Internet Jalur Lebar di PSG

Perkhidmatan jalur lebar Internet terbahagi kepada 2, iaitu menggunakan wayar dan tanpa wayar. Perkhidmatan menggunakan wayar menggunakan teknologi xDSL samada ADSL(Asymmetric Digital Subscriber Line) atau SDSL(Symmetric Digital Subscriber Line). Penyedia perkhidmatan ini adalah TM dengan produknya Streamyx.

Pada masa ini, kelajuan Streamyx adalah dari 384kbps sehingga 4Mbps bagi pindah turun dan dari 128kbps sehingga 512kbps bagi pindah naik. Manakala harga langganan sebulan adalah dari RM20 sehingga RM268. Untuk melanggan perkhidmatan ini, beberapa keperluan mesti dipenuhi seperti;

1) Mempunyai talian tetap didalam premis.

2)Premis berada dalam lingkungan 5KM dari Exchange penyedia perkhidmatan.

3)Mempunyai xDSL modem dan splitter(mengasingkan trafik data dan suara) samada membeli sendiri atau percuma dengan pakej.

Disebabkan tidak mempunyai talian tetap TM, perkhidmatan Streamyx tidak boleh digunakan di PSG. Menurut wakil TM, untuk membuat penyambungan talian tetap ke PSG, sekurang-kurangnya 30 permohonan talian tetap perlu dibuat.

Bagi perkhidmatan tanpa wayar, terdapat beberapa penyedia perkhidmatan yang boleh digunakan di PSG. Diantaranya Celcom 3G, Maxis Wireless Broadband, Digi Broadband, P1 Wimax dan iZZinet.

Bagi Celcom, Maxis dan Digi, teknologi yang digunakan adalah HSDPA, UMTS, EDGE dan GPRS. Berdasarkan pelan dan pakej yang diambil dan kawasan liputan, HSDPA adalah yang terpantas sehingga 3.6Mbps, UMTS 384kbps, EDGE 236kbps dan GPRS 114kbps. Disamping berada dalam kawasan liputan, penghuni memerlukan telefon bimbit atau 3G modem yang menyokong teknologi tersebut.

Pada masa ini didapati Celcom 3G di PSG adalah UMTS, sekiranya penghuni PSG melanggan Celcom 3G D99(kelajuan sehingga 3.6Mbps) kelajuan maksimum yang dicapai adalah setakat UMTS 384kbps di PSG. Berdasarkan laman web Digi, di PSG liputan adalah EDGE manakala Maxis pula adalah sama seperti Celcom iaitu UMTS 384kbps.

P1 menyediakan perkhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi Wimax. Pakej yang disediakan oleh P1 adalah; Lite (400kbps pindah turun / 150kbps pindah naik), Plus (1.2Mbps pindah turun / 500kbps pindah naik), Pro (2.4Mbps pindah turun / 500kbps pindah naik) manakala harga adalah RM49, RM99 dan RM199. PSG telah berada dalam kawasan liputan P1 semenjak Januari 2009. Setakat yang diketahui terdapat 2 penghuni PSG telah menggunakan P1 Wimax Plus. Perkhidmatan yang diberikan setakat ini adalah memuaskan.

iZZinet menggunakan technologi iBurst dalam menyediakan Internet jalur lebar kepada pelanggannya. Kelajuan perkhidmatan adalah 512kbps dan 1Mbps manakala harga adalah dari RM48 hingga RM180. Setakat ini terdapat 1 penghuni menggunakan iZZinet dan maklum balas pengguna iZZinet adalah agak memuaskan.

Sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar, baca dan pahamkan terma dan syarat perkhidmatan. Antara terma dan syarat yang perlu diperhatikan adalah; penamatan perkhidmatan dalam tempoh percubaan, had penggunaan jumlah data sebulan. Berbanding perkhidmatan Internet jalur lebar dengan wayar Streamyx, ianya tiada had penggunaan jumlah data sebulan. Akan tetapi sekiranya pengguna menggunakan aplikasi P2P, trafik aplikasi tersebut akan dihadkan kelajuannya.

Penamatan perkhidmatan dalam tempoh percubaan adalah tempoh yang tertentu dimana pelanggan melanggan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar dan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, pelanggan boleh menamatkan perkhidmatan tanpa dikenakan sebarang penalti ataupun dikenakan caj yang minimum. Tempoh dan caj ini adalah berbeza-beza mengikut syarikat penyedia perkhidmatan.

Had penggunaan jumlah data sebulan adalah kuota penggunaan data pindah turun dan pindah naik yang dibenarkan dalam sebulan. Apabila pengguna telah memenuhi kuota, pihak penyedia perkhidmatan akan menyekat kelajuan Internet kepada kelajuan yang tertentu. Ini kerana didalam terma dan syarat perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar, ianya adalah ‘best effort’ dan bukannya ‘dedicated’ yang akan dikongsi oleh pengguna yang lain.

Diharap artikel ini dapat dijadikan panduan kepada penduduk PSG yang ingin menggunakan perkhidmatan Internet jalur lebar. Sekiranya ingin menanyakan pengalaman pengguna sedia ada, silalah beramah mesra ke Bilik Gerakan PSG.

10 Responses

  1. sy pengguna celcom BERUKBAND…terus terang sy cakap mmg hampeh…slow and selalu disconnect…..better pakai P1 Wimax….(kata pengguna wimax la)

    kalau sesiapa berminat nak pakai Celcom BERUKBAND tu harap pikir byk kali la…kang menyesal plak…pstu terikat dgn contract plak

    thanks

  2. P1 pun kadang-kadang pening jugak….tapi tak lah merangkak….

  3. dulu guna maxis bb tp hampehh. Skrg guna P1 & so far puas hati la. Subscribe pakej 1.2 mbps, dapat 500-600kbps (mlm) & 700-800kbps (siang). Kira ok la tuhh..

  4. Lately ni, P1 laju wo…tgk streaming satu jam tarak sangkut….

  5. wimax guna utk torrent/p2p ok ker? laju tak?

  6. Salam,

    kat opis pakai P1 so far oklaa….tgk youtube tak sangkut kira okla kalu nk dwload ke upld…personal pakai celcom berukband kate org kadang2 melompat2 selalu merangkak2 jarang2 disconnect….kalu nak komper P1 wimax la lg bagus….

  7. Salam,

    nak tanya pendapat tuan2 di sini….kalu nak buka kafe internet mana lagi ok pakai; streamyx ke P1……ok dari segi speed, kos pasang dsbnya laa….

  8. maxis berukband? kah kah kah… saya pakai kat office jer.. tak tau lar apa.

  9. pakai P1 wimax la ok …mmg mantap la…

  10. Salam,
    Kalau tidak silap Management Office(MO) ada bagitau pihak Telekom akan membuat penyambungan line telefon di PSG. Apabila sudah siap dipasang penghuni PSG boleh memohon Streamyx untuk melayari Internet. Kalau anda semua perasan sekarang ada agent Streamyx bukak meja kat luar untuk penghuni PSG memohon.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: