Kelebihan Bulan Rejab

Sekadar ingin berkongsi satu artikel yang saya terima dari email.

Pada 24hb Jun 2009 (Rabu) kita akan memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah s.w.t. Mari kita lihat ada apa di sebalik bulan Rejab itu dan sama-samalah kita ingat mengingati amalan mulia yang penuh berkat ini.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan Allah s.w.t, maka:

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah s.w.t
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab/Isra Mi’raj (Isnin, 20hb Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi Allah s.w.t
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2 dan 3 Rejab (24, 25 dan 26hb Jun 2009) maka Allah s.w.t akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, Insya’Allah permintaannya akan dimakbulkan Allah s.w.t
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka Allah s.w.t akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka Allah s.w.t akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s, “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?” Maka berkata Jibrilb a.s, “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini. “Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita, “Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w ke sebuah kubur, lalu Rasulullah s.a.w berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada Allah s.w.t. Lalu saya bertanya kepada beliau, “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda, “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada Allah s.w.t, lalu Allah s.w.t meringankan atas mereka.” Sabda beliau lagi, “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur. “Tsauban bertanya, “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?” Sabda beliau, “Wahai Tsauban, demi Allah zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana Allah s.w.t, kecuali Allah s.w.t mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

ps: Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara

Moderator.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: