Notis Mesyuarat Persatuan Hal Ehwal Wanita

Kepada Semua Penduduk Pangsapuri Saujana Gombak,

Persatuan Hal Ehwal Wanita PSG (Sri Kandi) akan mengadakan mesyuarat pada 21hb Jun 2009 (Ahad) jam 4.00 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pangsapuri Saujana Gombak.

Agenda mesyuarat ialah seperti berikut :-

a) Kutipan yuran bulanan Sri Kandi sebanyak RM5
b) Perancangan aktiviti-aktiviti tahunan yang bersesuaian dengan kaum wanita dan kanak-kanak.
c) Pembukaan Bilik Gerakan Sri Kandi
d) Menziarahi isteri AJK bersalin di aras 2 Blok A selepas mesyuarat.

Justeru itu, kehadiran semua kaum wanita untuk menyertai Sri Kandi adalah dialu-alukan dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ribuan terima kasih.

Setiausaha Biro Hal Ehwal Wanita (Sri Kandi)

Nota: Memo berkenaan mesyuarat ini juga telah dipamerkan di papan kenyataan di lif. Harap maklum.

%d bloggers like this: