Bertelagah kerana lif

Salam,

Berita bulan lepas di Utusan Malaysia. Mungkin boleh dijadikan tauladan oleh penduduk PSG.

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Mei – Gara-gara vandalisme yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan lif sering rosak, pihak Pengurusan Bersama (JMB) dan penduduk Pangsapuri Permai, Sungai Besi di sini bertelagah sesama sendiri.

Ini kerana keadaan lif yang rosak teruk di kesemua lima blok di pangsapuri berkenaan menyebabkan penduduk berang terhadap JMB yang dikatakan lambat bertindak membaiki kemudahan tersebut.

JMB pula menyalahkan penduduk kerana tidak membayar yuran penyelenggaraan dan tidak memantau anak-anak mereka yang melakukan vandalisme.

Adegan tuduh-menuduh tersebut akhirnya selesai apabila Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Lau Hoi Keong mengadakan perjumpaan bersama penduduk dan JMB Pangsapuri Permai baru-baru ini untuk menyelesaikan masalah terbabit.

Dalam pertemuan tersebut, Timbalan Pengerusi JMB Pangsapuri Permai, Suradi Mohamed memberitahu, dia kesal dengan tindakan penduduk yang hanya menyalahkan pihak pengurusan sahaja.

Jelasnya, pihak JMB sebenarnya dalam rancangan untuk membaiki lif di kesemua blok secara berperingkat-peringkat walaupun kutipan yuran penyelenggaraan hanya sedikit.

Setakat ini, katanya, hanya dua buah lif sahaja yang rosak sepenuhnya dan pihaknya sedang menunggu ketibaan alat ganti untuk membaiki lif tersebut.

“Setiap blok mempunyai tiga kemudahan lif namun selalunya hanya satu sahaja yang berfungsi. Bukan kita tidak baiki, namun selepas dibaiki, ia rosak semula keesokan harinya.

“Bayangkan berapa kos yang terpaksa kami terpaksa tanggung dan penduduk hanya menyalahkan kami sahaja,” katanya kepada pemberita di pejabat JMB Pangsapuri Permai, Sungai Besi di sini.

Tambahnya, pangsapuri 18 tingkat tersebut mempunyai 1,380 unit rumah dan diduduki oleh penduduk yang dipindahkan dari lima buah kawasan setinggan.

Jelasnya, mentaliti penduduk yang hanya mengharapkan JMB untuk memantau perbuatan vandalisme menyebabkan kejadian tersebut menjadi-jadi.

Suradi turut mengingatkan penduduk bahawa jika mereka gagal menjelaskan yuran penyenggaraan selama dua bulan berturut-turut, meter air mereka akan disita.

Jelasnya, penduduk yang gagal menjelaskan yuran berkenaan telah pun diberi notis sebanyak dua kali.

Selain itu, kata beliau, pihaknya juga dalam perancangan memasang kamera litar bertutup (CCTV) bagi mengatasi masalah vandalisme.

Sementara itu, Hoi Keong berkata, beliau berharap persatuan penduduk pangsapuri berkenaan dapat memberi kerjasama dengan JMB dalam memantau kejadian vandalisme.

Jelasnya, masalah tersebut dapat dikurangkan sekiranya penduduk kerap menjalankan rondaan.

“Lif adalah kemudahan yang paling penting untuk perumahan bertingkat, oleh itu, penduduk perlu menjaganya dengan baik untuk mengelakkan ia rosak memandangkan kos membaiki lif adalah tinggi.

“Saya juga berharap penduduk dapat bekerjasama serta menjelaskan yuran penyelenggaraan bagi membolehkan lif yang rosak dibaik pulih dengan segera,” jelasnya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0519&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm&arc=hive

4 Responses

  1. Pasal ni memang betul. Mentaliti org kat sini masih rendah lagi.. Kadang2 saya nampak dlm lif, besi pada dinding lif dah takde (dicabut org). Dgn air ludah atas lantai. Itu tak termasuk sampah2 seperti puntung rokok, pembalut gula2 dll lagi le. Ada papan tanda merah di luar lif tulis ‘jgn masuk dgn pakaian basah ke dalam lif’ , masih jugak dorang masuk dgn pakaian basah (apa guna buat bilik salin pakaian kalau tak diguna). Kalau ditegur , dorang buat muka bodoh je, silap2 haribulan kita pulak dilawan balik. Dalam hal ni Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mengajar anak2 utk tidak buat perkara yg tak de sivik ni.

  2. salam pembaca semua..

    saya berasa dukacita dgn kejadian yg menimpa tmpt kejadian..nauzubillahh..
    “………..Tambahnya, pangsapuri 18 tingkat tersebut mempunyai 1,380 unit rumah dan diduduki oleh penduduk yang dipindahkan dari lima buah kawasan setinggan.

    Jelasnya, mentaliti penduduk yang hanya mengharapkan JMB untuk memantau perbuatan vandalisme menyebabkan kejadian tersebut menjadi-jadi.”

    yg menjadi masalah besar adalah sikap mrk sebenarnya.. tiada sikap toleransi dan penting diri sendri. juga tiada sifat mencintai tmpt tinggal sendri. septutnyer org2 yg mcm tu… soh tinggal dlm hutan… atau dipencilkan/diasingkan dari kawasan yg ada ribuan penduduk yg sama2 inginkan satu kedamaian dan dari ctu akan wujudnyer satu masayrakat yg harmoni dah dr masyarakat yg harmoni akan terbit satu kelompok manusia yg aman damai lagi bertamadun.
    boleh tak saya tafsirkan org2 yg tiada sikap inginkn satu persekitaran yg cantik damai dan aman ini dikategorikan sbg beruk. tgk ajer la kalu beruk2/monyet2 yg dtg ke rmh2 penghuni.. mcm2 peel mrk.. ada yg terkinja2 buat kerosakan yg mcm2… inilah hasilnya.
    ini sbg percontohan harap maaf jika ada kekasaran bahasa tpi dgn bahasa mcm ini la sedikit sebyk beri tamparan dan kesedaran pd yg ada perasaan keinsafan..betul tak..
    “vandalisme mencemarkan identiti sesebuah masyarakat”

    harap ianya dijadikan iktibar pd kita penghuni Pangsapuri Saujana Gombak..harapan juga agar ianya tidak berlaku dan dijauhkan perkara ini terjadi di kemudian hari.

    sebagai penghuni yg punya saluran utk bersuara, amik peluang utk menyuarakan pelbagai pendapat juga aduan kalian. semoga kita hidup aman damai dan dijadikan contoh kpd penghuni pangsapuri lain2 tempat dan sekitarnya.

    Sekian.

  3. saya setuju dengan pendapat iza blok b. lif kita sekarang ni, bukan setakat pembalut gula2 dan ludah. bahkan lebih teruk lagi bila ada lak beruk2 / monyet2 yang kencing dalam lif. ambil contoh lif di blok a. bau hancing boleh dikatakan hari2. nak kata dalam rumah takde toilet, mustahil. nak kata tak tertahan nak buang air kecil, pun mustahil jugak. tak kan hari2 tak tahan nak buang air kecil. saya hangin tul dengan bau air kencing nih. menusuk sampai ke paru2 tau… air kencing kita ni kalau orang tak tau, mengandungi ammonia yang tinggi. ammonia ni orang guna untuk pengsankan orang. kalau tau lah sapa punya kerja, memang saya malukan dia seluruh alam. tu yang saya cadangkan supaya kalau boleh (kalau boleh lah.. dan kalau budget mengizinkan) pasanglah cctv kat dalam lif tu. baru orang tak berani nak buat kerja2 bengong nih. kalau dorang buat jugak, kita pun boleh tengok muka beruk2 yang suka kencing dan buang sampah / ludah merata nih…

    lagi satu… ambil iktibar dari artikel dari utusan ni. pihak penduduk sendiri tak boleh nak harapkan JMB semata2. biasanya, masalah akan timbul macam ni lah… maintenance fee tak nak bayar pastu bila lif ke apa2 yang rosak, nak mengamuk. dia ingat nak baiki lif / benda2 lain tu main air liur or cabut & gadai bulu ketiak ke? tu semua pakai duit. pangsapuri kita sendiri pun dah ada tunggakan bil letrik sampai 24 ribu. buatnya esok letrik kena potong, lif tak gerak, air tak sampai ke rumah, parking basement gelap, lorong umah kita gelap… penduduk jugak yang mengamuk. tapi tang dia tak bayar maintenance tak sedar. tau nak menikmati benda yang ada je tapi tak nak kuar duit.

    bukan setakat ibu bapa je yang kena ambik pot pasal benda2 vandalisme ni. penduduk sendiri pun ada tanggungjawab. kalau ternampak budak2 buat benda yang tak elok, bersuaralah. kadang2 budak ni, depan mak bapak dia, dia tak buat. belakang…. macam2 dia buat. contohnya, ada lar anak sapa tah kat blok a tu, suka sangat main beskal kat kolam. yang sakit ati tu, dia kayuh beskal kat devider kolam tu (antara kolam kanak2 dan kolam dewasa) sengaja nak celup tayar beskal dia dalam air. kebetulan masa dia buat tu, husband saya ada. kena toing lar ngan husband saya. siap minta nombor telefon bapak budak tu nak adu kat bapak dia. benda2 macam ni, biar mak bapak dia tau.

  4. Salam,
    Saya cadangkan agar satu tong sampah di sediakan di lobby lift kat blok A..memandangkan tiap2 ari ader org @ beruk yg buang sampah kat lobby atau dlm lift. Sebab kalu tgk kat blok B tak silap ader tong sampah kat bwh blok tu.
    Mungkin dgr adernye tong sampah nie diaorg reti bahasa skit…almaklum la sebelum nie dok dlm hutan .

    PS: Semlm anak sapa pergi buang air sirap dekat lift..mak ayah tolong la nasihat anak tu . Rumah Kita Milik Bersama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: