Perhatian! Zon Kunci Tayar dikuatkuasakan di PSG

Berkuatkuasa pada 1hb Julai 2009 mana-mana kenderaan yang tidak mematuhi dan melanggar peraturan di kawasan PSG akan diambil tindakan dikunci tayar atau ‘clamping’ oleh pihak sekuriti dan denda sebanyak RM50.00 akan dikenakan untuk membuka kunci berkenaan. Harap maklum.

Gambar dibawah adalah beberapa lokasi papan tanda Zon Kunci Tayar di PSG:

Di bangunan blok A

Di bangunan blok A

Di hadapan pintu masuk utama

Di hadapan pintu masuk utama

Di atas dinding pintu masuk tempat letak kereta menghala ke 'basement'

Di atas dinding pintu masuk tempat letak kereta menghala ke 'basement'

Di kawasan tempat letak kereta di bahagian atas

Di kawasan tempat letak kereta di bahagian atas

Di kawasan tempat letak kereta di bahagian atas

Di kawasan tempat letak kereta di bahagian atas

Di kawasan tempat letak kereta di bahagian atas

Di kawasan tempat letak kereta di bahagian atas

Di atas dinding pencawang elektrik

Di atas dinding pencawang elektrik

Di bangunan blok B

Di bangunan blok B

20 Responses

  1. Salam,

    bagus………………..

    papan dah ada…….penguatkuasaaan pun kenalaa….bagi yg tak tahu baca & buta, pihak PK kenalah tunjuk ajar yer….

  2. bagus…
    so lepas ni kalau ada jugak makhluk2 yang bising & tak setuju dengan kaedah clamping nih… suh dia gi duk umah setinggan or PPR. hang parking lar nak parking macam mana pun. nak blok keta orang pun takpe. tapi…kat PSG… NO WAY!!! di dalam ini tempat, ada undang-undang…šŸ™‚

  3. alat pengunci tu dah beli lum?…tak nampak pon kat pondok guard tu.

    • Salam,

      On the way saudara waktam, JMB akan pastikan alat pengunci tersebut akan sampai sebelum 1hb Julai. Tq.

      Moderator.

      • Salam..saya burhan..saya nak tau no contact supplier kunci tayar ini boleh? nak dilaksankan di apartment say ajua..Harap admin boleh mesej or wassup maklumat ke 0129565269..tq tuan

  4. salam…….
    dgn ada nye papan tanda ni ,nampak ada sikit perubahan,krn dah tak ada yg meletakan kenderaan sesuka ati..tapi jgn pilih bulu ye bila nak buat penguasaan kunci tayar ye..sal org yg pakai kereta besar dan mahal ,lain ragam nye.masih ada lagi org yg guna 2kereta parking dlm psg ,sekuriti tak perasan ke,tak ada sitiker masuk parking org……

  5. saya sokong dgn pendapat en. zul…..byk jugak keta yg takde stiker parking kat dlm psg nie…kadang2 tu keta nie parking kat visitor 2-3 ari pastu masuk kat parking basement..confiusss….tul..

  6. Salam….

    Aku harap dah ada clampping ni semua penduduk jangan nak tunjuk keras kepala lagi… tapi satu yg aku musykil sikit, rombakan parking masih belum dibuat sampai sekarang… bukan apa aku takut susah pulak keje sekuriti nak pantau kesalahan org nnt sbb parking visitor masih belum di allocate… aku rasa yg berantai tu visitor lah sepatutnya nnt… bukan begitu ke JMB?… hmmmm jgn esok kucar kacir pulak… kasi cepat sikit ler wahai JMB… nnt 1 Julai sudah siap sedia, isi peluru awal2 takut nnt ada sharp shooter yg menembak anda dahulu…

    ps: kete takde stiker mmg banyak, tapi manusia yg takde akal fikiran lagi banyak….
    pps: aku bukan nak bodek… tapi aku tabik dgn Mod… kau buat keje dgn cepat… blog sentiasa ada cerita… lagi sekali aku bukan mau bodek aaaaaaaaaaaa……
    ppps: lama ku tak komen bukan bermakna aku tak pantau…hehe…

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  7. salam……

    betul tu ….waktam…..kete tak ada stiker masuk dlm ,parking di visitor. selang 1 ari kete dah ada kt parking basment…buat magic lh….selalunye apa alasan yg dia org ayat power kt guard tu..??????????????.ada yg kete visitor letak di parking sampai lebih ari yg sepatut..kemana tuan nye pergi? magic gak tu….kdg2 siang ada di luar psg ,alik2 mlm dah masuk dlm….psg… *

    cadangan saya pada penghuni psg..jika ada saudara mara dtg melawat kita turun lh ke bwh jemput atau beri tahu kat mana nk parking dan apa perlu di buat bila dah masuk psg…..sng tak de le terpinga2 saudara kita nanti..bukan nak mengajar ..tapi itu yg saya lakukan bila ada saudara mara atau adik beradik dtg melawat……

    berkenaan gan kerja ubah suai rumah pada ari sabtu….saya di faham kan boleh di lakukan pagi hingga pukul 1pm ,krn bulan lepas saya ada buat ubah suai dapur, terpaksa di lakukan pada ari sabtu krn tdk boleh ambil cuti utk buat pd ari biasa.yg saya sakit ati pd 27/6/09 ada penghuni yg tdk mematuhi krn sampai pukul 10mlm dia menebuk dinding..di blok b tgkt 12 atau13 saya tk pasti….yg saya pasti itu bkn manusia tapi ungka atau pun beruk…..

    pihak jmb saya nk tanya apa perlu saya akukan dgn bank in slip berkaitan gan payment mantenance gan water bill ? perlu ke saya fax kan atau simpan..lkrn psg dlm pertukaran mo.

    smlm 28/6/09 lbh kurang pukul 3pm saya melihat 1 org lelaki dari blok b memanjat pagar menghadap rumah panjang keluar dari psg dan terus masuk ke kereta yg di letak di luar pagar yg saya pasti bukan penduduk psg..itu adalah satu gejala yg tk baik ,manatau org tu baru lepas pecah rumah ke? krn dia mmbawa beg sandang ..di harap jmb buat sesuatu dgn pagar sekeliling mana yg perlu,saya lihat dgn mudah dia melepasi pagar di hadapan tu……

    sekian ********

    • Salam,

      Saudara zul blok (b), berkenaan penghuni yg buat kerja menebuk dinding dan menimbulkan kebisingan selepas waktu yg dibenarkan bolehlah adukan terus kepada pihak sekuriti utk diambil tindakan segera ke atas tuan rumah tersebut.

      Tentang maintenance dan water bill yg telah dibayar ke akaun JMB di CIMB, saudara boleh cuba datang ke pejabat pengurusan (MO) bermula 1 Julai 2009 nanti, bawakan bersama slip bank sebagai bukti pembayaran tersebut, mungkin boleh di kemaskini ke dalam sistem komputer di pejabat.

      Manakala pagar tersebut akan dibincangkan oleh pihak JMB, mungkin kalau ada bajet nanti bolehlah di naiktaraf pagar tersebut.

      Moderator.

  8. salam…….

    ya t,kasih di atas jawapan yg saudara mod berikan….

    sekian t,kasih

  9. saya diberitahu ada kejadian pecah masuk rumah di Tkt 6 Blok B minggu lps. boleh bgtau details kejadian tersebut?
    ini untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang…

    • Salam,

      Tentang kejadian pecah rumah tersebut mungkin saudari boleh bertanya kepada sekuriti atau tuan rumah itu sendiri berkenaan situasi kejadiannya.

      Tapi mengikut pengalaman kejadian pecah rumah yg lepas-lepas di PSG, penghuni tidak mempunyai kunci tambahan di gril dan pintu masuk rumah. Ada juga kejadian pencuri yang masuk mengikut gril di ‘dry yard’ terutama rumah yg kedudukannya di tengah, dimana pencuri masuk dengan memanjat melalui tembok koridor pejalan kaki.

      Pendapat saya utk mengelakkan rumah dipecah masuk agak sukar tapi langkah-langkah persediaan boleh dilakukan spt menambah kunci tambahan di lokasi yang difikirkan berisiko tinggi, jika mampu boleh memasang sistem penggera dirumah anda sendiri, sentiasa memandang sekeliling anda jika ada aktiviti atau individu yg mencurigakan tetapi yang paling penting sekali perlu ada sikap prihatin dan kerjasama sesama kita terhadap kawasan kejiranan kita, sekurang-kurangnya semua penghuni di kejiranan tersebut memainkan peranan utk berganding bahu bersama-sama menjaga keselamatan tingkat yg diduduki.

      Moderator.

  10. salam……

    kejadian pecah rumah tu berlaku pd waktu mlm atau siang? adoi knp masih ada lg kes begitu……amat membimbangkanlah klw gejala pecah rumah di waktu siang..dlm pemerhatian saya pd siang hari kawalan kurang….teutama di blok b…krn di blkg tu adalah jln mati dan ada taman..yg memudahkan pencuri melarikan diri…lg satu pintu jerigi dihadapan rumah adalah tdk selamat klw kita tdk mengunakan kunci tambahan krn kunci boleh di beli di kedai kunci dgn hanya sebut je no pada kunci yg di jual dlm rm3 ..so hati2……knp masih ada yg memunggah brg sama ada berpindah atau menghantar brg di mlm ari…bukan ke waktu di beri sampai jam 6pm..ini jika tak di kuat kuasa kan akan di gunakan oleh pencuri utk buat onar krn dpt peluang di mlm ari….so sekuriti jgn lepas pandang ye……bkn pe tak adil ..,,krn di waktu saya ada pesan brg elektrik ,tetepi worker menghantar selepas jam 6pm atas pemintaan saya krn berkerja dan ada di rumah slps jam 6pm ,sekuriti tidak izin kan utk menghantar brg yg di kira berat juga masuk ke dlm mengunakan lori dan keluar pabila sampai di dpn lif walaupun saya penghuni turun ke pondok pengawal dan iring worker tu…so pada pendapat saya ini dah kira memilih dan tdk adil……so kuat kuasa kan peraturan jgn memilih dan harus adil ………

  11. Salam,

    Tentang lori tu aku ada kat rumah dok perati… hehe… aku tengok hampir timbul pergaduhan jugak ler, sampai nak berparang jugaklah yg aku dengar…. masa tu Pengerusi kita, En.Aziz ada masa tu… dia yg kena teruk (kena sumpah seranah) kat owner yg nak bawak masuk barang tu… aku rasa owner tu yg keras kepala… tak nak ikut undang2 yg telah ditetapkan…. sampai nak gaduh sbb tak dapat masuk… so mungkin sbb nak elak pergaduhan sekuriti terpaksa bagi masuk tu… dah bagi pun masih tak puas hati lagi tu… dok sembur Pengerusi kita lagi… hehe… bukan senang nak jadi JMB ni… org dok nak maki… nak gaduh… pandang serong… padahal sukarela aje bukan ada gaji pun… so kita kena la paham… takkan JMB yg ingin kuatkuasakan undang2 kat tempat kita ni, depa sendiri nak langgar pulak… mau pilih kasih pulak… ye tak? Kesimpulannya… org tu yg sebenarnya tak boleh hidup dgn undang2… dia lebih sesuai hidup kat hutan, buat apa yg dia suka…

    ps: jgn kecil hati klu anda tak dapat masuk bawak barang lepas pukul 6 tu… itu bermakna anda masih lagi boleh terima undang2, tak keras kepala… setiap kejadian tu ada sebabnya dan hikmahnya…

    Wassalam…

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  12. salam……….

    betoi……itu adalah keturunan yg tak ada pegangan,dan tak mahu ikut undang2.mcm kes saya brg dpt di bawa masuk cuma lori je kena letak di luar,bg saya malas lah nak panjang cerita ,lg pun worker tu di bayar upah utk tugas tu..cuma terkilan je ada yg dpt lepas….huhuhhuuhu.

    biarkan lah org jenis mcm tu , org skrg ni tak boleh di tegur? bila di tegur nak berparang..klw pandai main parang gi lah kt israel kasi parang sama dia org…….hhheeee dpt pahala perjuangkan agama kita di sana.org mcm tu dia belum dpt susah lg, nanti bila dia ada masalah di psg jmb buat pekak mata je…klw sampai nk berparang dah di kira ugut.,pe takut negara ada undang2..jgn jadi mcm kes kat sri gotong tu mcm dlm paper metro ari sabtu…….fikir2 lah

    jmb adalah mata ,telinga,mulut utk penghuni psg tapi klw mcm tu lah sikap segelintir penghuni psg amat mendukacita kan ……*****jgn layan, terus kan matlamat psg dan jmb terutama en aziz kita ye….

    nak tanya knp gan tiang di visitor parking di tepi tmn tu???
    dah patah? sengaja ke atau tak sengaja jadi mcm tu…….

    sekian wasalam……..

    • Salam,

      Tentang tiang/palang besi tumbang tu telah saya kemaskinikan di blog semalam. Sengaja atau tidak tu, Wallahualam…

      Moderator.

  13. salam********

    t,kasih atas jawapan yg telah di berikan oleh mod dan rakan2…

    sekian……….

  14. hello…. i , ida dari jmb perdana villa. nak tanya mana u beli clamp ketatu…. i nak clamp keta-keta yang degil kat cni n cost dia brape tiap satu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: