Terimakasih Bloggers

Salam kepada bloggers semua,

Di sini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kasih kepada perisikpsg, org_kota, belakepare, 1A13, iza_BlokB, ladybird, HO, zul blok (b), waktam, B-3-7, E3L5, zoro saujana, morazz80,hazelnut dan lain-lain kerana keperihatinan tuan dan puan memberi komen dan idea dalam membantu JMB untuk menjalankan tugas mereka. Ingin saya nyatakan pihak JMB telah mencuba sedaya upaya untuk menjalankan tanggungjawab mereka di dalam kesibukan mereka bekerja. Tanggungjawab kami amatlah besar dan jika berlaku kelewatan atau terkasar bahasa dari kami, kami ingin memohon berbanyak maaf.

Saya ingin mengambil peluang untuk menjawab beberapa perkara yang telah dibangkitkan di dalam blog PSG ini. Di antaranya adalah :

1) Roadmap JMB (sila rujuk post “Cadangan untuk menambaik taraf PSG” atau klik sini )

Di antara target JMB pada bulan June adalah

i) Posbesi OKU – Telah dipasang

ii) Sistem clampping – Clamp tayar akan sampai pada hujung minggu ini. Dan notis clampping insyallah pada minggu hadapan.

Mengenai sistem CCTV dan Interkom, sebutharga yang kami dapat adalah tinggi dan pihak JMB perlu mencari sumber kewangan atau cara lain jika hendak memasang sistem ini.

2) Mengeluarkan surat pekeliling/edaran senarai nama penduduk dan nombor unitย  yang mempunyai tunggakan pada notice board.

Terimakasih kepada yang memberi cadangan , kami akan lakukannya dalam masa terdekat ini.

3) Penukaran MO/ Tuntutan dinding

Kelewatan tersebut adalah kerana akaun JMB baru dibuka pada 3hb June 2009. Pihak JMB berpendapat dan atas nasihat, akaun JMB perlu dibuka sebelum tindakan di atas diambil kerana kemungkinan pihak pemaju akan bermain wayang kulit dengan kita.

Untuk penukaran MO, kami akan mengeluarkan tender terbuka untuk mencari MO yang baru dalam minggu ini.

Untuk tuntutan dinding, kami akan mengambil initiatif untuk memulakan tuntukan insyallah setelah perkara MO selesai.

4) Masalah pelajar terutama dari CQTech

Masalah yang berpanjangan ini telah kami adukan kepada pihak CQTech sendiri dan menurut sumber 2 unit telah dikosongkan, sekarang tinggal 2 unit lagi.

5) Menaiktaraf Gym, Pondok Guard, menambah landscape dll

Di sini masalah yang kita hadapi adalah kekurangan duit lebihan. Jika bloggers rujuk di notis board , kita mengalami deficit lebih kurang RM2000 setiap bulan. Permasalahan ini adalah dari MO sedia ada yang tidak bijak menguruskan kewangan kita dan disebabkan kos-kos baru meningkat pada tahun 2009 seperti maintenance lif , bil letrik seperti dinyatakan oleh bloger Hazelnut. Dah terhantuk baru tergadah.

Diharap penjelasan yang ringkas ini dapat menjawab segala kemusykilan yang terbuku dan diharap bloggers dapat menyampaikan kepada rakan-rakan PSG yang lain.

NOTIS PENTING

Di sini saya ingin mencari 2 MOD (1 lelaki, 1 wanita) untuk menjadi moderator blog ini disebabkan moderator sedia ada tidak dapat aktif kerana kesibukan kerja masing-masing. Di antara skop kerja yang perlu dipikul oleh moderator :

a) Sekurang-kurangnya masuk ke dalam blog PSG 2 kali seminggu untuk menjawab soalan-solan dari bloggers

b) Memberi maklumat terkini bagi pihak JMB dan PPPSG

Sila hubungi saya jika berminat.

Terima Kasih atas sokongan bloggers semua.

Wassalam.

Roslizan Nordin


15 Responses

  1. terima kasih atas penjelasan daripada En. Roslizan. MOD yang macam ni yang kami nak… sedia memberi maklumbalas atas setiap pertanyaan dan kemusykilan penduduk dengan padat, jelas dan berinformasi.

    pasal roadmap tu – posbesi OKU dan clamping, Alhamdulillah dan tahniah. sekurang2nya bergerak lar jugak, ada benda yang penduduk boleh nampak. pasal interkom & cctv, kalau ianya menjadi masalah dan membebankan, KIV dulu. lagipun benda tu tak penting, cuma kalau ada ianya boleh meningkatkan value rumah kita. skang ni, kita perlu dulukan mana yang penting dan terdesak dahulu.

    edaran / circular rumah yang ada tunggakan maintenance fee – baguslah… sekurang2nya penduduk tak boleh bagi alasan lupa, tak tahu, takde reminder, tuan rumah tak bayar (bagi penyewa)… bila kita dah letak circular tu, bagi penyewa, mereka boleh ingatkan tuan rumah mereka. bagi owner sendiri, faham2lah…

    penukaran MO / tuntutan dinding – cepat2lah tukar MO tu. sakit ati tul ngan wayang kulit dorang tu. cakap ngan dorang, zaman skang ni orang dah tak tengok / tak heran dengan wayang kulit. zaman skang ni orang dah tengok LCD tv, tengok DVD. make sure bila dah dapat calon MO baru, segala urusan penyerahan tugas dilakukan sebaik mungkin. jangan tinggalkan masalah lagi pada kita dan MO baru. kalau boleh, semolek2nya biarlah MO baru masuk 2 minggu awal, dalam tempoh 2 minggu tu, MO lama boleh serahkan apa2 yang patut diserah, explain apa2 yang patut di explain, settle apa2 yang patut di settle. supaya lepas ni, MO lama tak boleh cuci tangan macam tu jer. MO baru pun boleh korek apa lagi mainan MO lama. tuntutan dinding… lakukanlah apa yang sepatutnya dilakukan…..

    problem student CQTech – benda ni dah lama dah… saya sendiri pun tak tahan dengan student CQTech ni. pada pendapat saya, perkara ni boleh selesai sekiranya ke dua belah pihak memainkan peranan. pihak CQTech sendiri pun seolah2 tidak menghormati kehendak dan keputusan JMB. wakil CQTech sendiri pun macam endah tak endah dengan permintaan dan aduan kita. kita owner, kita ada kuasa. JMB boleh bertegas dengan pihak mereka.

    upgrade gym, postguard, tambah landscape dll – saya akui memang kita mengalami masalah kewangan, tambah lagi dengan tunggakan bil letrik yang puluhan ribu. seperti komen saya pasal roadmap tu, dulukan apa yagn penting. gym tu bukan selalu orang pegi. postguard tu pun, memanglah kita kesian tengok guard2 kita berhimpit dalam tu tapi sekurang2nya kalau post kecik, dorang tak selesa duk dalam tu, dorang akan keluar meronda. pasal landscape, sebenarnya benda ni kalau semua penduduk sepakat dan bekerjasama, tak perlu pakai budget pun. penduduk blok masing2 pakat ramai2 kerjakan mini taman kat sebelah lif blok masing2. kawasan tu pun bukannya besar. masalahnya, penduduk sendiri pun tak bermuafakat. kalau penduduk sepakat, semua benda boleh jadi mudah. orang ni, rambut sama hitam tapi attitude lain2.

    mengenai permintaan En. Roslizan nak cari MOD baru tu, saya cadangkan biarlah di kalangan JMB sendiri sebab JMB selalu ada mesyuarat dengan developer, JMB tau apa masalah yang dihadapi. itu lebih afdal kut..๐Ÿ™‚ kita pun ada Pn. yati selaku Biro Wanita.

    nak tanya sikitlah… saya tengok board kita tu kecik sangat. saya dah lama nak tampal aktiviti Sri Kandi kat board tu tapi takde space. nanti penduduk kata Sri Kandi takde aktiviti pulak. nak tampal kat depan bilik Sri Kandi, bukan semua orang lalu lalang kat situ. buat permulaan, sebelum Sri Kandi dikenali ramai, saya rasa board kat lif tu adalah tempat terbaik untuk promote Sri Kandi. kalau boleh difikirkan cara lain, saya amat berterima kasih bagi pihak Sri Kandi.

    sekian.

    • Salam,

      Terima kasih Puan hazelnut kerana menyokong blog ini, saya sbg moderator baru (bukan JMB) Insya’Allah akan cuba sedaya upaya mengemaskini blog ini sekerap/secepat mungkin. Yg penting ada kerjasama antara JMB dan pihak saya Moderator, Insya’Allah blog ini akan menarik dan penuh informatif pada masa akan datang. Tentang promote Sri Kandi tu bolehlah pihak puan drafkan apa2 jua penulisan tentang segala aktiviti Sri Kandi dlm bentuk notepad di komputer dan hantarkan gambar dalam bentuk jpg. format untuk dipaparkan di blog ini nnt. Jika ada pertanyaan bolehlah berjumpa JMB atau pihak saya, Moderator. Setiap apa jua masalah yg puan hadapi bolehlah diadu terus kpd pihak sekuriti dahulu utk diambil tindakan segera dan isikan borang aduan utk dihantar kpd JMB utk tindakan susulan jika masalah masih berlarutan. Tq.

      Moderator.

  2. Pos besi berantai OKU dah di pasang. Lepas nie harap pihak JMB boleh melaksanakan pemasangan CCTV kat post guard dgn dlm lift. kalau budget tak cukup buat la yg dlm lift dulu, bukan apa sbb dlm lift tu dah jd mcm tempat org buang sampah. Dengan adanye CCTV nie kita bulih tangkap sakai2 mana yg buang sampah dlm lift lepas tu kasi denda skit RM100.
    Kalu budget kurang JMB buatla satu tabung. “Tabung pemasangan CCTV dlm lift” buat collection dr umah ke umah . Harap cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak JMB.
    Time Kaseh…

    • setuju dgn waktam. dalam lif tu perlu. bukan setakat orang buang sampah, tapi orang kencing pun ada. tak tahan arrr… sakit hidung nih. maki berbakul2 pun tak guna, bukan orang yang buat kerja haram jadah tu dapat apa. kita yang sama2 dapat dosa. cuba lar buat collection. keluarkan surat, bagi tiap2 umah.

  3. Apa yang difahamkan kepada saya, CCTV di lif adalah sangat mahal kerana ia memerlukan cable (panjang 16 tingkat untuk 2 blok) yg sentiasa bergerak di dalam lif tu. Kalau kita pergi ke condo-condo Class C dan B kebanyakkan tidak ada CCTV di dalam lif kerana faktor kos.

    • Saudara E3L5, saya rasa teknologi canggih skrg dah tak perlu pakai cable. Boleh rujuk link yg saya bagi nie.

      http://www.pniglobal.com/default/index.asp?m=detail&p=536

      Saya hanya memberi pendapat kalu salah harap maaf.

      • waktam ,

        bagus cadangan tu nak kasi saman RM100 , tapi kasi ingat sikit ! apa hak JMB nak denda org , ni dah kira kes law , so kene hati hati kang tak pasal2 kite plak dpt saman sivil dari org yg kite nak saman tuh …..
        bak kata nabil ” lu pikir laaaaaa sendiri”

        sekadar ….my 0.000001 cent opinion ……

        __nightwasher

  4. Salam…

    Ini pendapat aku aje… wireless CCTV memanglah canggih…takde cable… tapi utk lift tak sesuai & tak stabil… sbb pergerakan lift & mekanikal lift yg akan menggangu frequency wireless tersebut… frequency wireless paling sesuai utk yg statik CCTV kat post guard atau parking lot, tapi kena test dulu laaa takut apabila hari hujan nnt frequency nya akan terganggu… just my 1 rupiah… hehe…

    Wassalam…

    my email: perisikpsg@yahoo.com

    • salammmmm…..

      betul betul betul …. wireless mmg ada problem … tapi kene ingat sapa nak buat maintenence backup cctv tape, beli tape , monitor, cpu ..etc takan nak suruh vendor … at least rakaman tu kene simpan 3 bulan, pastu baru bleh rotate …….. masakkkk kene bayar caj mahai tui …. cctv bukan setakat nengok skrin jer …. belakang tadbir kene kira gakkkk…….
      Itu my 0.00001 sen pendapat jer ….

  5. salam………………………@@@

    setuju dgn rakan2 yg beri pendapat tu,yg penting di dahulukan..tp yg melibatkan keselamatan penduduk jgn di abaikan yee..krn cctv bleh di anggap sbgai mata kpd pihak yg di beri kuasa dan ada kuasa mengawal keharmonian dan keselamatan psg drp anasir2 yg nk buat onar..

    ttg taman dan gym kedua2 ada kebaikan kpd psg ,krn gym yg lebih sempurna dpt keseronokan pabila bersukan di samping dpt kesegaran tubuh badan.bersukan adalah baik utk badan,dah lh tgl di rumah tiada tanah.mana lg tmp nk pegi.,kita gunakan lh kemudahan yg telah di sediakan.

    ttg tmn jika di hias dgn tanaman yg bermarna warni dan menghijau di tepi lif ,sekurang nye dpt lh mengindah kan blok psg dan menambah oksigen…klw nk gotong royong kita tak keberatan……..

    cadangan minta jmb sediakan talian utk di hubungi jika ada hal2 kecemasan spt no ketua blok ke mo ke, no nk di hubungi di pondok pengawal bila ada hal selepas waktu pejabat.tak payah nk turun ke pondok di waktu tgh mlm sbgai contoh…..

    berkenaan gan pelawat yg dtg melawat atau menghantar anak di waktu pagi atau ptg ..kdg2 menganggu penghuni lh,krn mengunakan pintu yg sama gan penghuni..kdg2 urusan utk menukar pass mengambil masa yg lama..di pintu masuk.itu belum lg yg mengamuk apabila di suruh mendaftar,sprti yg berlaku ptg smlm.masuk kwsan org nk wt undang2 sendiri,sampai bertekak gan guard.bukan pe kdg2 sampai panjang menunggu wooo…adoi

    nk tanya pd jmb……..di balconi dah boleh psg onin ke ???????? sal saya dh nmpk ada rakan psg mengunakan onin di balconi….

    ttg kanak2 psg yg bermain basikal di kawasan kolam dan di coridor dan berlumba di kawasan parking,minta di beri perhatian krn membahayakan diri..krn tiada ibu bapa yg mengawasi..kang bila org lain yg menegur jadi gadoh lak..

    a/c cimb yg baru jika nk buat payment online buleh ke……??

    sekian je wat masa ni@@@@@@@@@

    • Salam,

      Utk pengetahuan semua, JMB telah mendapatkan & mengumpulkan quotation dari vendor2 utk memasang CCTV di PSG nnt. Memang JMB berhasrat utk memasang CCTV terutama didalam lif yg sememangnya banyak berlaku vandalisme. Memandangkan disebabkan pengurusan wang yang tidak cekap & tidak sempurna (bil api/air sampai tertunggak) oleh management office (MO) yg ada skrg perkara itu terpaksa ditangguhkan dahulu. Diharap dgn adanya MO yg baru nnt masalah pengurusan wang ini boleh diselesaikan dan seterusnya dapat melaksanakan perkara2 yg telah dirancang.

      Berkenaan pelawat, JMB serahkan perkara itu kpd pihak sekuriti sepenuhnya. Biar pihak sekuriti yg selesaikan perkara tersebut. Tentang gangguan dari pelawat tersebut terpaksalah penduduk semua hadapi, memandangkan PSG tidak ada ‘separate gate’ utk pelawat, itulah shj pintu yg ada utk semua penduduk/pelawat keluar masuk. Mungkin pada masa hadapan sekiranya kewangan telah kukuh mungkin JMB boleh membuat sedikit perubahan berkenaan perkara tersebut.

      Tentang awning pula, memang sudah boleh dipasang, tetapi rekabentuknya perlulah seragam. Tuan/puan bolehlah berjumpa pihak MO utk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan pemasangan awning tersebut.

      Apa2 masalah tentang kanak2 yg bermain basikal secara bahaya tersebut jika dalam kawasan PSG bolehlah tuan/puan mengadu terus pada pihak sekuriti utk dibuat teguran & tindakan kerana sudah memang tugas mereka.

      Utk bayaran tersebut tidak ada masalah jika dibayar secara online. Cuma pastikan nombor akaunnya adalah betul & jangan lupa ‘print out’ maklumat transaksi sebagai bukti pembayaran, mungkin pihak MO/JMB memerlukannya utk dikemaskini ke dlm sistem di MO. Tq.

      Moderator.

  6. Utk MO yg baru ni saya harap semuanya telus le jgn sebab nak bagi dorang jd MO ada unsur rasuah yg berlaku. Saya cuma memberitahu, bukan menuduh. Sebab rasuah le yg boleh menjatuhkan dan merosakkan sesebuah organisasi.. semua org pun tau tu.

    Mesti ada satu tempat yg menyiarkan berita yg baru dan boleh dipastikan kesahihan. Sebab saya sebagai ibu dan penduduk selalu dengar gosip liar๐Ÿ™‚ dan gosip sumbang pasal org itu dan org ini.. Pastikan kami dapat maklumat yg tepat, benar dan cepat. kena ada ruangan le utk kami bertanya. kan?? Apa2pun saya tak pasti le bila saya punya artikel saya ni akan disiarkan.. jgn lelama sangat.. karang saya pula marah mcm si iza.๐Ÿ™‚

  7. salam………………@@@!@

    tkasih krn menjawab soalan2 yg di aju kan…..
    di harap buatlah apa yg ada dlm jmb punya target khas utk penghuni psg yg utama..semoga apa yg kita rancang di berkati….

    salam..
    **************

  8. Memang dalam dunia ini manusia suka beranggapan dan membuat tanggapan. Perlu difahamkan walaupun kita rajin melontar komen dan pendapat kita di blog ini …kita juga harus rajin juga berbual dengan pihak yang terlibat cthnya JMB supaya kita tahu apa yang mereka buat, susah dan senang mereka. Jangan jadikan kesibukan kita sebagai alasan, sedangkan orang lain juga mungkin lebih sibuk lagi tapi mempunyai masa untuk bertanya kabar. Memang kita tak mahu sebarang gejala negatif di sini tetapi kita juga harus appreciate perkara positif yang telah dilaksanakan di sini. Memang kita tidak suka kepada kekerapan pertukaran sesuatu benda tetapi kalau untuk kebaikan…why not?

    Hanya Pendapat yang Ikhlas

  9. cik / puan ida… saya nasihatkan, janganlah dengar cerita daripada sumber2 yang tak boleh dipercayai kerana kebanyakannya banyak aji no moto…he he he… kalau nak tau cerita sebenar, telus, tepat dan padat, joinlah kami. MO sekarang ni, banyak hutang. tu pun sib baik saya find out ngn tnb psl bil tertunggak PSG sampai 24 ribu. banyak lg yg penduduk tak tau… masalah developer yg tipu kita… kalau cik / puan ida nak tau masalah2 kita di PSG, joinlah kami. bukan nak promote JMB… saya pun bukan ahlj JMB. saya cuma ahli Sri Kandi…๐Ÿ™‚ MO dan developer ni banyak buat cerita coz nak cover taik yg dorang buat. pasal bil letrik tu pun bila saya tanya MO, dorang kata semua bil settle. dia x tau yg saya ada spy kat TNB. TNB siap print summary bill and tarikh2 bil dibayar, bila last byr bil… kantoi la MO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: