Cadangan untuk menambah baik taraf PSG

Cadangan dari komuniti PSG diperlukan untuk menambaik taraf PSG.  Objektif tujuan ini adalah untuk :

  • Meningkatkan nilai hartanah PSG (target 180K pada tahun 2010)
  • Meningkatkan mutu kawalan keselamatan di PSG dan secara tidak langsung nilai hartanah akan meningkat.

Di antara cadangan di dalam “roadmap” JMB adalah :

  • Membuat sistem clammping (Target June 09)
  • Meletakkan posbesi berantai di OKU dan petak pelawat (Target Jun 09 untuk OKU)
  • Meletakkan CCTV di pos pengawal dan di lif.  (Target Sept 09)
  • Meletakkan CCTV di setiap aras (kemungkinan pemilik-pemilik unit kena berkongsi) 
  • Menambah jumlah pangawal keselamatan dari 6 orang kepada 8 orang (Target Sept  09)
  • Memasang intercom 
  • Meletakkan sistem digital clocking (supaya pengawal rondaan tak ngelat)
  • Mengubah petak pelawat dan pemilik (disebabkan banyak sampah/putung rokok dibuang kena kereta pemilik)
  • Parking berbumbung 

Perlu dimaklumkan di antara cadangan ini memerlukan kos yang agak tinggi dan dengan duit bulanan maintenance sekarang adalah sangat tidak mencukupi.

Diharap sahabat-sahabat dapat memberi idea yang bernas untuk kepentingan PSG.

Wassalam

About these ads

63 Responses

  1. Salam…

    Komen aku tentang ‘roadmap’ JMB:

    1-Membuat sistem clammping (Target June 09)
    >> Cantekkkk… aku rasa cara ni berkesan klu utk yg masih berdegil tu… tapi sekuriti perlu bersiap sedia laaa klu kena tibai dgn pemilik kenderaan yg samseng…

    2-Meletakkan posbesi berantai di OKU dan petak pelawat (Target Jun 09 untuk OKU)
    >> Amat bagussss…. org skrg banyak yg sekolah atas pokok….

    3-Meletakkan CCTV di pos pengawal dan di lif. (Target Sept 09)
    >> Aku sokong… tapi kena tambah microphone utk skodeng percakapan sekuriti ni… jgn percaya sangat depa ni… masa mula2 dia akan dengar cakap kita… lepas dah jumpa geng habis… JMB pun dia lawan, dia umpat… tapi apa pasal target lama sangat, kalau dari awal kita buatkan bagus… ni benda kritikal ni… hal keselamatan… utk sementara keluar kos dulu beli yg murah, wireless punya pun takpe… janji boleh pakai… klu panggil kontraktor utk keseluruhan sistem mmg ler mahal… takpun buat dulu utk dlm pondok keselamatan dulu… upgrade perlahan-lahan… aku takut nnt org yg tak berkenaan akan masuk jugak kedlm pondok pengawal lagi nnt…

    4-Meletakkan CCTV di setiap aras (kemungkinan pemilik-pemilik unit kena berkongsi)
    >> Ok… orait… aku sanggup keluar kos… pencuri pun byk skrg ni… risiko rumah kena pecah tu kurang ler sikit…

    5-Menambah jumlah pangawal keselamatan dari 6 orang kepada 8 orang (Target Sept 09)
    >> Tambah pun ok… tak tambah pun ok… bukan apa klu ramai sangat pun klu tak buat keje tak guna jugak ye tak… yg paling penting JMB kena pastikan depa sekuriti ni mendengar kata… jgn depan cakap lain, belakang cakap lain…

    6-Memasang intercom
    >> Bagus… utk mengelakkan tetamu yg tidak diundang datang ke rumah kita…

    7-Meletakkan sistem digital clocking (supaya pengawal rondaan tak ngelat)
    >> Aku tambah lagi…. cctv yg korang nak pasang tu nnt, pastikan boleh rakam ler… kat situ kita boleh nampak time dia, sekuriti tu ngelat ke tak ngelat, jgn lupa pasang kat belakang rumah sampah tu sekali… port tidur tu dulu…

    8-Mengubah petak pelawat dan pemilik (disebabkan banyak sampah/putung rokok dibuang kena kereta pemilik)
    >> Yg ni mmg aku sokong sangat… kos paling murah… tapi sampai skrg pun masih belum dilaksanakan… WHY?… hehe… tolong yer JMB, aku dah bosan ni… tolong percepatkan sikit, lama dah aku dengar ni… tolong yer…

    9-Parking berbumbung
    >> Sesuai sangat skrg ni pun angin ribut… developer pulak buat atap main cincai aje… habis melayang semua serpihan atap..kereta pendudukjugak yg jadi mangsa… TARGET?

    Sekian komen aku… sesungguhnya yg tak baik tu dtg nya dari aku, yg baik tu dtgnya dari Allah taala… Wassalam…

    • Nama Saya Ho, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan TAHNIAH ke atas
      1. PERSATUAN PENDUDUK PSG
      2. PENGURUSAN BADAN BERSAMA (JMB)
      3. BLOGMASTER
      4. Semua orang yang terlibat dalam memperjuang dan memperbaiki taraf hidup serta capital appreciation yang lebih bagus untuk PSG.

      SETINGGI TINGGI TAHNIAH DAN UCAPAN RIBUAN TERIMAKASIH

      Keep continue all the GOOD EFFORTS.

      Ho
      fc2ho@yahoo.com

      • Thanks Ho..

        you are welcome to this blog…

        sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah bolehlah ajukan kedalan blog ni

  2. Salam penghuni2 & pemilik2 PSG,

    Ambo nak komen komen perisik PSG tu…komen tu mmg baguih tapi tak guna gak komen dan road map tu kalu sikap pemilik2 PSG liat utk byr yuran senggaraan bulanan…

    1-Membuat sistem clamping (Target June 09)
    -Sistem ni mmg bagus utk dilaksanakan bg memerangi manusia2 yg tak paham bahasa…..cuma ia perlulah penguatkuasaan yg tegas…Clamping Zone hendaklah diwartakan dgn jelas terutama di depan bilik generator dan pencawang TNB, juga di lot OKU dan loading/unloading bay dpn lif tu….sistem clamping juga perlulah dilaksanakan bagi kenderaan yg menghalang lalulintas kereta, motor dan pejalan kaki…bagi denda unclamping perlulah dijelaskan dlm House Rules….biarlah berpada2…..mungkin kene bezakan denda utk penghuni dan pelawat kot…

    -camne dgn motosikal??? adakah ia termasuk dlm sistem nii….ambo raso jumlah motosikal lebih banyak dpd lot parkir yg disediakan…yelaaa satu rumah mungkin sampai 7 motor bg budak2 bujang tu….dan ada satu penghuni ada lebih satu motor…janji jangan parking menghalang lalulintas dah la….House Rules perlu review balik tatacara parking motorsikal ni…..takyahlah tegas sgt…..mungkin amaran jer….atau budi bicara jer….

    -lagumano plak dgn basikal??!! ambo tgk byk gak bsikal yg diikat kat tepi2 tangga tu….tu dah kira menghalang bila berlaku kebakaran…tangga tu mesti clear dr objek kalu ikut kehendak bomba la….so adakah ia termasuk dlm sistem clamping nii…House Rule kene ambik pusing perkara ni….

    2-Meletakkan posbesi berantai di OKU dan petak pelawat (Target Jun 09 untuk OKU)
    -camne rupa bentuk tu? apa2 pun ia mestilah baik….perlu ke kalu psg depan bilik generator & pencawang TNB?

    3-Meletakkan CCTV di pos pengawal dan di lif. (Target Sept 09)
    - ni ambo rase keutamaan pertama kalu nak buat bila ada duit laa….kalu nak pasang cctv surveillance ni hendaklah mampu mengawal pergerakan keluar masuk kereta, motor dan pejalan kaki di pintu utama PSG ni. CCTV system ni lengkap dgn kamera, DVR (digital video recorder) & monitor…gajet2 ni hendaklah dipasang di pos pakgad dan dikawal secara berpusat di situ….hanya seorg petugas shj yg dibenarkan berada dlm pondok kecik tuu dan pintu tu hendaklah sentiasa berkunci bg mengawal org tk berkenaan menceroboh masuk…..itupun kalu betul2 nak buat laa….buat pe nak pasang microphone tu….tak praktikal pon….lantak depa la nak cakap belakang ape….janji kerja yg diamanahkan buat laa….

    -nak psg kamera di lif tu ok gak….tapi kos utk tarik kabel dari pos pakgad tinggi gak tu…kalu wayerless plak byk kekangannya, dan rege lebih mahal laaa…

    4-Meletakkan CCTV di setiap aras (kemungkinan pemilik-pemilik unit kena berkongsi)
    -emmm….yg ni agak mustahil nak buat sbb kos yg amat tinggi….kemungkinan besar pemilik tak brape setuju sbb kosnya….bukan semua ada duit…..yuran bulanan pun ada yg liat nak bayar…isunya lagi sape yg nak kawal & simpan DVR & monitor tu…kalu nak buat berpusat yg dikawal di pondok pakgad kosnya perghh….lagi tinggi…..dan tak brape praktikal dr segi kos…lebih praktikal & kos efektif kalu pasang kamera di setiap kor tangga blok (semua ada 6 tangga) di aras bawah shj & kerja infra hanya tarik kabel ke pos pakgad dan dikawal secara berpusat oleh pakgad bertugas.

    5-Menambah jumlah pangawal keselamatan dari 6 orang kepada 8 orang (Target Sept 09)
    -tak kisah janji keje jalan….janji matlamat tercapai….kadar jenayah sifar??? bleh ke??? sedangkan pentagon pun bleh org ceroboh…kalu dpt FOC utk 2 org lebih tuu kire ok gak….

    6-Memasang intercom
    - ni lagi mustahil utk dilaksanakan sbb kos tinggi sbb melibatkan kerja2 infra & penyediaan unit2 telepon setiap rumah, mesti ramai tak brape stuju walaupun ia sgt efektif ttp kosnye jd kekangan…ambo cadang buat sementara waktu pihak sekuriti hendaklah sediakan talipon kekal atau paling cikai hp yg diikat terus di pos pakgad tuu….yang paling penting semua penghuni & pemilik dimaklumkan ttg nombor telepon yg perlu dihubungi jika ada keperluan & pihak sekuriti diberi kuasa utk menyimpan no hp setiap penghuni @ pemilik yg mudah dihubungi jika perlu atas dasar menguatkuasakan kawalan keselamatan utk semua. Kalu nak tunggu psg intercom ni ntah bila dpt sbb kos sgt tinggi….walaupun kerja cabling dalaman sudah sedia ada tp kos2 lain utk menyempurnakan sistem intercom ni agak tinggi jgakla….

    7-Meletakkan sistem digital clocking (supaya pengawal rondaan tak ngelat)
    -mmg la sistem cctv ni lengkap dgn rakaman (DVR) dan boleh ditonton balik (tru monitor) dan byk kali bleh tgk jika ada keperluan…tp takkan nak tgk hari2 rakaman tu…bila ada keperluan jer… takkan sampai nak pasang kamera blakang rumah sampah kot….sampai gitu sekali tak caye kat pakgad….depa tu manusia gakk, janji jgn ngelat bila time rondaan…

    -satu lagi time rondaan tu biarlah fleksibel, kalu dh tetap melaun & penyangak2 dah boleh baca….

    8-Mengubah petak pelawat dan pemilik (disebabkan banyak sampah/putung rokok dibuang kena kereta pemilik)
    -nampak mcm mendesak sgt si perisik nii….yg baguih kalu tuan perisik yg tolong JMB mudahkan kerja depa tu….

    - ambo tak brape paham ape maksud ni? adakah ia melibatkan tambahan no plat kereta kat lot parkir tu…kalu betul ape kaitan ngan buang sampah/putung rokok? adakah maksudnya ubah kedudukan petak pelawat ngan pemilik? tak kisahla janji bilangan petak pelawat jgn kurang dpd asal sbb tu keperluan PBT….knape perlu ubah sbb nak buat parkir berbumbung?? yg penting melaun2 yg tak bertamadun tu perlu diajar cara buang sampah/putung rokok dgn betul laa….

    9-Parking berbumbung
    -yg ni pun kos tinggi gak tp tgk design & material ape nak pakai….kalu nak lama mestilah nak pakai besi tahan karatnyer…lagipun ia praktikal dpd perlindungan atap2 @ benda2 yg jatuh dr langit atau hujan panas kesian tgk penghuni2 yg tak dpt parkir berbumbung tuuu….

    -salahkan pemaju tu mcm tuduhan tak berasas jer….bukan memihak yer…kalu psg kemas camne skalipon kuasa Allah swt tak leh nak lawan…..tu mujur kene kereta kalu kene kepale org lagi nayer…

    Yang paling penting yuran senggaraan mestilah dibayar & kene pikir camne nak bg kesedaran kpd pemilik 2 rumah supaya mbayar tunggakan kalu ade dan bulanan laa….sementara nak tunggu semua pemilik bayar ntah bila dpt ambo cadang kita pakat2 pikir camne nak tambah duit utk tabung persatuan penduduk PSG ni….’No money No action’……

    Ambo nak cadang suatu hari nanti kita jemput pihak Bomba dtg ke PSG untuk buat demo melawan kebakaran dgn guna alat pemadam api mudah alih dan kawad2 pengungsian bangunan dgn betul bila berlaku kebakaran….sekurang2nya para penghuni taula apa nak buat bila keadaan sebenar berlaku….

    “Rumah Kita Milik Bersama”

    itu je kot komen ambo….kalu ade terkasar bahasa mintak ampun la….ni ambo buang masa menaip utk kebaikan PSG gak…..

  3. Salam org_kota…

    Aku tak nak komen apa2 ttg mu punya komen… aku komen pun sama mcm mu nak tambah baik PSG… klu mu nak tau akulah yg paling aktif kat JMB walaupun aku bukan JMB… bukan nak berbangga, tapi apa yg aku sumbangkan lebih dari apa yg mu tau… dan setiap apa yg aku komen tu ada maksudnya dari situasi yg pernah aku alami sendiri…

    ps: perhatian pada semua ya… ini ruangan untuk ‘Cadangan untuk menambah baik taraf PSG’ bukan ruangan siapa bagus siapa tidak…
    pps: apa yg aku komen hanyalah cadangan, selebihnya kawan kat JMB yg putuskan… PEACE !

    Sesungguhnya yg tak baik tu dtg nya dari aku, yg baik tu dtgnya dari Allah taala… Wassalam…

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  4. Salam… sedikit artikel dari saudara kita…

    RUGIKAH KITA BERGAUL DENGAN MASYARAKAT?

    Kemaslahatan umum adalah tuntutan agama. Dalam agama Islam, menjaga keharmonian masyarakat merupakan tuntutan fardhu kifayah. Apa yang menyedihkan dalam senario masyarakat kita pada hari ini adalah kerana arus peredaran zaman yang mana nilai individualistik semakin menular dalam anggota masyarakat. Apa yang menyedihkan ialah ada antara jiran yang saling tidak mengenali apatah lagi bertegur sapa antara satu sama lain. Situasi yang makin berubah dengan budaya dan adat timur semakin dilupakan.

    Kita lebih senang mengambil sikap tidak ambil peduli selagi hak sendiri tidak diganggu. Soal apa yang berlaku di sekeliling tidak pernah diambil kisah. Apabila berlaku sesuatu perkara yang menyusahkan kita walhal ianya untuk kepantingan masyarakat ramai maka kita mula akan melenting dan mencari salah orang.

    Kebanyakan daripada kita dilahir dan dibesarkan dalam suasana kampung dan desa namun sikap dan suasananya semakin kita lupakan. Walau dalam kesibukan, hal kemasyarakatan hendaklah diambil tahu.

    Perkara ini ditulis mengenangkan kisah ada seorang sahabat yang kematian isterinya akibat kelewatan menghantar ke hospital kerana sewaktu isterinya sakit kereta beliau mengalami kerosakan manakala kawan terdekat pula berada agak jauh. Akibatnya beliau terpaksa mencari dan menunggu teksi dan akhirnya tidak sempat menyelamatkan isteri akibat mengalami pendarahan yang teruk. Mengikut apa yang diberitahu oleh doktor ini adalah akibat kelewatan mendapat rawatan.

    Setelah kematian isteri, oleh kerana sikap beliau yang tidak bercampur dengan masyarakat dan jiran tetangga apatah lagi bersama khariah surau maka ianya menyusahkan kerana beliau terpaksa menunggu hampir satu hari yang mana dengan kedatangan saudara-mara dari kampung. Kebetulan pula di waktu itu beliau mengalami juga masalah kewangan. Setelah kematian isteri, beliau tidak tahu siapa yang harus dirujuk dalam soal memandikan jenazah, menggali kubur dan sebagainya melainkan saudara-mara yang berada jauh di utara tanahair. Akhirnya mayat isteri beliau selamat dikuburkan pada keesokan harinya sebelah malam setelah dibawa pulang ke kampung halaman. Bukankah ini menyiksa mayat sedangkan masalah ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin. Apakah situasi begini berkemungkinan akan kita alami? Dalam hal ini siapakah yang paling dekat dengan kita? Jawapannya mudah iaitu jiran tetangga kita!

    Justeru, marilah sama kita fikir dan renung-renungkan. Apakah masyarakat akan menolong kita seandainya mereka sendiri tidak mengenali kita dan apakah ruginya kita bercampur dengan masyarakat?

    Source : http://daisyu3.blogspot.com/2008/11/rugikah-kita-bergaul-dengan-masyarakat.html

    ps: aku rasa kita boleh ambil contoh blog yg dibuat oleh Pangsapuri Daisy ni… mcm2 maklumat yg diutarakan, penuh informatif… amacam Mod, kasi upload gambar sikit ler, baru menarik… hehe… cadangan jer ni… tak lebih dari itu… PEACE…

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  5. merujuk kpd komen dr perisik PSG…kat belakang rumah sampah tu bukan setakat port tidur tp tempat guard kencing time malam2…aku pernah nampak masa lalu kat kaki lima tepi main road…

    Hampeh betul mintak2 bengkak burung tu kencing merata2…

    p/s : security yg dulu bukan yg latest punya

  6. Salam,

    ambo bukan berniat nak tunjuk terer tp nak menghidupkan suasana muhibah kejiranan secara offline dan online…. saling tegur menegur utk kebaikan bersama orang kita…ambo komen apo yg ambo tau jah…harap diampun kalu teraso terkasar….

    ermm…pasal pakgad sblum ni yg kencing blakang rumah sampah tu…adakah sbb tandas jauh sgt atau mmg dah perangai hutan ?? kalu jauh adakah perlu kita buat tandas kecik kat sebelah rumah sampah tu utk kegunaan org2 yg tak tahan dan pakgad bertugas boleh mandi??? atau sediakan tempat berehat utk pakgad selepas meronda ke ape ke dpd biar belakang tu jd port tido…ermmm kos lagi tuu…

    Ambo nak cadang beberapa skop bagi tambah dana persatuan PPSG ni..

    1. buat penyewaan tapak utk pemancar radio ke 3G ke atau ape2laa, ni JMB pun dah tau…cuma tunggu sape yg dpt masuk dulu….

    2. sewaan mesin vending utk air tin atau RO atau Energy Water…

    3. buat kutipan utk guna swimming pool bg pelawat yg tidak diundang….dpd depa berlari masuk cara curi dan terus terjun ke dalam kolam tu….sekuriti kene kontrol depa ni…..

    4. buat sewaan papan iklan dalaman atau jenis Big Tree dalam kawasan PSG…..kene rujuk MPS bleh ker ni…

    5. sewa parking dpd parkir pelawat yg diubah status….ni kene perjelas betul2…nak sewa bulanan ke harian ke jam??? kalau sedara mara dtg atau jemputan majlis makan2 nanti…..takkan pelawat tu nak kene bayar parkir kalu parkir utk pelawat tak cukup….ermmm….camne yerkk…

    6. sewaan guna dewan kita oleh pemilik atau penyewa atau jiran sebelah umah kita tu….kadar sewa kene berbeza2 kot…

    7. wujudkan kafe internet atau photostat di bilik kosong yg ada tuu….mesti lakunyer….tapi kene kontrol laaa….

    ermm….ada sebarang komen atau cadangan lain???

    • Salam,
      Saya tak brape setuju untuk dibuat apa2 jenis perniagaan kat tingkat bwh tu mcm internet cafe ke atau pun hanya nak letak vending machine. Saya beli unit PSG pun sbb apartment ni jenis takde unit kedai kat tingkat bwh. Saya ambik pengalaman keje kat kompeni property dulu, apartment yg ada kedai kat bawah biasanya value dia akan jatuh. Sbbnya:
      1. Masalah kebersihan tak dijaga terutamanya kat unit kedai
      2. Masalah parking bila jumlah visitor bertambah sbb org luar pun nak join gak.
      3. Masalah keselamatan, bila dah ramai org luar yg masuk. Mungkin ada segelintir yg ada niat lain. Susah jugak security nak control.
      4. Bunyi bising especially waktu malam. Tak aman penduduk nak berdengkur.
      5. Unit kedai buat renovation. Kemungkinan rosakkan struktur.
      6. Tempat melepak anak2 kite esp. internet cafe yg kebanyakkan skrg jadi tempat main game je.

      Harap diberi pertimbangan sewajarnya. TK

  7. Salam…

    Ini pendapat aku shj… aku rasa parking kereta perlu diubah segera utk memudahkan kerja security yg baru ni… mungkin ada yg akan kata aku ni terdesak sangat…. lantaklah apa yg korang nak kata…. tapi INGAT khususnya JMB, sebab parking nilah nnt akan menimbulkan rasa tidak puas hati org lain terhadap JMB dan akan menjadi alat utk mereka yg berkenaan utk menjatuhkan JMB dan memecahbelahkan hubungan JMB dan pihak security spt yg berlaku sblm ni… harap anda dapat belajar dari pengalaman…

    ps: Utk makluman JMB… hasil risikan aku security sedang diberi ceramah oleh si ‘Mail parang kontot’ pada time 1.00am-2.00am keatas, 12/5/2009, kemungkinan rasa tak puas hati terhadap helaian kertas yg diletakkan pada kereta Wira nya… ini masalah parking laaa kot…. so beware JMB, takut kena cucuk jarum lagi….
    pps: Kpd Moderator… harap cepat sikit approve komen… satu komen aku sampai la ni tak keluar2… WHY?

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  8. Aku punya komen apsal kena buang ni?? Tak boleh komen ke…?

  9. Salam…

    Aku tengok financial statement yg dipaparkan di papan kenyataan menunjukkan perbelanjaan adalah lebih drp income yg diterima setiap bulan… ini menunjukkan ada penduduk yg tak bayar atau rate maintenance fees yg tidak relevan pd masa skrg… just cadangan aku…

    1-management office/JMB mengeluarkan satu pekeliling/edaran senarai nama penduduk dan nombor unitnya sekali yg mempunyai tunggakan (bagitau sekali brp bulan tertunggak) di papan kenyataan di lif setiap bulan…kalau nak upload senarai tersebut kat blog ni pun ok jugak… kurang2 nya mereka ini akan rasa malu bila nama terpampang nnt… dan akan mengingatkan mereka yg mungkin lupa utk membayar maintenance… tapi senarai tu biarlah telus, takde kompromi atau takde siapa yg dikecualikan termasuklah JMB… dan termasuklah aku jugak…. hehe…
    2-notis tuntutan (bukan invoice/statement bulanan yg kita terima tu…) perlulah dibuat dan dihantar/dipos pada pemilik yg tertunggak setiap bulan dan nyatakan sekali rumah mereka boleh disita oleh MPS sekiranya tiada pembayaran dibuat…
    3-adakan banner besar/raksasa yg diletakkan dihadapan pintu masuk utama utk mengingatkan penduduk utk membayar maintenance fees dan tindakan yg bakal diambil oleh JMB dan MPS terhadap mereka yg ingkar… colour banner tu biarlah yg terang, pandang dari jauh pun nampak… org skrg ni byk alasannya… tak taulah… tak ingatlah… tak dibagitaulah… wtf…
    4-mungkin maintenance fees yg rendah, tak cukup income utk utk perbelanjaan bulanan… jln yg paling mudah, naikkan maintenance fees… tapi perlukan persetujuan pemilik dan JMB/management perlu bentangkan bukti financial menunjukkan perbelanjaan melebihi emolumen bulanan…

    sekian…

    ps: aku just nak tanya pada Moderator blog… komen kita orang ni dipanjangkan ke JMB atau hanya duduk diam kat blog ni aje? Aku harap semua komen kami ini sampai ke telinga JMB… klu tidak buang masa aje ler kami semua bagi komen/cadangan/aduan/bebelan….
    pps: aku rasa elok adakan email JMB/Persatuan Penduduk utk lain2 cadangan/aduan yg mungkin sensitif/privacy utk dipaparkan di blog nih…
    ppps: utk announcement/edaran yg dipaparkan di papan kenyataan kat lif, aku cadangkan ianya dipaparkan di blog ni juga…

    Wassalam…

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  10. ermm…..betul jgak kata2 tuan 1A13 dan Perisik tuu….camne kita nak buat yer…errmm……?????!!!!!!!!!!!!!!!

  11. salam..

    komen saya tidak diluluskan..? so, sya hanya boleh membaca shj dr blog ini tanpa beri komen?.. atau nama tidak disenaraikan sebaris dgn org2 yg berkenaan kat PSG.. saya juga adalah penduduk dr Saujana Gombak..
    kalu tak diluluskan leh email terus ke add email bgtau naper tak diluluskan dan bule beri cdgan yg perlu saya ikut utk hantar komen di dlm blog ini..
    add email: z_aslia@yahoo.com
    walau apa pun, saya tetap prihatin_hanya dari belakang tabir shj.
    terimakasih.

  12. UTK MAKLUMAN MODERATOR..SAYA TERSILAP PANDANG.. SAYA TERCARI2 KOMEN SAYA SBLM INI..RUPANYA DIRUANG LAIN.. HARAP MAAF YER MODERATOR. KESILAPAN ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN..

    SEBARANG EMAIL TEGURAN BLEH TERUS KE MAIL BOX SAYA: z_aslia@yahoo.com

    wssalam.

  13. Salam….

    Kepada Moderator aku cadangkan setiap aduan/cadangan kami ini di submitkan pada AJK berkenaan utk diberi jawapan dan setiap jawapan yg diterima hendaklah dipaparkan di blog ni dgn segera… skrg ni aku rasa macam cakap sorang2 pulak kat blog ni… masih menunggu jawapan drp pihak berkenaan… aku harap blog ni dpt menjadi landasan utk berhubung dgn pihak JMB… jgn sampai ada yg kata pihak JMB tidak prihatin dgn cadangan/aduan yg kami utarakan kat sini nnt… diharap pihak berkenaan tampil utk memberi penjelasan/jawapan… yg penting janji anda beri jawapan… ok tak ok pun takpe… klu tidak apa sebenarnya tujuan blog ini diwujudkan?

    ps: jgn pandang enteng kuasa internet skrg ni… aku pasti ramai penduduk PSG yg hanya dok tengok dari jauh je blog ni… tak komen apa2… so beware wahai JMB… setiap tindakan anda pasti akan dinilai oleh penduduk PSG….

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  14. since kita boleh nak tinggalkan komen kat dalam nih, so i nak komen sikitlah berkenaan dengan perkara2 di atas (yang i dah baca).

    first sekali berkenaan dengan cadangan utk menaik taraf PSG.
    1) sistem clamping – memang bagus. tapi dah tengah bulan 5 nih. takde apa2 pun.

    2) posbesi berantai kat petak OKU – tersangattttt lah bagus coz skang ni ramai sangat yang lulus ujian memandu tapi tak paham baca arahan / tak paham apa maksud lukisan orang berkerusi roda kat jalan tuh. lagi bagus kalau clamp keta2 yang parking kat OKU tuh. kasi ajar sikit. menyusahkan orang. kan menyusahkan orang kalau ada yang pindah ke, orang nak hantar gas ke, nak hantar barang ke… kalau tercalar keta tu, jangan lar nak marah2 orang / sekurti laks. sendiri makan pengat, sendiri mau ingat lar.. ya tak. sapa suruh kau parking kat OKU tuh..

    3) CCTV kat posguard dan lif – ini pun i sokong sesangat. naper??? wahai penghuni2 PSG… tidakkah anda semua perasan yang lif kita (especially kat blok A) ada manusia yang masih hidup ala2 zaman batu, kencing dalam lif. agaknya rumah dia takde bilik air kut. pasang CCTV kat dalam lif tu, biarlah diam2. jangan hebah2 kat orang dan jangan kasi nampak. so, lepas ni bolehlah tengok sapa “binatang” yang takde bilik air tu yagn buat kerja selama nih. busuk ooooo….. boleh kena selsema babi tau… once dah dapat tangkap “binatang” nih, tunjuk kat dia dan buat report polis. kalau boleh siarkan kat blog ni pun bagus jugak.(i dah geram tahap gaban nih…. kuang ajor betul yang kencing dalam lif tuh)

    4) CCTV di setiap aras – pun setuju. bukan apa, skang ni ada jer kes pecah umah. sekurang2 kita boleh pantau sapa yang berada di aras tu semasa kejadian berlaku. rasa selamatlah sikit.

    5) tambah jumlah pengawal keselamatan – yang ini, i tak berapa berkenan. bukan apa, kalau ramai2 nanti, mesti ramai yang ngelat. coz dah ramai sangat. ramai pun, tapi kerja tak jalan, tak jadi jugak. lagipun, kalau dah ada sistem clocking, cctv dsbg, takdelah berat sangat tugas sekuriti nanti. lagipun, tak naklah jadi macam sekuriti lama dulu… cakap kemain berdegar2 tapi asyik motor hilang jer… apa citer? pastu membuta kat belakang rumah sampah.

    6) memasang interkom – setujuuuu…. tapi pendapat saya, biarlah kita laksanakan mana yang penting dulu…contoh macam cctv, ubah parking, clamping… sebab ini yang nazak sangat nih… dah berjaya buat yang itu, barulah boleh carry on dengan interkom nih. benda ni pun penting jugak, coz guard boleh interkom kita, bagitau sapa yang datang nak jumpa kita. nanti takde lar tetamu2 yang tak diundang tu terlepas ke umah kita. lagi satu, nampak lar ada kelas sikit tempat kita ni, kan.. dah kata nak upgrade PSG so benda2 macam ni kena ada tau…

    7) digital clocking – huh… yang ini nih, daripada guard memula dulu sampai skang ni, tak buat2 pun… bangunlah wahai JMB dan penduduk2 semua, bersepakatlah….

    8) ubah petak pelawat / pemilik – yang ni pun satu…. dah setahun dah tak jalan2. lagi satu, cepat2lah buat parkign berbumbung tuh.. kesian kat kitornag yang parking kat depan nih… macam2 khazanah orang baling dari atas. kadang2 puting budak pun ada. tang ludah, puntung rokok tu, tok sah citer lah…

    tambahan :- untuk melaksanakan perkara2 ini, kita tak boleh nak harapkan JMB semata-mata sahaja…. kesianlah kat dorang tu.. banyak benda yang nak kena pikir. so, kita para penduduk kena sepakat dan bersam-sama menjaga tempat kita. JMB tu bukannya makan gaji pun. buat kerja pun sukarela jer…. jadi kita kena pahamlah… why not kita semua penduduk sertai Persatuan Penduduk dan luahkan apa cadangan dan rasa tidak puas hati kita ke jalan yang betul. janganlah kita duk bercakap2 sesama kita jer … benda tu takkan sampai ke pihak sepatutnya. lagipun, setahu i, persatuan penduduk tu bukan untuk owner sahaja. penyewa pun boleh join jugak, coz kita pun kategori penduduk. so far, i join ngan dorang ni, ok jer… sekurang2nya apa yang i nak sampaikan, apa yang terbuku di hati, boleh sampai kepada mereka. kalau dulu, setakat geng2 i jerlah… tak sampai ke mana pun.

  15. insyallah setiap komen akan kita salurkan kepada pihak JMB …kami pihak moderator meminta maaf sekiranya lambat respon kerana sebelum ini hanya 2 moderator sahaja yang monitor …tp sekarang kami sudah menambah moderator untuk monitor blog ini…

    sekian

  16. askum……………………………..
    berkenaan ttg psg,
    1)-tentang pengawal klw tak ada yg meracun dan berpuak2 akan jadi lancar.
    2)-kadang2 saya ada nmpk penceramah ada di pondok pengawal..dia di lantik khas ke….hehe
    3)-pasti kan pelawat yg masuk meletakan kereta di tmp pelawat bukan mengunakan kemudahan penduduk,,
    4)-knp tiada tong sampah di basment parking yoh? hehe
    5)-ambil perhatian kpd student yg duduk ramai2 1 rumah dan memekak tgh mlm . ye ye/?
    5)-yg bawa masuk kete sampai 2 dan meletak di parking org camna lak tu…ye..jika d tegur gadoh….

  17. Salam…

    Ni just cadangan aku utk akan datang punya planning… aku harap blog ni akan mendapat kunjungan yg menggalakkan dari penghuni PSG khususnya… klu dah ramai pengunjung nnt, boleh ler pihak JMB bukak satu ruangan iklan utk disewakan secara bulanan/mingguan oleh penghuni2 PSG atau org luar yg ingin mengiklankan perniagaan/perkhidmatan kat blog ni nnt… secara tak langsung hasil sewaan nnt boleh menambahkan income atau tabung utk Persatuan Penduduk PSG… tapi kenalah bagi ramai pengunjung kat blog ni dulu, jgn lupa update selalu blog ni… upload gambar ler Mod baru nampak menarik…. kadang2 gambar tu boleh menceritakan segalanya tanpa kita menulis… ke sebab blog ni tak boleh upload gambar? blogspot tu boleh pulak… hehe… sori ler Mod klu permintaan aku ni membebankan…

    ps: keep it out Mod! Barulah betul Moderator… setiap persoalan pasti ada jawapannya…
    pps: rata2 komen yg aku tengok kat sini berkaitan masalah parking… so paham2 lah wahai JMB…
    ppps: cik ladybird ni pompuan ke?… hehe… ladybird oh ladybird… mcm iklan pulak… sori ler, usik sikit…

    Wassalam…

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  18. <<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>
    SALAM SEJAHTERRRAAAAA…..
    ya betul tu perisik…rata2 hal ya di kemukakan mengenai PARRRKINGGGG…krn ini ada kaitan dgn pelaboran yg di keluarkan oleh pemilik taip2 bulan utk pnylengaraan tetapi org luar yg lebih2 mengunakan kemudahan di psg…….berkaitan sal kencing bukan di blkg tmp sampah je, tetapi di dlm lif dan di basemant parking di tepi tiang pun ada yg buat onar..”””””berkenaan gan kedai di bwh blok….kedai dobi tu kedai ke atau store……muskilll lah …..

  19. <<<<>>>>>
    kita punya gym alat yg ada kat dlm tu letaklh yg canggih sikit…..baru semangat nk bersenam…ni ada yg dah rosak tanpa di perbaiki….ye ye….@#

  20. ttg kita punya gym …pasanglah yg canggih sikit ,barulah semangat nk bersenam

  21. berkenaan dgn tuntutan dgn pemaju krn tidak membina apa yg terkandung dlm sap ttg dinding antara pintu ke dapor yg hanya pendek yg sepatutnye panjang ..ada perkembangan ke??????

  22. <<<<<<>>>>>>>>>
    ~~SAYA ADA 1 CADANGAN TTG CARA UTK MENGINDAH KAN LG PSG…..
    PE KATA TMN YG ADA DI CELAH ANTARA BLOK YG ADA NI DI TANAM POKOK YG BERWARNA DAN DI TMBH LG POKOK YG SEKARANG NI MCM TK TERBELE….DAN DI TEPI ANTARA PINTU MASUK KE LIF DARI DPN DI LETAKKAN POKOK BUNGA DLM PASU ….NANTI TAK ADA LH ORG MELETAK MOTO DI TMPT TU…..

  23. Salam…

    Mana pi moderator ni!! Tido ke??… Please laaa… takkan 3 org mod tak boleh kasi respons sikit kat blog ni… kawan2 ramai komen & tanya ni… mau kasi hidup sikit laaa… mesti 2 way communicate… jgn one way or no way… please…

    ps: latest news tentang PSG takde ke? Klu susah sangat Mod, kau ajar setiap AJK Biro yg ada mcm mana nak post comment kat blog ni… biar depa sendiri taip… depa sendiri jawap… skrg zaman IT… gunakanlah sebaik-baiknya… hmmmmmm……

    Wassalam…

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  24. salam……psg .jmb
    tui tu……perisik;….mana mtdr yak ada org reply pun….mesin dah rosak ke…….heheheheheheheheheheheheeh’

  25. salam,
    terima kasih diatas maklum balas yang diberikan. segala cadangan akan dibincangkan bersama ahli jmb dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya.

    Akan tetapi buat masa terdekat ini kami tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya diatas perkara tersebut kerana ingin memperkemaskan operasi JMB dan diantara JMB dan MO(Management Office).

    Diharap penduduk PSG tidak serik untuk memberi komen & cadangan bagi kebaikan kita bersama.

    Rumah Kita Milik Bersama….

  26. Salam…

    Insya’Allah panjang umur aku akan terus bagi komen & cadangan kat blog ni… kemas tu kemas jugak Mod… jgn blog ni kau tak kemas sudahhhh… apa2 pun aku akan tunggu dan lihat perjalanan Roadmap yg diwar-warkan oleh JMB ini… aku harap ia bukanlah omong kosong… INGAT! tindakan anda mencerminkan siapa diri anda sebenarnya…

    ps: sori ler… aku ni mmg jenis tak teragak-agak utk komen direct kat blog ni… bukan apa kalau gagal dilaksanakan Roadmap tu akan porak-peranda ler PSG ni… objektif korang nak naik resale value PSG ni jugak hancur… jgn sampai tahun depan pun takde perubahan sudahhhhh!!!… sori lagi sekali ye kawan2… PEACE!

    Wassalam…

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  27. ya ya tolima tu……lojer,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

  28. bertemu lagi kita….

    buat sedara perisik yang bertanya… dah namanya ladybird.. dah sah-sah lah lady… :)

    pasal nak buat internet cafe kat bawah tuh… saya tak setuju. nanti budak2 ramai duk melepak kat situ. nanti rosak anak2 kita. macam tu jugak dengan kedai. kalau ada kedai kat dalam tu nanti, orang2 luar pasti akan masuk. tuan punya kedai pun mesti nak untung, tak kan nak harap penghuni PSG je. lagipun kat seberang umah kita tu dah macam2 kedai ada. Busana ada, 7 eleven ada, speed 99 ada, matahari ada, kedai motor ada, perabot pun ada, spa ada, saloon ada, hardware ada… tak cukup lagi ke? udah udah ler tuuu…

    sapa gerangan si mail parang kontot tu? owner wira hijau WHB tu ke? he he he… saya dulu ingatkan dia tu boss security (security lama dulu) sebab tengok dia dah macam boss, bagi ceramah kat budak2 security. ada ceramah pagi, ceramah tengah hari, ceramah petang dan ceramah malam. bila dah tukar security, rupa2nya dia duk blok A. tapi memang saya ada nampak dia dan beberapa lagi kawan dia (si kurus bertelinga astro) sibuk duk bagi ceramah kat security baru ni. harap2 JMB dapat pastikan supaya perkara ini tidak berlaku lagi. pastu saya tengok kereta dia WHB tu asyik duk parking kat pelawat jer. kenapa tu??? ada lesen besar ke? jawab, jangan tak jawab. kalau macam tu, saya pun nak alih kereta saya ke depan kat petak pelawat jugaklah… kat belakang tu asyik kena ludah ngan orang jer.

    tong sampah kat basement parking… kurang setuju. bukan apa, ada di kalangan penduduk nih perangai macam hidup di zaman batu. ingat tak dulu, kan ada tong sampah kat depan lif. tapi apa jadi? semua jenis sampah dia buang kat situ. berair-air kat depan lif. dengan bau busuknya… pampers anak pun ada tau… kepada yang masuk rumah tahun lepas, mesti ingat lagi kes ni.

    student memekak… tak pernah mengalami coz student tak duduk dekat dengan rumah saya. orang lain yang mengalami tu, he he he… kesian… JMB kena buat sesuatu lar. pasal student memekak (sama ada di rumah atau di kolam) dah lama saya dengar bisik2. jadi JMB, buatlah sesuatu. kesianlah kat jiran2 kita yang mengalami tu. pindahkanlah bebudak tu keluar dari tempat kita ni. bukan setakat student, negro pun kalau boleh, keluarkan.

    dobi kat bawah tu… rasa2nya macam dah nak bungkus. takleh idup… kat seberang jalan tu dah ada dobi. lagipun dobi kat bawah tu macam tak lengkap jer. tutup jer lah.. buat benda lain kat situ yang lebih berfaedah. dobi ni dah tak laku, umah masing2 dah ada mesin basuh.

    haa… macam mana dengan tuntutan dengan pemaju tu? ada apa2 berita tak? pls update…tq.

    kata biro wanita dah bergerak dan ditubuhkan. kenapa tidak sorang wakil dari biro wanita gunakan kuasa yang ada untuk war-warkan apa jua maklumat terkini mengenai biro wanita ke dalam blog ini, wujudkan satu ruangan khusus untuk biro wanita. download lar gambar2 aktiviti ke, apa2 ke kat ruangan tu.

    pasal nak tanam pokok / memperindahkan lagi kawasan kat tepi lif tu, saya setuju. barulah nampak kelassss sikit tempat kita. apa kata kat blok A, orang2 blok A usahakan dan blok B, orang2 blokB usahakan. kita bagi kebebasan untuk mereka hias tempat tu macam mana menggunakan kreativiti masing2.

    saudara MOD, takpe… teruskan usaha anda cuma jangan tido dah… apa lagi yang MO tu tak habis2 nyusahkan kita? kata nak tukar company baru… tunggu apa lagi? tendang je keluar company yang tak tau apa tu. menyusahkan orang.

    nak komen sikit lar pasal kenduri yang diadakan minggu lepas. lain kali tolonglah jangan benarkan kenduri macam tu lagi. bising lar. dah lah kolam tak bolehpakai. kesian budak2. kalau nak buat kenduri ke, function apa2 ker, janganlah sampai mengganggu ketenteraman orang. bisinglah dengan lagu2 yagn dimainkan sampai ke atas tau… dahlah ada pulak yang meniup bag pipe dan mengeluarkan bunyi2an yang kurang enak dan mmbingitkan telinga. aduyaiiii…. harap dapat maklumkan pada tuan empunya kenduri tu.. dah lah menyusahkan security kita nak buat kerja… nak control tetamu2 dorang yang keluar masuk.

    nak tanya lah… kenapa En. Nazam letak jawatan? sejak bila tempat En. Nazam digantikan dengan En. Roslizan? mintak maaf lah… orang perempuan… jarang nak tau benda2 macam ni. dapat tau ni pun sebab dengar desas desus. mesyuarat pun jarang saya dapat hadir sebab selalu out station kadang2 ke oversea. tapi walau apa pun, En. Roslizan pun layak duduk di kerusi Pengerusi tu. saya tengok dia pun berkaliber jugak cuma lembut sikit lar berbanding dengan En. Nazam yang tegas, selalu developer ngan MO kena hentam ngan dia… he he he… padan muka. memang patut pun. cuma buat En. Roslizan… lembut pun takpe, janji anda menjalankan tanggungjawab anda sebagai Pengerusi dengan baik. chayok.. chayok…

    adioss….

  29. salam semua,

    Harap pihak JMB dpt melaksanakan apa dicadangkan tu, kalau rasa budget tak cukup buat la satu2. Jangan sampai org kata JMB tak buat keje dah.

  30. Salam…

    To ladybird… hehe… bukan apa, kadang2 disebalik nick ‘lady’ tu ada jugak empunya nya lelaki… ttg En. Nazam tu dia meletakkan jawatan sbb tiada nama kat S&P… tu yg tak melayakkan beliau atau siapa2 shj pegang jawatan dlm JMB… tapi dia mmg hardworking punya orang… lagi satu dia ada berani sikit… ttg jawatan pengerusi tu di pegang oleh En.Aziz… En.Roslizan klu tak silap aku sbg setiausaha… sori ler klu aku tersilap… almaklumlah tunggu Mod jawap sampai ke sudah tak dijawap… aku rasa kat bawah tu elok diadakan nurseri aje, lagipun aku dengar nurseri akan pindah kat tingkat 9 blok B, mmg tak sesuai sbb terlalu tinggi… bagi aku nurseri ni satu kemudahan jugak kat penduduk disini… secara tak langsung juga akan menaikkan resale value kat PSG nnt apabila wujudnya kemudahan sebegini utk penduduknya… so apa lagi JMB lakukanlah sesuatu biar penduduk sini respect sama kamu…

    ps: Mod… buat ler sikit carta organisasi JMB kat blog ni… org sampai tertanya-tanya… kau tak habis kemas lagi ker???

    Wassalam….

    my email: perisikpsg@yahoo.com

    • Salam,

      Tentang carta organisasi tu masih dlm pembikinan, buat sementara waktu sila klik di menu JMB PSG 2009 (bahagian atas sekali) utk mengetahui nama AJK dalam JMB yg telah dilantik. Tq.

      Moderator.

  31. nak bagi cadangan tambahan…
    1. minta manag. ofis tolong kumpul email semua penduduk psg. Jadi alternatif nak hantar bill maintenance ke, collect hutang ke, kasi warning ke, buat pengumuman/notis, mintak pendapat, dll.

    2. Tengok pondok pengawal kat entrance tu kecik sangat. Kalau psg ada kemampuan extend skit la pondok tu sampai pagar. Kesian tengok guard, gilir2 nak duduk kat dalam tu. Pikir kalau tempat keje selesa, guard lebih semangat nak bertugas & boleh baiki mutu keje. Klu nak psg cctv nanti senang sbb perlu ruang besar kat pondok tu nak letak tv / monitor.

    • Salam,

      1. akan dipertimbangkan pada masa akan datang dgn adanya MO yg baru nnt.
      2. akan dibincang pada masa akan datang atau jika difikirkan sesuai.

      Tq.

      Moderator.

  32. opppsss…. mintak maaf. saya ingatkan En. Roslizan tu Pengerusi. sebab saya selalu nampak dia dengan ex-pengerusi. saya ingatkan proses hand over kerja kat En. Roslizan. En. Aziz ni yang mana satu?

    saya setuju dengan cadangan Perisik PSG, buatlah carta organisasi, senang sikit kita nak kenal muka orang. macam saya ni, pengerusi pun tak kenal. lagi satu, pengerusi sendiri pun kenalah turun padang, jangan ingat awak pengerusi awak boleh arah orang itu ini, tapi awak sendiri pun kena tunjukkan sifat kepimpinan kepada semua, baru orang boleh respect. jangan ingat jawatan yang dipegang sebagai pengerusi tu membolehkan awak duduk rehat2 di rumah sedangkan yang penat terjelir lidah adalah orang2 bawahan. sepatutnya JMB sama2 sepakat, bukan arah sana arah sini. barulah orang kenal, siapa awak. mintak maaflah kalau terkurang ajar sikit.

    semalam saya nampak En. Nazam dengan topi merah baju kotak2 dia turun padang sama2 dengan kontraktor tengah pasang tiang besi kat parking kita. ada lar dua tiga orang lagi bersama dengan dia. kalau dilihat, rajin sungguh En. Nazam nih, bak kata Perisik PSG. walaupun dia bukan JMB lagi tapi dia masih turun padang dalam hal2 berkaitan dengan saujana gombak. baguslah…. orang2 yang macam ni lar yang kita nak. memang dalam akta orang yang takde nama dalam S&P tak boleh pegang jawatan ya?

    palang2 besi yang dipasang semalam tu untuk apa? itu ke yang kata nak buat besi berantai untuk OKU? tapi kenapa kat blok A palang besi tu sampai ke hujung, bukan kat OKU saja?

    skang ni satu dah jalan. tahniah kepada mereka yang terlibat dalam pelaksanaan parking berantai kat tempat OKU. tinggal lagi, bila nak alih petak parking?

  33. salam semua…

    ini kali pertama saya nak catat komen di sini. diharap pihak JMB dapat ambil perhatian terhadap aduan / komen saya ini.

    1) macam mana dengan tuntutan dinding dapur / dekat pintu masuk yang developer tak buat tu? dah masuk 2 bulan dah JMB mintak salinan S&P dari saya, tapi takde apa2 news pun. cuma berita yang saya dapat tau, benda tu masih terperap dalam bilik gerakan lagi. buat apa mintak semua tu daripada penduduk tapi takde buat apa2 pun. nak buat pekasam ke kat bawah tu? orang bagi kat JMB dengan harapan JMB akan laksanakan semua tu. tapi kalau macam ni lar gayanya, orang tak kan percaya lagi pada JMB. penipu!! patutlah takde sapa pun yang berani nak update pasal benda ni. rupa2nya tak gerak lagi. nak tunggu apa lagi? nak tunggu kertas2 tu dimakan dek anai2 dulu ke, baru nak jalan. lepas tu terhegeh2 lar mintak balik dengan kitaorang, sebab dah dimakan dek anai2… kan… kalau tak nak buat, cakap siang2. sapa pun mesti naik angin bila tengok borang2 tu tersimpan kat dalam bilik gerakan, tak bergerak. nama je bilik gerakan, tapi tak bergerak. kalau saya buat sendiri dari bulan 3 hari tu, (saya hantar borang tu bertarikh23hb 3) agaknya dah separuh jalan kut.

    2) saya sebagai salah seorang AJK Biro Wanita, ingin meluahkan rasa tak puas hati kerana Hari Suai Kenal yang dijadualkan pada 10hb Mei lepas telah ditunda tanpa sebab2 yang boleh diterima akal. YB tak dapat datang? apa buktinya? dah bagi ke surat jemputan tu kat YB? hello…. saya NAMPAK surat tu kat dalam bilik gerakan. apa ni? nak tipu kami ke? kami bukan budak2. kalau ya pun YB tak dapat datang, sekurang2nya YB akan hantar orang kanan dia. YB pun mesti nak jaga nama baik dia. ingat kami ni tak sekolah ke? surat pun tak bergerak, lepas tu cakap YB tak dapat datang. tolonglah… kami Biro Wanita / Sri Kandi bukan bodoh. kami penat2 aturkan majlis, buat semua yang JMB suruh kami buat tanpa tertinggal satu pun… last2 ditunda. itupun tak dimaklumkan kepada kami. kami dapat tahu pun bila masuk bilik gerakan, tengok kat white board tarikh ditunda. whatever…

    3) haaa… bila lagi nak tendang management keluar ni? bodoh tak boleh pakai. hari ni saya cek bil management office / bangunan saujana gombak. sedarkah wahai JMB2 sekalian yang selama ni management office ada tunggakan bil elektrik sebanyak RM24,246.15????? bil semasa sebanyak RM7,605.30 dan TUNGGAKAN sebanyak RM16,640.87. apahal ni? apa management buat? dapat duit maintenance bulan2 tak kan tak boleh nak bayar bil? tunggakan ni sapa nak bayar? untuk maklumkan, saya staff TNB. saya pun dapat tahu dari big boss yang saujana gombak akan dipotong bekalan elektrik tak lama lagi. nampak gaya menapak lar naik tangga semua. lif dah tak boleh pakai, letrik dah takde. cepat2lah tukar management office sebelum apa2 yang lebih buruk lagi terjadi pada pangsapuri kita.

    4) kata nak ubah petak parking? kenapa tak gerak2 lagi? kata nak ubah, nakubah, nak ubah…. tapi dah berapa bulan dah ni? bangunlah…. jangan TIDO…. dan jangan ingat sedara2 semua boleh tipu saya, saya tau setiap perkembangan. jangan nak bagi alasan itu ini, saya tau apa masalah kat dalam JMB tu. jangan nak harapkan sorang dua je yang buat kerja. orang lain susah payah buat kerja, orang lain pulak senang2 bercuti. dia cuti takpe, bila orang lain cuti, sibuk suruh orang balik cepat.

    sekian, terima kasih.

    • Salam,

      1) tuntutan akan dibuat selepas semua masalah yg lebih kritikal diselesaikan oleh pihak JMB.
      2) pihak JMB amat menghargai segala tenaga yg di curahkan oleh AJK Biro Wanita, Insya’Allah perancangan yg lebih baik akan dilaksanakan pada masa akan datang.
      3) Insya’Allah bulan Julai 2009 MO baru akan masuk.
      4) ubah petak parking akan dilaksanakan dlm masa terdekat ini secara gotong-royong, akan diberitahu di blog ini nanti.

      Terima kasih.

      Moderator.

  34. ms ladybird…
    tentang cadangan puan supaya salah sorang AJK Biro Wanita gunakan blog ni sebagai salah satu cara untuk me war2kan aktiviti atau perkembangan SriKandi, Insyaallah, saya akan bawakan cadangan ini kepada Pengerusi Biro Wanita dan akan cuba bincangkan dengan pihak JMB sendiri. kita tengoklah macam mana. untuk makluman puan,(dan semua yang melayari blog ini), pada 31hb Mei 2009 (Ahad) lepas, Sri Kandi telah mengadakan aktiviti menziarahi Pn. Siti Aminah (salah seorang AJK Sri Kandi), isteri kepada En. Ali Zulfikar di Blok B-3A-7, yang telah selamat melahirkan anak. sumbangan juga turut disampaikan kepada beliau hasil kutipan di kalangan ahli Sri Kandi sendiri. Insyaallah, kami akan mengadakan lebih banyak aktiviti lagi sepanjang tahun ini. untuk makluman semua, kami mencadangkan untuk mengadakan kelas memasak, kelas menjahit, lawata / rombongan ke muzium negara / zoo negara / pusat sains negara, perancangan untuk menyediakan mini library di bilik gerakan wanita (Sri Kandi) berhadapan dengan bilik gerakan sedia ada bahkan ada juga rancangan untuk mengadakan rombongan cik kiah (rombongan khusus untuk kaum ibu shopping2). kami tidak dapat menjalankan apa yang dirancang kerana buat masa sekarang, bilik gerakan wanita masih belum ready lagi, letrik belum ada. Insyaallah, dah ada letrik nanti, kita panggil Chef Yang Jamil datang ya… kami memang mahu sangat paparkan gambar2 aktiviti kami di sini tapi rasa2nya tak boleh kut. kena tanya saudara mod macam mana. tapi, gambar2 aktiviti Sri Kandi akan dipaparkan di board tepi lif untuk makluman semua.

    setakat hari ni, Sri Kandi mempunyai ahli seramai 10 orang ahli. persatuan kami (Sri Kandi) dibuka kepada semua sama ada penyewa ataupun owner, saper2 pun boleh join. nak join Sri Kandi, senang saja. bila ada notis mengenai mesyuarat Sri Kandi, datang jer.

    harap maklum

    • Salam,

      Berkenaan gambar2 tersebut, Puan hazelnut boleh kemukakannya kpd saya/JMB dlm format jpg. utk saya uploadkan dan paparkan ke blog ini…Tq.

      Gambar & artikel tu boleh di emailkan ke saujanagombak[at]gmail.com

      Nota: Sila gantikan [at] dengan @ . Harap maklum.

      Moderator.

      • macam mana caranya nak download gambar & artikel tu?
        atau kalau boleh, saya akan send through email jer… tq.

        Moderator said,
        Gambar & artikel tu boleh di emailkan ke saujanagombak[at]gmail.com

        Nota: Sila gantikan [at] dengan @ . Harap maklum.

  35. Salam…

    Cik/Puan ladybird, En. Aziz tu yg pakai Proton Persona putih tu klu nak tau… dia pun ada buat keje jugak tapi takde lah sampai terserlah sangat mcm En.Nazam kita ni…hehe… org yg takde nama kat S&P mmg tak boleh memegang apa2 jawatan dlm JMB berdasarkan Akta 663… utk makluman palang besi tu bukan aje utk OKU tapi visitor parking jugak… kat blok A tu nnt akan dijadikan visitor parking ler nnt…almaklumlah ramai pelawat dari penduduk kat PSG ni… tentang rombak parking tu Insya’Allah dlm perancangan…. dlm masa terdekat ni akan dilaksanakan…

    ps: aku pulak ler yg jadi Mod… hehe… Mod yg ada masih mengemas lagi nampaknya…

    Wassalam…

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  36. terima kasih tuan perisik. semoga ladybird kita puas hati dengan jawapan tu. takpe… apa yang kita tau, kita boleh tolong sampaikan. Abang Aziz tu yang ada misai melintang…:) sekali tengok, muka lebih kurang je ngan penghulu kita, En. Faisal. dua dua tu abang misai..

    nak update sikit pasal bil letrik…

    rupa2nya management office kita ni bayar bil sesuka hati mak tiri belah bapak angkat jiran sebelah umah si David Lai. rupanya, bulan 5 lepas, dia bayar bil bulan 3. bulan 4, dia bayar bil bulan 1. dia start problem bayar bil bulan 6 ke bulan 9 tahun 2008. masa tu kita dah ada JMB belum ya? hari ni saya print out report bayaran bulanan Sureman Properties. huh… kata dulu nak transparent dengan kita semua. nak bagitau apa perbelanjaan bulanan kita. tengkorak atuk dia… pandai si David nih.

    tapi takpe, jangan risau. skang ni, nasihat saya (dan juga nasihat daripada boss saya), sebelum jumlah tunggakan melebihi cagaran, baik kita cepat2 tutup akaun lama yang atas nama Sureman tu dan bukak akaun baru. so far, tunggakan baru 24 ribu lebih tapi cagaran ada lar dalam RM31 ribu. kalau setakat saya jer yang duk bagi input ni kat you all, tapi takde apa tindakan, rasa2nya sia2 lar saya duk korek info ni. paling penting sekali, tendang management keluar. dorang tu tak tau buat kerja.

    saya akan pass report tu kepada JMB nanti, mungkin boleh digunakan sebagai bukti / point untuk hentam developer / management lagi.

    tq.

    • Salam,

      Perkara ini telah diketahui oleh pihak JMB, tindakan segera akan diambil terhadap perkara ini dan pihak yg bertanggungjawab iaitu MO. Insya’Allah, Puan hazelnut cuma tunggu dan lihat perkembangannya nnt.

      Moderator.

  37. Salam…

    Nampaknya marah benar hazelnut kat JMB yer… hehe… mmg aku dah perasan JMB ni banyak tido dari buat keje… yg buat keje pun dari kalangan bukan JMB… apa sudah jadi JMB!! penduduk kat sini harapkan korang buat perubahan… klu korang perlukan bantuan utk gotong-royong utk cat petak parking tu bagitau lah pada semua penduduk… Insya’Allah akan ada yg akan dtg membantu… lagi satu ttg management office (MO) tu apa yg korang JMB tunggu lagi… tendang keluar lar… dah terang lagi bersuluh MO tu merosakkan tempat kita ni… bil tertunggak… klu api kena potong nnt siapa yg akan dipersalahkan, bukan ke korang wahai JMB walaupun yg punya angkara adalah MO… hmmmm… come on lah En.Aziz… jgn sampai org kata anda lembik & lembab nnt… kena tegas & serius sikit ler… sori lar aku sound direct kat blog ni… aku pun panas jugak dengar rintihan hazelnut ni… hmmmmm… APA SUDAH JADI JMB?????

    Wassalam…

    • Salam,

      Insya’Allah jika mengikut perancangan JMB, MO yg lama akan ditukarkan dgn yg baru bermula bulan Julai 2009 ini, pihak JMB akan sedaya upaya memastikan masalah2 yg lepas tidak akan berulang lagi apabila adanya MO yg baru nnt.

      Moderator.

  38. salam………>>>>>>>>>>>>>.

    1- cam na gan pampasan ttg dinding antara pemisah pintu
    depan ke dapur yg

    • Salam,

      Diharap bersabar, pihak JMB akan cuba menguruskan pampasan tersebut selepas masalah2 yg lebih kritikal diselesaikan.

      Moderator.

  39. saya dengar MO akan ditukar pada bulan Julai. baguslah… tapi make sure, MO baru akan masuk sebelum 1 Julai, biar dorang sama2 MO duduk dalam bilik tu, handover apa yang patut, settle apa yang patut. mana tau kut2 ada lagi yang Mat Noor & Partners sorok dari kita.

    saya setuju dengan idea perisik. apa kata war2kan pada penduduk yang JMB akan buat perubahan parking, minta kerjasama semua untuk gotong royong. pasti akan ada penduduk yang sukarela turun. percayalah… bukan semua penduduk kita ni hati kelam. penduduk pun faham JMB sendiri ada tanggungjawab dan tugas masing2 terhadap kerjaya. tapi bila dah diberi mandat oleh penduduk, gunakanlah kepercayaan yang diberikan itu sepenuhnya. jangan lunturkan kepercayaan yang diberikan. kalau rasa tak sanggup, tak boleh beri commitment, jangan terima jawatan tu. kalau JMB menunjukkan kesungguhan, penduduk akan sedia support dari belakang.

    tq.

    • Salam,

      MO baru akan masuk 2 minggu awal. Auditor pun akan turut serta utk menyemak semula akaun2 yg diuruskan oleh MO lama. Tentang perubahan parking akan di war-warkan di blog ni & papan kenyataan. So, teruskan bersama & sokong blog ini utk mengetahui perkembangan seterusnya. Tungguuuuu……!!!

      Moderator.

      • wah… nampaknya blog ni betul2 dah berubah wajah. bukan setakat make up baru, tapi MOD pun dah aktif & cepat bagi respons. tahniah!!!!

  40. salam”’

    sori terhantar komen yg tak siap ‘…
    berkenaan gan tuntutan pampasan dinding yg tak dibuat ada apa2 berita ke,,,klw benarlah cam apa yg di katakan oleh penghuni psg yg borang terperap di bilik gerakan..mmg mendukacitakan’.beritahu saya cam na nak uruskan,biar saya sendiri uruskan.

    ttg tong sampah yg minta di sediakan di bawah basment gan di tepi lif,klw camtu lah kesudahanya perangai penghuni yg perangai mcm beruk buang sampah.lbh baik tak di sediakan.

    terima kasih kerana ambil telinga tentang tujuan utk menghias kan taman di tepi lif dgn hiasan bunga2 an..bila nk di mulakan ye ..

    ttg student gan negro yg buat onar ,minta jmb segera lh buat tindakan..skrg aman sal cuti sekolah.akan mula bising pabila buka sekolah nanti..

    ttg mo tunggu apa lg tendanglah keluar dah terbukti mo mendatangkan masalah pada psg..

    …………..

    • Salam,

      Ada soalan2 yg telah dijawab berkenaan perkara yg saudara utarakan. Cadangan/bantuan anda & lain2 penduduk PSG amatlah dialu-alukan, silalah ke bilik gerakan sekiranya ada idea yg dapat memperkemaskan lagi pengurusan JMB. Tentang negro yg buat onar tu, jika saudara zul blok (b) ternampak/terserempak bolehlah laporkan terus pada pihak sekuriti dan jangan lupa isikan borang aduan utk disubmitkan pada pihak JMB utk tindakan sewajarnya.Tq.

      Moderator.

      • betul tu…. biar JMB uruskan benda2 yang besar. kita sebagai penduduk pun ada hak nak sound benda2 yang kita nampak tak betul. kalau kita nampak depan mata kita, contoh orang ludah dalam lif ke, budak2 menyemak kat parking motor ke, budak2 menjahanamkan barang2 hak milik PSG ke (playground, gym dll), kita pun boleh bagitau sendiri. jangan semua benda nak bebankan JMB. biar JMB settle benda2 yang kita tak boleh nak masuk campur such as pasal pertukaran MO, alih parking dsbg. kalau kita penduduk bersama-sama menjaga tempat kita, Insyaallah… aman lar PSG nih.

  41. Saya pun baru je hari ni mengikuti perkembangan blog PSG ni,jgn buang masa kami je lah yg taip kalau tak disiarkan…

    saya setuju dgn cadangan tentang siarkan nama mereka yg tak bayar maintanance, supaya mereka tak lambat2 kan proses pembayaran di samping semua org tak terlibat dgn masalah ni kerana kes2 tak bayar maintanance. maklum le dah banyak kes yg terpapar kat tv3 pasal org tak bayar maintanance tentu kalu lif rosak susah nak baiki.. saya dengar kos nak baiki lif mahal..tambah pula dgn sesetengah pengguna lif yg tak bermoral. yg suka rosakkan lif.

    • Salam,

      Puan Ida, selamat datang ke blog PSG. Saya minta maaf sekiranya komen puan lambat disiarkan. Bloggers yg baru daftar perlukan masa utk approval. Harap maklum. Tq.

      Moderator.

  42. saya dengar ada gosip2 sumbang pasal kes asyik tukar2 sykt guard tu… betul ke??? Nak tanya sendiri tak berapa berani… Kata dorang, ada pihak yg dapat duit dengan sykt sekuriti setiap bulan apabila sykt sekuriti tu diberi job..
    wallah hualam.

    pasal parking space, ada juga yg park kereta mereka dekat parking org lain… Sape ye org tu… ?? :)) Macam salah sorang org yg bg komplen skali dlm ruang ni cakap nak tegur takut bergaduh berperang dan berparang. so, sape yg nak tegur tu…

    ahh satu lagi, kenapa nak ditukar pihak pengurusan PSG sekarang? Ada masalah lain ke yg saya tak tau dengan Pengurusan Mat nor & partner tu??? Bagi saya kalau ada masalah bukan ke kita boleh runding. Saya risau kalau tukar2 dan nanti kalau tak puas hati kita tukar lagi kacau kita punya maklumat tentang pembayaran. tak de sudahnya asyik2 tukar. lepas tukar ,tukar lagi… Nanti maklumat pembayaran penduduk ni hilang saper yg susah… kita penduduk jugak yg susahhhhhh…. kita dan keluarga kita jugak yg susah…

    • Salam,

      Pendapat saya, utk kepuasan hati, boleh bertanya sendiri tiada salahnya. Lebih baik kita dengar penjelasan kedua-dua belah pihak, barulah kita boleh menilai dan timbangkannya sebaik-baik mungkin. Lebih baik disiasat dalam2 dulu sblm kita mengandaikan sesuatu perkara itu.

      Tentang pihak pengurusan PSG itu saya quote kan posting saya spt di ‘Pembayaran Yuran Penyelenggaraan dan Bil Air’

      JMB cuma nak pastikan MO yg ada skrg masukkan semua wang yg dibayar oleh penduduk masuk ke akaun JMB. Utk makluman puan MO yg ada skrg gagal menguruskan wang/akaun dgn efisien & betul. Ini krn bil api/air sampai tertunggak dan tidak dimaklumkan kpd JMB seawal mungkin manakala wang ’sinking fund’ (RM10) yg sepatutnya diasingkan tidak diasingkan, itulah krn JMB mengarahkan penduduk bayar terus ke akaun JMB bukan ke akaun developer. Cadangan saya utk lagi selamat sementara belum ditukar MO yg baru, puan bolehlah buat cek atas nama JMB & bayar ke MO. Tq.

      Moderator.

  43. ida… dah namanya gossip…kan… janganlah percaya. JMB tukar2 guard sebab…

    1) tahu tak penduduk semua yang guard lama asyik mintak duit ngan orang (saya salah sorang mangsa) konon2 nya dia boleh adjust parking saya, saya boleh parking kat mana saya suka. tapi duit dia ambik, parking takde. konon2nya dia sewakan parking lot kosong untuk orang2 macam saya yang terdesak nak parking lot.

    2) guard dulu tak bertanggungjawab. semua kereta kasi lepas masuk sampai dah tak tahu, ni visitor ke penduduk. pastu, visitor penuh pun, lepas lagi visitor masuk. mulalah visitor masuk parking orang tak tentu hala.

    3) bab ada pihak yang dapat duit tiap2 bulan dari security tu, boleh tak orang yang mengadu hal tu buktikan? kalau betul, kenapa tak berani berdepan dan cakap dengan JMB sendiri? atau report terus kepada BPR. kalau tiap2 bulan ada orang yang dapat duit, kenapa lah JMB bodoh sangat nak tendang company yang boleh ‘bagi duit’ kat dorang… baik dorang pejam mata je janji duit dapat tiap2 bulan… security buat kerja ke, tak buat kerja ke, pedulik hapa janji masyuk… kan… so dari situ pun ida dah boleh pikirlah sendiri.. betul ke tak betul. kadang2 manusia ni, kalau dah tak suka, macam2 benda boleh cakap. kalau kita tengok depan mata kita, lain.

    4) masa guard lama dulu, banyak kes pecah rumah dan motor hilang. ni semua sebab guard tak buat kerja lah. tak jaga betul2. that’s why JMB kasi tendang itu security. JMB buat macam tu pun untuk penduduk jugak. untuk keselamatan penduduk. kalau asyik umah kita kena kopak, kena pecah, sapa yagn susah? tah2 esok mungkin rumah kita yang kena kopak… sapa tau… kan? sebelum melarat, JMB ambik tindakan. ida… JMB buat sesuatu bukan untuk kepentingan mereka tetapi untuk penduduk semua. kalau untuk kepentingan mereka, baik dorang sendiri yang masuk tender security… bulan2 dapat gaji buta. baik mereka sendiri yang jadi MO, daripada bagi kat orang lain. tapi benda2 macam ni dah difikirkan sebelum ni. JMB tidak boleh senang2 nak ambik job security ke, MO ke… takut nanti ada penduduk yang bersuara. mentang2 dia JMB, dia boleh kaut untung jadi MO ke, jadi company security ker… jadi, tuduhan yang ada pihak dapat duit tiap2 bulan tu, amatlah besar hukumnya. kata boikot barang ISRAEL kemain lagi.. tapi tahu tak apa hukumnya bila mendengar dan menyebarkan FITNAH? orang kalau dah marah, macam2 cerita boleh buat. cakaplah ada orang dapat duit tiap2 bulan… nasihat aku, kau tanya JMB betul2. kalau kau tak puas hati jugak… kau report lar kat BPR. tak pun kau suruh orang yang ngadu kat kau tu gi report kat BPR. berani ke orang tu? kalau dia betul, apa nak takut?

    5) pasal parking kat tempat orang lain tu pun, kau nak kena siasat jugak. sebenarnya, JMB membenarkan mana2 penduduk nak parking kereta mereka di tempat yang mereka suka dengan SYARAT petak mereka nak parking tu telah diberi kebenaran oleh pemilik petak tersebut. macam contoh kawan saya, parking dia kat blok b sedangkan dia duk blok a. jadi dia mintak permision dengan kawan dia utuk parking kat petak kawan dia tu memandangkan kawan dia takde kereta. lagi satu SYARATNYA… kita boleh parking kat mana kita nak kalau kita SEWA parking lot daripada owner. contohnya macam En. Nazam (proton saga hijau bawah basement). parking asal dia, disewa oleh orang lain dan dia sewa parking orang. kalau owner parking tu marah, dah lama dah si Nazam tu kena surat warning. tapi owner takde cakap apa pun. yang orang lain sibuk tu apahal? orang lain tak tau yang dia sewa parking tu. orang tau nak mengata jer… itu pun FITNAH jugak tu… berdsoa besar tuuu…. :) kalau kita nak tukar suka sama suka pun boleh. kalau kata kau nak parking tempat aku, aku pun nak parking tempat kau.. tak jadi masalah. janji, kita tak kacau parking orang lain yang boleh menimbulkan masalah. kalau kau parking tempat aku, pastu aku takde tempat nak parking, memanglah tak boleh. itu salah. sebab tu aku cakap ngan kau, bawak2lah turun kat bilik gerakan. kalau kau tak puas hati, tanya direct. jangan dengar cakap orang je. tak tau kepala ekor dah nak bantai orang. bak kata perisik… bagi salam lar dulu. nak bantai orang pun, make sure kau tu dah tau kepala ekor. malulah…

    6) pasal MO yang nak kena tendang tu. kan si hazelnut dah terang2 cakap bil letrik kita tertunggak sampai 24ribu. kau nak lagi ke MO macam ni jaga tempat kita? bodohlah… tak berakal… orang buat taik kat umah kau, kau nak simpan lagi ke? bangang betul… esok kalau letrik kita kena potong macam mana? sapa yang nak jawab? kau ke? heh heh heh…

    cakap pasal boikot ISRAEL kemain lagi… macam lah agama dia tu kuat sangat. tapi mengumpat dan dengar FITNAH orang… apa hukumnya tu? mengumpat dan mendengar orang mengumpat tu sama jer hukumnya… satu kayu jer… orang yang mengumpat dosa dapat 10, yang mendengar pun sama dapat 10, bukan 5 (tarak diskaun arrr…) buuuuu….. malu arr… lain kali tak tau jangan cakap. skang ni sapa yang malu? akakkkkkk juagk… :)

  44. salam……

    wah marah betul myvi cantik … ya betul tu guard dulu teruk dan tak bertanggung jawab, tu yg kena tendang..saya dah tengok byk kali guard tu tak buat keje dan mendatangkan byk masalah..terutama jemput org luar dtg melepak di pondok pengawal dan utamakan kwn2 dia org je…..di harapkan nanti jmb sediakan lah info berkenaan parking yg di sewakan ke atau tukar sama suka parking masing2 gan jiran atau kwn2 ke ,agar org yg lihat dan tak tahu status paham dah jelas kedudukan…tapi yg penting org tu penghuni psg yee…..jgn ada lg budaya give me 5.., mcm guard dulu suka buat kt kwn2 dia yg nak masuk dlm psg..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: