Mesyuarat Agung Luarbiasa JMB PSG

Kepada pemilik petak PSG, dimaklumkan akan diadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa(EGM) Badan Pengurusan Bersama(JMB). Butiran mesyuarat adalah seperti berikut;

Hari : Ahad

Tarikh : 12 April 2009

Masa : 10:00 Pagi

Lokasi : Dewan Serbaguna Pangsapuri Saujana Gombak.

Diantara agenda yang akan dibincangkan adalah;

1) Perlantikan AJK Pengurusan Bersama(JMC) disebabkan kekosongan jawatan Pengerusi dan Bendahari.

2) Pembukaan akaun JMB dan penyerahan akaun dari Pemaju kepada JMB.

3) Perlantikan ahli baru JMC.

4) Penyusunan semula struktur JMB.

5) Pemberitahuan tentang Tempoh Liabiliti Cacat yang akan berakhir hujung bulan April 2009 dan langkah yang akan diambil berkaitan perkara tersebut.

Bagi melayakan pemilik petak mengundi didalam mesyuarat tersebut, beberapa syarat perlu di patuhi, diantaranya adalah;

1) Nama anda terdapat didalam Perjanjian Jual Beli(S&P).

2) Bayaran Perkhidmatan(Maintenance Fee), bayaran Kumpulan Wang Penjelas(Singking Fund) dan bil air telah dijelaskan sehingga Januari 2009.

3) Bayaran Insuran dan  cukai tanah telah dijelaskan.

4) Bagi pembeli bersama, hanya seorang sahaja dibenarkan mengundi di dalam mesyuarat tersebut.

5) Pemilik juga diingatkan agar membawa salinan Perjanjian Jual Beli dan  kad pengenalan bagi tujuan pengesahan.

Rumah Kita Milik Bersama…..

13 Responses

  1. Salam…

    Diharap admin dapat update tentang keputusan agenda-agenda yang dibincangkan dalam EGM tempoh hari untuk tatapan penduduk PSG yang tidak dapat hadir…

    ps: update sekali tentang kejadian angin ribut yang berlaku pada 21.4.2009 yang mengakibatkan kereta penduduk rosak dihempap atap supaya penduduk PSG dapat berhati-hati… nak lagi bagus update sekali dengan gambar… f**k developer….

  2. Salam.

    minta adakan 1 info mengenai kelas Iqra / Al-Quran / Tuisyen / BabySitter yang diadakan di Saujana Gombak.

    TQVM.

  3. Salam,

    sedih sungguh dgn sikap tak ape dan tak ambil peduli sesetgh penghuni PSG ni….setiap kali nak bermesyuarat persatuan ke JMB ke, brape kerat jer yg dtg melabuh….muka same jee…bz sgt ke? sabtu ahad pun takde mase ker? kesian kat org2 yg ikhlas nak menggerakkan persatuan & JMB ni…..semua ni sukarela bukan ade sape bayar….pls la….join the crowd…

  4. Salam…

    Memang benar apa yang dikatakan oleh org_kota tu… balik2 muka sama jer… aku cadangkan surau yang ada JMB jadikan tempat utk mengumpul & menyatupadukan penduduk di PSG ini baik pemilik ataupun penyewa… adakan tazkirah sebulan sekali… klu mampu adakan seminggu sekali ke… war2 kan pada semua penduduk secara besar2an tazkirah anjuran JMB ini… biar semua tahu… jemput ustaz2 yg power2… Insya’Allah dari situ nnt kita akan nampak ramai muka2 baru yg akan join… yg penting ahli2 JMB pun kena turut serta ler… just my 2 cents…

    ps: aku rasa kedudukan surau sudah jauh kat belakang… perlu diubah… almaklumlah al-kafirin yg bina PSG ni… nak lagi bagus berdekatan jalan… biar org yg lalu lalang nampak aktiviti yg dilakukan di surau… ada sedikit keinsafan…
    pps: buat speaker yg boleh dengar satu PSG utk announce aktiviti2 yg akan dilakukan di surau, azan atau perkara lain2… kadang2 klu kita bagitau secara live ni lebih berkesan dari pamerkan kat papan kenyataan kat lif tu…
    ppps: aku tau semua yg aku cadangkan perlukan duit… bagi aku tiada perkara yg lebih baik selain mengorbankan wang ringgit utk jalan Allah s.w.t. … fikir2 kanlah…
    ppps: minta tolong ‘moderator’ kasi cepat sikit ‘moderation’… comment aku sblm ni lama sangat nak approve/display… hehe… Wassalam…

  5. Selamat pagi…

    Aku nak bertanya kepada pihak berkenaan, apakah fungsi access card kereta & motor kat PSG sebenarnya??… Sebab aku tengok sekuriti dengan mudahnya melepaskan semua org yg takde access card masuk dgn bebas kedlm kawasan PSG… dah lah takde register… ada satu kejadian tu aku tengok motor tu bunyikan hon jer, terus sekuriti bukak gate… aku betul2 tak puas hati ttg sekuriti dlm perkara ini… aku harap pihak yg berkenaan mengambil tindakan yg sewajarnya… jgn sampai org lain akan rasa tak adil pulak nnt… ada org yg dilayan mcm VIP, ada org yg tolong bukak kan gate…

    ps: patutlah ada kehilangan 3 biji motor sehari sblm ni… mcm ni rupanya kerja sekuriti… hampeh!!!…
    pps: satu kon diletakkan kat visitor tu perlu ke?? Aku tengok mcm reserved parking org je… dia VIP ke… bayar lebih maintenance fees???
    ppps: ramai org yg tak berkenaan berada di pondok sekuriti… ada juga yg masuk dan duduk dlm pondok pun ada… kadang2 berlonggok mcm ada mesyuarat tergempar… ini yg buat menyakitkan mata… solutionnya, beli cctv dan alat curi dengar/mikrofon kecik, kat Jln Pasar Pudu berlambak, rakamkan segala aksi dan percakapan mereka ini… mana tau ada niat yg tak baik ke?? Kos tak mahal… tapi mmg berkesan…
    pppps: minta tolong JMB ambil tindakan segera dan pertimbangkan perkara2 diatas… jgn dok tunggu perkara yg tak diingini berlaku (dah berlaku pun!!)…

    Wassalam…

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  6. Tambah lagi…

    Aku rasa perlu diadakan ruangan cadangan dan aduan kat blog ni dan segala cadangan/aduan tu nnt, moderator blog ni diminta submit kat JMB… apa kata kawan2 semua?

    Wassalam…

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  7. Untuk Makluman :
    Penukaran syarikat kawalan keselamatan akan diadakan pada 4hb May 2009 (Isnin) pada pukul 7.00pm.

    Setelah JMB melawat 3 Condo/Apartment di Bandar Tun Razak, Sentul dan Taman Melati (kos sendiri woh….), JMB telah sebulat suara memilih Sigma Security. Di harap berdasarkan apa yang dilihat dan apa yang telah didengar daripada penduduk di sana sendiri…..Sigma Security dapat menyelesaikan masalah yang disebut oleh Perisik PSG.

    Sigma Security juga akan mengadakan sistem clampping setelah semua notis2 amaran clampping diletak di sekitar PSG. Lesen pemandu kereta pelawat juga harus ditinggalkan.

    Pihak JMB juga telah mengambil kira untuk meletakkan tiangbesi berantai di tempat OKU dan pelawat. CCTV di pos pengawal dan lif.

    Wassalam…….

  8. Selamat malam…

    Aku harap sekuriti baru ni akan melaksanakan kerja dgn penuh tanggungjawab dan dedikasi… jgn harapkan pagar, pagar makan padi…

    ps: ini company Melayu ke? aku sebenarnya dah fobia dgn janji2 manis company security Melayu yang suka melagakan Melayu sblm ni… tapi takpe aku bagi chance, kita tunggu dan lihat…
    pps: anyway aku ucap tahniah dan syabas kepada JMB yg pergi survey… kenalah berkorban sikit… ada ler balasan dari Nya nnt…

    Wassalam…

    my email: perisikpsg@yahoo.com

    • salam n selamat sejahtera..
      just to share…harap sekurity yg baru ni menjalankan tugas atas dasar tanggungjawab sbg pengawal keselamatan yang disegani oleh PSG.. jgn jd pak pacak jer.. hai..hoi pd mrk yg hon2 dan tin2 utk bukakan pagar automatik keluar masuk ke PSG..tanpa menggunakan access card. sendri mahu ingat..
      wasslam.

  9. selamat pagi…

    nak komen sikit pasal sekuriti baru (sigma) nih. so far, sejak kompeni ni dilantik, i tengok dah jarang / takde dah orang yang duk berlonggok kat taman permainan tu malam2. baguslah kalau betul sekuriti menajalankan kerja, takde lar macam sekuriti lama dulu. semua main lepas jer…

    cuma satu jer… ada lagi kereta2 yang lepas tanpa access card / sticker. apa citer nih? bak kata Perisik PSG.. dorang ni bayar maintenance lebih ke? setahu i, pada mereka2 yang tak dapat access card tu, dorang tu sebenarnya tak bayar maintenance. so, kenapa kita beri kelebihan sebegitu rupa kepada mereka yang tak bayar maintenance nih?

    terima kasih dan syabas kepada JMB yang survey kompeni security sebelum melantik sesuatu kompeni tu. JMB macam ni lah yang kami mau. jangan ambik mudah je sebelum lantik sesebuah kompeni untuk menjaga keselamahan tempat kita. i rasa, management pun baik tukar. letih dah ngan mulut si I** yang duk pot pet pot pet ngumpat orang. tugas kau kat situ buat kerja kau, bukan sibuk ngan orang, mengumpat sana sini. dia yang duk melaga2kan owner dengan penyewa. padahal owner takde apa pun. i dulu pun ingat owner nih macam berlagak giler. tapi bila dah join ngan dorang, baru i tau yang selama ni si I** yang duk melaga2kan orang. jahanam tul si I** tuh… so, kepada sesiapa yang baca blog nih, ikutlah nasihat i. cubalah bercampur dengan mereka nih.. caranya mudah saja. kalau ada mesyuarat Persatuan Penduduk ke, Biro Wanita ke (dah ditubuhkan… I pun pernah join sekali meeting Biro Wanita nih. quite menarik gak. for your information, Penegrusi Persatuan Wanita ni pun penyewa macam I jugak tau. so sapa kata penyewa dibelakangkan? janji kita kena ke depan). so joinlah aktiviti2 yang dianjurkan oleh mereka2 ni, barulah kita boleh nilai seseorang itu baik atau buruk. lainlah kalau kita join pun, dorang buat bo layan, haaa.. itu memang berlagak lar…

    kata JMB dah dapat sijil… so meaning that JMB dah boleh bukak akaun sendiri kan? bila nak start? akaun dah bukak ke belum? cepat2lah wahai JMB. Pengerusi kena bergeraklah sikit…. jangan tido.. jangan harapkan orang2 bawah je yang buat kerja.

    • Thanks Ms Ladybird

      memang sudah ada perubahan tentang security ni…biasalah untuk mendapat yang baik kita mesti menempuhi pangalaman dulu…

      Untuk yang kereta yang lepas tanpa access card tu saya rasa dah byk perubahan dah…cuma kalau masih ada yang tembus tu insyallah pihak JMB dan Security akan pantau keadaan ini…terima kasih sebab bagi maklumat

      Tentang si I** tu memang pihak JMB sudah perasan ….insyallah jika ada bukti pihak JMB akan mengambil tindakan…

      Untuk makluman pihak JMB dah buka current account cuma sekarang tunggu kelulusan sahaja….kami pihak moderator akan informkan kat blog ni nanti

      Harap persoalan sudah terjawab

  10. ,,,,,<<<<>>>>>>>

    salam sejahtera…….

    tentang guard baru ni mmg ada perubahan tak mcm sblm guard dulu lpskan semua moto atau kete masuk dgn hanya bunyikan hon atau pun give me 5……tetapi kdg2 ada gak yg tembus masuk bila pertukaran syif…itu perlu di ambil perhatian yo………
    berkenaan gan sudent yg menyewa duduk ramai2 dan buat bising di tgh mlm ,minta di pantau kerana menganggu,,terutama di BLOK B TGKT 12……
    Masih ad lg yg tidak ambil peduli dgn ttg air aircond yg menitis masuk ke dlm tingkap krn tidak memasang hos air mengikut peraturan yg telah di berikan…….
    tlg sedia kan no atau rujukan pada siapa atau jabatan yg dpt di rujuk apabila ada hal2 kecemasan di papan notice…..

  11. terima kasih mr. saujanagombak kerana sudi menjawab persoalan saya. bukan apa… walaupun saya hanya menyewa tapi saya rasa adalah menjadi tanggungjawab saya jugak bagi memastikan keselamatan kawasan tempat tinggal saya. lagipun saya kat PSG tu mungkin tak lama. mungkin tahun depan kami sekeluarga akan berhijrah ke selatan tanah air kerana tugas. walaupun cuma tinggal beberapa bulan saja lagi, tapi saya rasa dalam bebearpa bulan yang tinggal ni, rasa tanggungjawab tu masih ada. security tu ibarat menjaga rumah kita, kalau security tu macam pagar makan padi, apa yagn kita boleh harapkan lagi…

    tapi semingu dua ni saya duk perati security sigma ni memang bagus. tahniah dan syabas sekali lagi kepada JMB yang buat survey dulu tu. at last… kita jumpa juga yang bagus selepas beberapa kali tukar company. cuma sistem clamping tu, bila nak jalan. mata dah naik berbulu tengok manusia yang cacat akal duk parking kat OKU terutama di blok B. menyusahkan betul. kita nak lalu lalang depan lif tu pun payah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: