencing dalam lif nih tak kan faham. signange kat luar lif tu pun orang tak patuhi. basah2 pun masuk jugak dalam lif. letak cctv jer…

    3) pasal bangku kat lobi lif & kolam renang tu, saya setuju tapi takut nanti ada pulak yang hilang ghaib tah ke mana. orang2 kat PSG ni kita takleh percaya sangat. ada yang sanggup usung bangku tu bawak balik rumah. nganga jelah kita nanti.

    4) haaa… tang shower tu saya setuju. kalau kita tengok kat hotel2, memang ada benda ni disediakan di tepi kolam renang. barulah air kolam kita tak bertukar warna jadi air milo.. he he he…

    5) pasal towel hanger pun setuju jugak tapi make sure sediakan yang pasang siap. kalau beli loose, nanti hilang pulak…

    6) yang nombor 6 nih… no komen. biarlah JMB yang uruskan. memang betul, terutama kat blok B, ramai sangat yang mengaku OKU.

    7) pasal parking nih.. saya dah komen pun kat ruangan lain. memang setuju sangat sediakan parking berbumbung. kesian kat kitaorang yang parking kat atas basement nih.😦

    setuju dengan Iza blok B. sikap dan attitude kita sebenarnya yang perlu diubah…

  12. perisik….
    memang betul… developer susun parking tah apa2. mengong…..

  13. sy nak tanya…ada bangunan yg telah diserahkan kpd pemaju…dlm tempoh kecacatan hampir nak berakhir, berlaku kecurian pada compressor ekon…tarikh cmgd dh berakhir tp penyerahan cmgd belum dibuat…siapa yg akan bertanggungjawab yer….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: