Perjumpaan AJK Biro Pembangunan bersama syarikat Dover Elevators (M) Sdn. Bhd.

Pada 17/6/2009 lebih kurang pukul 9.00 malam bertempat di bilik gerakan PSG, telah diadakan perjumpaan di antara AJK Biro Pembangunan bersama wakil syarikat Dover Elevators (M) Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat penyelenggaraan lif.

Perjumpaan ini diadakan kerana untuk memilih dan melantik syarikat yang bertanggungjawab untuk menyelenggara lif di PSG nanti dan syarikat ini adalah salah satu daripadanya. Ini penting untuk memastikan lif di PSG diselenggara dengan baik bagi mengawal kosnya yang sememangnya tinggi.

Dalam perjumpaan ini AJK Biro Pembangunan telah diberikan penerangan tentang penyelenggaraan lif dan keselamatan penggunaan lif oleh wakil syarikat tersebut.

Dibawah ini adalah gambar di sekitar perjumpaan tersebut:

En.Fauzi (berbaju ungu) dan En.Khairul (sebelah), wakil dari syarikat Dover Elevators (M) Sdn. Bhd. sedang memberi penerangan. Turut kelihatan dalam gambar adalah En.Saiful (kiri sekali), AJK Biro Pembangunan

En.Fauzi (berbaju ungu) dan En.Khairul (sebelah), wakil dari syarikat Dover Elevators (M) Sdn. Bhd. sedang memberi penerangan. Turut kelihatan dalam gambar adalah En.Saiful (kiri sekali), AJK Biro Pembangunan

En.Aziz (duduk bersandar berbaju kuning),  Pengerusi JMB, sebelah kanannya En.Arif, Bendahari JMB, En.Nazri (bertopi), AJK Biro Pembangunan dan En.Roslee (berbaju hijau), salah seorang penduduk PSG yang turut serta mendengar penerangan

En.Aziz (duduk bersandar berbaju kuning), Pengerusi JMB, sebelah kanannya En.Arif, Bendahari JMB, En.Nazri (bertopi), AJK Biro Pembangunan dan En.Roslee (berbaju hijau), salah seorang penduduk PSG yang turut serta mendengar penerangan

Sedang asyik mendengar penerangan. En.Aziz, Pengerusi JMB kita sempat berposing pulak...

Sedang asyik mendengar penerangan. En.Aziz, Pengerusi JMB kita sempat berposing pulak...

Sampai menggaru kepala juga wakil dari syarikat ini bila diberitahu tentang masalah lif di PSG

Sampai menggaru kepala juga wakil dari syarikat ini bila diberitahu tentang masalah lif di PSG

7 Responses

  1. Salam MOD,

    Semlm nampak wakil MPS datang PSG..apa citer? Takde update ker dlm blog nie…kasi la info skit.

    • Salam,

      Memang ada wakil MPS datang semalam, info yang baru saya terima tujuannya adalah untuk memberitahu JMB tentang prosedur/checklist yang perlu diikuti untuk ‘handover’ MO. Insya’Allah perjumpaan akan dilakukan lagi dalam masa terdekat ini diantara developer, MPS dan COB tentang MO ini. Maklumat perjumpaan tersebut nanti akan saya update dalam blog.Tq.

      Moderator.

  2. salam……

    ye tu …nanti jgn lupe mod kan nye utk info terkini utk psg
    terima kasih.

    • Salam,

      Update terbaru tentang kedatangan wakil MPS tersebut,

      Info yang baru saya terima, pada malam itu Commisioner Of Building (COB) yang datang bersama wakil Exco dan rakan kerja COB. Perbincangan adalah lebih menjurus tentang proses pemindahan akaun yang dipegang oleh Sureman ke akaun JMB (setelah akaun dibuka 5/6/09). Penukaran MO tidak diberitahu masa perbincangan itu. Harap maklum.

      Moderator.

  3. salam…………….

    t,kasih di ucapkan atas info yg di berikan ..semoga perbincangan membuah kan hasil yg dpt memajukan lg psg dan juga jmb..teruskan usaha hingga berjaya dgn mo yg akan di lantik..
    sekian……………

  4. Salam,

    Rasanya ada kekeliruan di sini di mana syarikat Dover Elevators (M) Sdn. Bhd. setahu saya adalah salah satu pembekal lif penumpang yang terkenal, bukannya syarikat kontraktor penyenggaraan lif.

    Syarikat penyenggaraan lif hendaklah kompetan dengan skop tugasnya dan sepatutnya syarikat tersebut diakui kepakarannya oleh pihak pembekal di mana Jurutekniknya hendaklah kompetan dan diakui oleh pihak pembekal dan JKKP.

    Pihak kontraktor hendaklah menyatakan dengan jelas skop penyenggaraan yang dilaksanakan setaraf dengan kos yang dikenakan. Senaraikan dengan jelas skop ‘scheduled maintenance’ & ‘preventive maintenance’ dan senarai ‘wear & tear’ yang perlu ditukar sewaktu kerja senggaraan.

    Skop kerja senggaraan hendaklah disenaraikan dengan terperinci dengan kadar kos per item bukannya secara ‘lump sum’.

    Perkara ini akan diteliti semula oleh Biro Pembangunan JMB-PSG…

  5. Salam,

    ermm…..sy terkeliru kot…betullah kompeni tu adalah pembekal lif & ia juga membuat penyelenggaraan sendiri sbb produk sendiri & ini adalah strategi pemasarannya….

    kontrak senggaraan lif ni adalah jenis komprehensif dan bukannya standard di mana jenis komprehensif lebih detail skop kerjanya & bayarannya lebihla sikit….

    apa yg penting, kontrak ni hendaklah merangkumi aksesori dalaman spt lampu kalimantang, kecemasan dan blower udara kerana ini akan memudahkan pihak MO menguruskan lif ni utk kebaikan penduduk PSG…

    pihak Biro Pembangunan akan meneliti perkara ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: