Kemaskini tentang perjumpaan ‘handover’ penyerahan kuasa kepada pihak JMB

Merujuk kepada perjumpaan ‘handover’ penyerahan kuasa kepada pihak JMB semalam iaitu pada 24hb Jun 2009 bersamaan hari Rabu jam 8.30 malam, pihak JMB amat dukacita dengan tindakan COB MPS, En.Aminuddin yang tidak dapat hadir pada saat-saat akhir dengan hanya menyampaikan melalui sms pada malam itu juga sedangkan tarikh perjumpaan tersebut telah ditetapkan oleh beliau.

Gambar berikut adalah susulan sms daripada COB yang diterima oleh Pengerusi JMB, En.Aziz dan yang menjadi tanda tanya apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan sms ‘tuduhan yg kami ni pegawai rm 10.00 lagi’? Siapa pula yang menuduh?

SMS yang amat mengecewakan pihak JMB, COB tidak memberi kerjasama seperti yang diharapkan

SMS yang amat mengecewakan pihak JMB, COB tidak memberi kerjasama seperti yang diharapkan

Walaubagaimanapun sedikit perbincangan diantara pihak pemaju Sureman Properties dan Mohd Nor & Partners telah diadakan walaupun kata putus dan hasil perbincangan tidak berjaya dicapai kerana ketidakhadiran COB.

Wakil dari pemaju dan MO, dari kiri En.Kam, En.David Lai, En.Jimmy Lai dan En.Winson

Wakil dari pemaju dan MO, dari kiri En.Kam, En.David Lai, En.Jimmy Lai dan En.Winson

Diantara JMB yang hadir dari kiri, En.Aziz (Pengerusi), En.Roslizan (Setiausaha), En.Gan (AJK Biro Ekonomi), En Wan Arman (AJK Biro Pembangunan), En.Suhaimi (AJK Biro Keselamatan), En.Fitri (AJK Biro Penerangan) dan Pn.Rohayati (AJK Biro Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan)

Hambar! Perbincangan yang sepatutnya dipengerusikan oleh COB

Hambar! Perbincangan yang sepatutnya dipengerusikan oleh COB

Selepas perbincangan tersebut pihak JMB juga telah mengadakan sedikit sessi dialog dengan bakal pihak pengurusan (MO) yang baru iaitu Global Properties Services Sdn Bhd berkenaan perkara-perkara yang akan dilaksanakan di PSG nanti.

Bakal MO yang baru, dari kiri, En.Izal dan En.Ahmad Kassim

Bakal MO yang baru, dari kiri, En.Izal dan En.Ahmad Kassim

Sesalinan surat perlantikan sebagai MO yang baru kepada Global Properties Services Sdn Bhd

Sesalinan surat perlantikan sebagai MO yang baru kepada Global Properties Services Sdn Bhd

En.Nazri (bertopi), AJK Biro Pembangunan turut hadir berdialog dengan bakal MO yang baru

En.Nazri (bertopi), AJK Biro Pembangunan turut hadir berdialog dengan bakal MO yang baru

Untuk makluman anda, perjumpaan akan diadakan sekali lagi dalam masa terdekat ini dimana pihak JMB berharap COB dapat memberi kerjasama dan perlu menghadirkan diri supaya segala kemelut yang berlaku dan proses handover dapat dilaksanakan dengan segera demi kebaikan PSG dan penduduknya. Perkembangan selanjutnya tentang perjumpaan tersebut akan diberitahu di blog nanti.

5 Responses

  1. hmmmmmmmmmm
    ada pakatan jer COB dgn Sureman ????

    mungkin ye mungkin tidak!!!!! takda sapa tauuuu

  2. Tahniah kepada moderator kerana menyiarkan berita terkini dengan cepat dan padat.

  3. Salam…

    Ini yg aku tak suka ni… mmg hampeh punya COBeeee… patutnya ko yg ikut time dia org (JMB) bukan dia org yg ikut time kau!… klu macam ni abis semua apartment kat Malaysia ni klu COBeeee makan gaji buta tak bertanggungjawab mcm ni… aku nasihatkan JMB korang bawak perkara ni keatas… jgn bagi chance… gasak cukup2… org macam ni lah yg merosakkan negara ni…. lagi satu bukti sms dah ada… reason family matters??? wtf… dia pulak letak time tu… last2 dia mungkir janji… pooooorah kau COBeeeeee…. sori Mod aku terlebih sikit… hehe…

    ps: hampir semua JMB yg hadir maknanya dah ada kesedaran pd setiap AJK Biro yg ada, korang tunjuk komitmen korang, Insya’Allah ada la balasannya nnt…
    pps: MO baru nampak ada sikit komitmen… apa2 pun kita tunggu result performance nya nnt…

    Wassalam….

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  4. amat diharapkan perlantikan MO baru dpt membantu JMB dalam menguruskan PSG.(lepas ni CHAIRMAN blh stop telan ubat sakit jantung),HIDUP JMB!!!!!!

  5. hai…. macam2…. dah set date, tak datang pulak. pastu kata pegawai sepuluh ringgit pulak..
    COB ni sepatutnya membantu pembeli macam kita… itu tujuan kerajaan mewujudkan COB.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: