Aktiviti ziarah Sri Kandi pada 31hb Mei 2009 di PSG

Pada hari Ahad, 31hb Mei 2009 yang lepas, Biro Wanita dan Kebajikan Pangsapuri Saujana Gombak (Sri Kandi) telah menziarahi salah seorang AJK Biro Wanita dan Kebajikan, iaitu Pn. Aminah binti Mat Amin (B-3A-7) yang selamat melahirkan anak ke-4. Sumbangan berupa barang-barang keperluan bayi turut diberikan hasil kutipan daripada ahli Sri Kandi. Kami ahli-ahli Sri Kandi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Pn. Siti Aminah dan pasangan, En. Ali Zulfikar di atas kelahiran cahayamata ini dan bersyukur kerana semuanya selamat walaupun bayi tersebut lahir tidak cukup bulan (pre-mature). Dibawah beberapa gambar yang sempat diambil dari lawatan tersebut:

AJK Biro Wanita dan Kebajikan.

28 Responses

  1. terima kasih MOD kerana menyiarkan artikel ini.

    • Salam,

      Sama-sama Puan hazelnut. Kepada semua AJK Biro/JMB, kalau ada apa2 lagi artikel, berita, cerita ttg PSG dan lain2 yang bergambar atau tidak bergambar bolehlah dihantar terus ke email PSG. Insya’Allah saya akan posting kan dengan segera.

      Moderator.

  2. Salam…

    Thumbs up to Mod!! Ini macam baru aku salute… mmg up to date lah… buat AJK Biro Wanita dan Kebajikan, aku ucapkan tahniah sebab korang berjaya adakan aktiviti ziarah-menziarahi ni… kpd lain AJK Biro kenalah aktif sikit, jgn tido!!!… korang submitlah apa2 artikel ke berita ke tentang aktiviti korang pulak… kasi gambar la baru syok… barulah penduduk PSG bukak mata sikit & respect sama kamu…

    ps: Mod dah ok ni korang AJK Biro dalam JMB gunakanlah sebaik-baiknya, Mod dah sanggup laksanakan keje dia, so apa lagi ditunggu!

    Wassalam…

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  3. sape ni asyik puji je ada apa2 ke??? kami yg tinggal kat sini tak tau menahu pun pasal aktiviti ni… tak de pun lawatan yg berlaku… ke ada puak2 tertentu je yg dorang lawat… si perisik psg ni sape tu??? suka bodek je ayat kooo….

    • Aku nak puji & bodek sapa pulak ni?? Ooooo lupa pulak aku bodek JMB dia orang bagi aku kontrak RM1 juta utk kipas depa…. kah…kah…kah… klu yer pun kau bagi salam lah dulu…. tengok dulu posting aku yg lepas2…. ada unsur bodek ke??? Jgn2 Cik/Puan ida yg dapat kontrak dari somebody kot mau kasi hentam ini JMB???? hehe….sori ler baru jaga dari tidur….

      ps: macam mana korang nak tau pasal aktiviti JMB kat PSG ni, dah korang asyik pandang serong kat JMB, tempel muka kat bilik gerakan haram tak nampak… cuba jenguk2 kawan2 tu tengah bersengkang mata kat bawah tu… korang dok membuta kat rumah mana korang nak tau!!! hehe….sori ler klu terkasar bahasa….
      pps: Sri Kandi sudah kasi posting mana tempat pun kau nak tanya lagi ker???? kau ni baru first time ber blogging ker???
      ppps: kau nak tau sapa depa silalah melawat depa pulak jgn tunggu org melawat kau ler ida oooooiiiii!!!

      Wassalam… PEACE!

    • wei… aku nak tergelak pun ada ngan si ida nih. tu lar dia kalau dah tak bergaul ngan orang… inilah jadinya… kalau kau nak orang lawat kau, kau joinlah dorang. kau tak tunjuk muka kat dorang, camne dorang nak lawat kau? camne dorang nak kenal kau kalau kau tak tunjukkan muka. hapa ke soalan tah si ida nih. ko tu yang suka dengar cakap orang yagn berpuak2.. tu yang ko pun anggap orang berpuak2. terang2 si hazelnut tu cakap “sapa2 pun boleh join Sri Kandi tu, tak kira owner atau penyewa”… itulah.. lain kali baca notis kat board… lain kali bergaul lar ngan orang yang betul.. bukan dengan puak2 makcik reporter… keh keh keh…. dengan kau kau sekali dapat award reporter of the year. aku setuju dengan perisik. dah si hazelnut dah cakap, nak join Sri Kandi, join ler mesyuarat. mudah je syaratnya tu.. habih.. kau nak orang gi sembah kau kat umah dulu ke? he he he… besar sangat ke ko ni? ha ah.. lupa.. ko ni besar cakap… kah kah kah… aku setuju ngan ko perisik… tetiba lak ada burung belatuk menyinggah.. sib baik compresor aku tak rosak.🙂 ko dulu sekolah kat mana hah?

      ko toksah citer lar nak boikot barang israel ngan aku. kalau kau betul2 boikot israel, takde apa pun yang kau boleh pakai kat umah kau tuh. kau buat lar sabun sendiri, syampu sendiri, milo kau sendiri… bab kau nak boikot, kau punya pasal. orang lain punya pasal, sapa ko nak halang? aku menyampah tul ngan orang yang cakap tak serupa bikin nih… minta maaf ya.. aku bukan tak sokong kau nak boikot… kau nak boikot, kau boikot lar… pastu nak komplen lak Sri Kandi beli produk Johnson lar.. huggies lar… dorang nak beli, itu dorang punya pasal lar. naper? polis nak saman ke? haram ke? duit dorang, bukan dorang gi curi kat supermarket… la la la la la… sukanya aku dapat bubuh orang macam nih. kau tak nak gi carrefour, kau punya pasal lah… habih.. kau nak halang sumer orang ke? ehh.. kalau ko nak buat iklan perangi barangan israel, kau dah silap tempat nih. ini blog PSG, bukan TV3, bukan RTM. orang takde masa lah nak dengar iklan ko….

  4. saya nak tau di mana dan bila aktiviti ni berlaku. Boleh join skali tak? sape yg boleh dihubungi utk saya nak turut serta.

    • Salam,

      Telah dimaklumkan spt dalam artikel, kalau nak join boleh tiada masalah. Siapa yg patut dihubungi akan diupdate dalam blog sedikit masa nnt. So, stay tune! Tq.

      Moderator.

  5. Sape mereka ni ? kena le ada pengenalan utk siapakah yg mewakili persatuan srikandi ni, sebab ada setgh2nya tak tau pun dan cam na nak turut serta. satu lagi kalau boleh pihak serikandi pastikan le elak guna produk BB johnson tu, sebab BB Johnson tu salurkan dana ke tabung ISrael.. tu pun tak tau ke? Sensitif le skit. Ada byk lagi produk yg bagus kat pasaran..

    Boikot produk yg menyalurkan dana ke tabung ISrael.!!!

    • Yg penting niat kita, klu kau cakap bagus pun klu niat tak baik takde gunanya jugak kan… kan… kan…

      ps: mlm ni mmg havoc, rupanya ada burung belatuk singgah kat compressor air cond rumah aku…. keh…keh…keh…

      Wassalam…

      • eh.. mestilah niat kita ikhlas nak melawat sahabat… saya setuju dengan perisik… yang penting ikhlas.. apa yang kita bawak, itu tak penting.

    • woi.. woi… dia sorang je yang tau Johnson tu produk israel. rakyat malaysia lain semua tak tau..🙂 wei.. sumer orang tau lah… tak tahu perkembangan semasa… dalam rancangan Halaqah (tak ingat berapa haribulan) ada cakap pasal isu barang israel ni. ada penonton tanya, berdosakah kita guna produk israel. jawapannya TIDAK. cuma kalau boleh dielakkan, elakkanlah. tapi tak boleh nak paksa orang untuk boikot. itu hak individu masing2.

  6. Produk Huggies tu salah satu dari produk yg menyalurkan ke dana Israel .

    Perangi Israel .. Boikot barangan Israel.

  7. http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

    ini link bagi semua yg nak dapatkan senarai produk yg menyalurkan dana ke tabung Israel.

  8. Bagi mana2 yg tak dapat kita boycot cam susu anak tu ok le.. kalau tak de alasan kukuh utk terus menggunakan produk ( yg menyalurkan ke dana Israel utk perangi Palestin) tak perlu le .. Saya cuma memberikan informasi agar rakyat malaysia pengguna Islam khususnya lebih peka. Dan sebagai penduduk PSG patut le peka dengan semua isu2 semasa cam ni..

    saya sekarang dah tak pegi Carefour lagi, tak guna huggies lagi, tak guna barang nestle cam milo(ganti dgn vico) best jugak rasa Vico tu. tak minum nescafe( boleh guna produk ganti lain seperti indocafe atau lain2) .

    satu lagi, rokok merupakan produk Israel yg paling laris.. Dan tentunya mereka yg memonopoli sykt rokok2 ni.

    • ooo…. susu takpe… takyah boikot? he he he… kalau ko betul2 nak boikot, boikot lar sumer… apalah… cakap tak serupa bikin. takde pendirian langsung. apahal lak yang ko ni ‘sebagai penduduk psg kena peka dgn isu macam ni”. apa lak kena mengena dengan penduduk psg dengan boikot barang israel? ko jer… ooo.. penduduk psg je yang kena peka? oooo….. ko ni… putar alam lah…

  9. Lawatan untuk org bersalin ni hanya untuk ahli srikandi sahaja atau untuk sapa wanita yang bersalin di PSG? Klu pergi pada penduduk lain (yang x ahli pun) lagi bagus…

    Sekian

    p/s :
    alhamdullillah, wife saya selamat melahirkan seorang baby girl yang cute pada 5 mei 09 yang lepas… ramai juga yang melawat sampai tak menang tangan dibuatnya… hari biasa, hari minggu sama je situasinya (semua bukan orang PSG).. jiran depan rumah je ada datang….

    • Salam,

      Selamat datang ke blog PSG saudara 1Saujana. Pihak JMB amat mengalu-alukan kedatangan saudara di blog ini. Terlebih dahulu, saya bagi pihak JMB mengucapkan tahniah atas kelahiran baby girl saudara itu.

      Pendapat saya, tentang lawatan itu adalah lebih baik sekiranya isteri saudara menjadi ahli Sri Kandi (terbuka kepada semua penduduk samada pemilik atau penyewa) kerana akan dapat lebih mengenali antara satu sama lain dengan lebih akrab lagi. Secara tidak langsung apa-apa situasi yang berlaku kepada keluarga saudara juga akan mereka ketahui. Kalau tidak menjadi ahli rasanya susah juga untuk Sri Kandi mengetahui dan memantau apa yang berlaku pada keluarga setiap unit di PSG ini.

      Terima kasih atas komen saudara dan teruskan bersama blog PSG ini untuk mendapatkan maklumat terbaru.

      Moderator.

    • minta maaf ya 1saujana. kalau tak cakap yang wife awak bersalin, mana penduduk nak tahu. aku tanya kau sekarang, kau tau ke bini aku bersalin minggu lepas? tak tahu kan? so, jangan lar beranggapan bini kita bersalin kita nak orang datang melawat. aku tak angin pun orang tak datang tengok bini aku sebab memang aku tau aku tak bagitau orang, mana orang nak tau. jadi, rajin2 lar tegur jiran kita, ambik tau masalah tempat kita, jenguk2 lar bilik gerakan… baru lar orang tau… oooo bini dia tengah mengandung… oooo bini dia dah bersalin…. oooo bapak dia meninggal minggu lepas rupanya, patut lar keta takde, balik kampung rupanya…

      agak2 kau, kau tau tak Najib jadi PM kalau media tak bagitau rakyat? heh heh heh…

  10. salam buat semua yang bagi komen.

    saya sebagai salah seorang AJK Sri Kandi nak buat pembetulan ya…

    first of all, penubuhan Sri kandi. Sri Kandi ditubuhkan pada bulan Januari 2009. antara objektif penubuhan Sri kandi ialah untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan penduduk wanita di samping menjalankan aktiviti2 berfaedah untuk wanita seperti kelas memasak, kelas menjahit, lawatan atau rombongan dan sebagainya. malang sekali, kelas menjahit dan memasak masih belum boleh dijalankan kerana kami masa tu masih belum ada tempat / bilik untuk adakan aktiviti begini. Alhamdulillah, bulan ni kita dah terima bilik. jadi, kita akan truskan aktiviti yang dirancang.

    untuk menyertai Sri Kandi, senang saja. join je mesyuarat yang kami adakan. sebelum ini, kami telah keluarkan notis (masukkan dalam pos box setiap penghuni) mengatakan kami akan mengadakan mesyuarat pertama. tetapi malangnya, cuma 6 orang yang hadir mesyuarat tersebut. mesyuarat kali ke dua diadakan 2 minggu selepas itu dan kali ini, kami naikkan notis di board tepi lif. (nak print 320 keping notis masukkan dalam post box, budget takde. lagipun orang tak datang pun, tak balik modal). tapi yang datang cuma 10 orang. setiap kali kami nak adakan mesyuarat, kami selalu naikkan notis di board dan alhamdulillah, penyertaan semakin ramai dan mendapat sambutan. jadi, kepada blogger ida yang tak tahu, rajin2 lah tengok di board ya.

    untuk aktiviti2 yang bakal diadakan (kelas memasak, menjahit, lawatan / rombongan) kami buka kepada semua penduduk. insyaallah, bila dah dapat tarikh dan masa yang sesuai, chef jemputan ok, kami akan naikkan notis dan iklankan dalam blog juga. tapi untuk aktiviti ziarah bersalin, setakat ini kami hanya buat untuk ahli2 sahaja kerana kami ahli ada buat kutipan yuran dan sumbangan di kalangan ahli untuk beli hadiah kepada baby. memang kami ada cadangan untuk melawat siapa sahaja tapi kami takde maklumat. yalah, kami tak tau kat pangsapuri kita tu, sapa yang bersalin, sapa yang baru dapat baby. kalau tak diberitahu, mana kami nak tau, kan. tapi perkara ini masih dalam perancangan. insyaallah, kalau dana dan tabung kami mencukupi, kami akan buat untuk semua penduduk. masalah kami sekarang ni ialah ‘tabung’. maklumlah, kami ni masih baru dan ahli pun tak sampai 20 orang lagi. kutip duit pun baru RM5 sebulan. tu pun baru start bulan lepas kutip yuran.

    berkenaan dengan produk BB Johnson tu, minta maaf kalau mengguris atau menyentuh sentiviti sesetengah orang. bukanlah niat kami sebenarnya untuk menggunakan / membeli produk itu tetapi sebenarnya kami dapat FREE daripada salah seorang AJK Sri Kandi. jadi, duit sumbangan yang diberi oleh ahli2, kami belikan baju. barang yang dapat FREE tu kami top up lar, nampak lar banyak sikit hadiah yang baby dapat. kalau cik/puan ida tengok / perati betul2, ada tertera di plastik “NOT FOR SALE”. he he he… barang FREE….

    kalau cik / puan ida dah lama masuk blog ni, mungkin dah tau yang saya ada maklumkan sebelum ni yang Sri Kandi dah ditubuhkan dan sesiapa yang nak join Sri Kandi, boleh join mesyuarat kami dan automatik jadi ahli kami. cuba cik ida tengok / baca di setiap ruangan dari atas. cari saya punya komen. mesti jumpa.

    saya harap saudara 1saujana dan ida jelas dengan penerangan saya. 1saujana pun mintaklah orang rumah join Sri Kandi. tak rugi join Sri Kandi… banyak faedahnya. boleh kenal jiran2. kalau tak kenal jiran, tu yang jadi kes wife bersalin pun takde orang nak melawat. manalah kami di pangsapuri ni nak tau perut sapa yang besar, perut sapa yang dah meletup.🙂 kalau tak diberitahu, mana kami nak tau. kami ni pun bekerja jugak, kami takde masa nak ketuk rumah setiap orang nak tanya khabar dari blok a dan blok b, dari tingkat 1 hingga ke tingkat 16. kita dah ada bilik gerakan, rajin2lah turun ke bilik gerakan. tak rugi kita bercampur orang… esok kalau ada kematian ke, nak buat cukur jambul anak ke, senang urusan kita. jiran lar yang menolong kita.

    jadi cik / puan ida… hari Ahad ni jam 4 petang Sri Kandi akan adakan mesyuarat di bilik gerakan. lepas mesyuarat, kami akan melawat sorang lagi AJK yang bersalin di blok A. kalau berminat nak join Sri Kandi, datanglah mesyuarat kami. anda dialu2kan. notis akan ditampal petang ni.

  11. salam,

    gua baru je masuk blog saujana apt ni. apa nama team ni srikandi. tahniah la sebab ada aktiviti berpersatuan ni. caya lu. harap lu orang lebih berjaya pada masa hadapan. tapi gua still tengok baru satu aktiviti dianjurkan. iaitu lawatan atau ziarah ibu-ibu bersalin. tahniah dari gua..

    wah. tahniah la pada srikandi sebab lawat pn aminah, tahniah juga pada ibu-ibu yang baru dapat baby baru macam 1saujana. gua juga tabik kat ida sebab bagi info berguna pasal halal haram. semoga lu dirahmati Allah s.w.t

    buat myvi cantik:

    lepas gua baca komen myvi cantik (persona lagi cantik la), gua pun nak bagi sikit komen.. tujuan blog ni diwujudkan murni niatnya untuk membina perpaduan di kalangan PSG.. tapi gua tengok lu respond tak kena gaya la bro… respect sikit la pendapat org lain. ini tak lu buat macam semua orang tau… gua nak tanya lu, kat mana kita nak dapat info pasal barangan yang perlu di boikot kat PSG.. ada? x de kan… so terima kasih la kat ida tu yang bagi info kat kita.. yang mana boleh kita boikot kita boikot la… terpulang pada individu masing masing klu nak boikot… klu lu tau senarai barang untuk boikot, lu buat la satu threat kat blog ni… bole syer ramai2…

    pasal info orang beranak pulak, klu bole gua nak tau kat mana gua nak dapat info org branak atau dpt bayi baru.. kat bilik gerakan, blog PSG.. lu bole bagtau gua… gua pun nak melawat klu bole…. bila gua baca komen 1Saujana, gua rasa dia pun bagitau dia dapat baby baru la tu…

    ok untuk pengetahuan lu, klau bini gua beranak nanti, kat mana gua nak register utk bagitau bini gua beranak…? ada borang tak? klu ada mana gua nak ambek… tapi gua tak nak lu orang datang lawat… rasa tak prlu…

    satu lagi myvi cantik. tak kan lu nak gua turun kat blik gerakan je… gua tengok pun ramai x turun pun. lu kena paham orang ramai keje. ada anak bini. cukupla kita jalinkan dan berkenalan dengan penduduk yg lain. klu pg surau lagi afdal. pahala pun dapat. takkan gua bukan ahli jmb atau ahli pppsg, kbajikan gua diktepikan.

    so marilah kita bermuafakat.

    moderator.. thumb up🙂 sila berkarya lagi
    hazelnut, tahniah buat aktiviti.. buat lagi.

    gua akan berkarya lagi.

    wassalam

    matamata

    • Salam,

      Selamat datang matamata. Saya bagi pihak JMB mengucapkan terima kasih kerana saudara/ri sudi mengunjungi blog PSG ini. Diharapkan rajin-rajinlah singgah di blog PSG ini selalu, ada banyak berita yang akan dikemaskinikan nanti. Sama-samalah kita jadikan blog ini sebagai landasan untuk meningkatkan ukhwah sesama kita dan menaik taraf PSG ini agar menjadi lebih baik. Stay tuned! Tq.

      Moderator.

  12. t/kasih atas komen dari matamata. Insyallah… kami Sri Kandi akan anjurkan beberapa aktiviti lagi di masa hadapan. walaupun kurang sambutan tapi kami tetap akan teruskan. biasalah.. buat permulaan, memang takde sambutan. lama-lama esok ok lar kut.. hopefully..🙂

    kami ahli-ahli Sri Kandi bukannya tak nak melawat mana-mana ibu yang menerima bayi baru. cumanya kami tidak mempunyai info. ibu-ibu yang kami lawati tu pun hasil daripada makluman rakan-rakan / jiran-jiran. lawatan kami itu juga bukan terhad kepada ahli JMB atau Perstuan penduduk… kalau boleh kami nak melawat semua orang. kami memang mempunyai cadangan untuk mengadakan aktiviti membaca yaasin dari rumah ke rumah tetapi memandangkan ahli kami masih tak ramai dan masing2 sibuk dengan kerjaya masing2, jadi cadangan itu terpaksa kami KIV dulu.

    saudara matamata jangan berjauh hati dengan kami SRi Kandi pulak ya… kalau ada apa2 info yang nak disampaikan, boleh berurusan dengan Pn. Yati dan Pn. Haslina selaku Biro Wanita dan Kebajikan. ada kes bersaliln ke, kematian ke, sakit ke… apa2 yang berkaitan dengan Wanita dan Kebajikan, kami di Sri Kandi mengalu-alukan info sedemikian. tak pun, boleh war-warkan dalam blog ni. insyaallah… kalau sampai info kat kami, kami akan sampai.

  13. lupa laks…. sedara/sedari myvi cantik… saya hormati pendapat sedara/sedari dan terima kasihlah kerana menyokong kami (Sri Kandi) tapi saya minta sangat kepada sesiapa yang meninggalkan komen dalam blog ini, tolong jangan sampai meninggalkan kesan kepada Sri Kandi. yalah tak nak nanti orang salah faham pulak. kerana komen daripda segelilntir orang, ada pulak nanti yang blacklist Sri kandi. Sri kandi ditubuhkan dengan tujuan murni.. bak kata matamata, nak menghidupkan suasana muafakan, menyatupadukan penduduk.

    terima kasih.

  14. SALAMMMMMMMMM……………
    MAJU SRI KANDI
    MAJU JMB/PSG
    HIDUP PALESTIN
    ………………….
    SEKIAN…..
    KAMI TAK BESAR DAN KAMI TAK KUAT
    PALING PENTING ………
    …….KERJASAMA…………

  15. salam.. tiada apa2 lg ka xtvt yg di-update dlm blog ini?

    • salam… maaf belum ada buat masa ini…. masing2 sibuk mencari rezeki… klu ada apa2 yang boleh dikongsi…. sila postkan di blog…. thanks.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: