Perkembangan Terkini JMB

Salam,

TUNGGAKAN BIL ELEKTRIK DAN SYABAS

Pihak JMB yang diketuai oleh pengerusi kita, En Aziz telah bertemu dengan syarikat Tenaga Nasional dan Syabas untuk membuat rayuan pembayaran tunggakan kedua-dua bil tersebut. Alhamdulillah, mereka menerima alasan kami dengan baik dan bersetuju untuk menangguhkan sebarang pemotongan.

Perlu dijelaskan di sini di antara faktor-faktor MO sekarang harus ditukar kerana sikap mereka yang tidak pro-aktif dan pro-thinking. Tugas ini patut dilakukan olah pihak MO dan BUKAN JMB!

PERALIHAN AKAUN

Seperti telah dinyatakan di dalam blog PSG sebelum ini, akaun penduduk telah dibuka pada 5/6/09. Dengan pembukaan akaun penduduk ini maka bermulalah proses alihan akaun dari pemegang akaun sebelum ini iaitu Sureman Properties (pemegang signatori) ke akaun penduduk. (Akta 663)

A) Perlu dinyatakan bahawa peralihan akaun bukanlah sesuatu yang mudah, di antara proses yang perlu dipersetujui di antara Sureman dan JMB adalah:
i) Tunggakan yuran penyelenggaraan dan bil air sebelum 5/6/09 adalah tanggungjawab siapa
ii) Sinking Fund perlu diserahkan secara total, maknanya ia tidak boleh digunakan tanpa persetujuan penduduk PSG
iii) Hutang kepada service contractors sebelum 5/6/09 adalah tanggungjawab siapa
iv) Deposit elektrik dan air (berjumlah RM60K) adalah milik siapa

Di antara lain adalah proses audit perlu dijalankan sebelum penyerahan ini boleh diterima oleh pihak JMB.

B) Dengan ini pertemuan di antara pihak JMB dan Sureman telah diadakan pada 13/6/09. Di mana hasil pertemuan tersebut adalah seperti dinyatakan dibawah:
i) Deposit elektrik dan air adalah milik penduduk
ii) Sinking Fund telah digunakan oleh pihak Sureman Properties atas alasan masalah cashflow. Ini tidak dipersetujui oleh pihak JMB berdasarkan sebab dinyatakan di A)ii)
iii)Tunggakan yuran penyelenggaraan, bil air dan hutang kepada service contractors sebelum 5/6/09 tidak mencapai kata putus memandangkan pihak Sureman mahu pihak JMB juga memikul tanggungjawab ini.

Oleh itu, COB akan dipanggil untuk mengadakan mesyuarat rasmi bagi memutuskan keputusan B)ii) dan B)iii)

Pada 17/6/09, COB telah datang ke Bilik Gerakan, PSG bagi mendengar permasalahan pihak JMB. Kenyataan COB lebih berpihak kepada JMB namun mesyuarat rasmi antara COB, JMB dan Sureman Properties harus diadakan bagi menyelesaikan kemelut ini secepat mungkin. Insyallah, mesyuarat akan diadakan pada penghujung bulan ini.

Sekian.

ROSLIZAN NORDIN
Setiausaha JMB

5 Responses

  1. As’kum

    Disini saya mengucapkan terima kasih yang amat sangat kepada pihak JMB yang bertugas di atas keperihatinan dan penjagaan bangunan yang baik untuk kegunaan penduduk semua. Begitu juga kepada penulis blog ini yang dapat memberikan informasi terkini tentang PSG tempat tinggal kita semua.

    Diharap bagi memperbaiki lagi blog ini supaya mengirimkan email kepada semua penduduk untuk notis pemberitahuan tentang perjumpaan yang akan datang.

    Sekian terima kasih

    • Salam,

      Selamat datang zamidameen13 ke blog PSG, kiriman email itu satu cadangan yang baik dan Insya’Allah akan diusahakan pada masa akan datang. Teruskan bersama blog PSG untuk mendapatkan maklumat dan aktiviti terkini. Tq.

      Moderator.

  2. HIDUP JMB !

  3. salam********

    teruskan usaha jmb psg……….

  4. Salam,

    Diharapkan proses ambil alih antara MO lama dan MO baru dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang prejudis.

    Semoga MO baru nanti dapat bekerja lebih profesional dan dedikasi untuk semua penghuni dan pemilik unit PSG.

    Yang penting, segala kecacatan yang dilaporkan dalam tempoh DLP mestilah dibaiki oleh pihak pemaju sebelum mereka menuntut bon 5%, ini adalah satu tindakan yang mesti dilakukan secara profesional.

    Terima kasih kepada mereka yang telah bekerja keras untuk PSG…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: