Kisah Atuk, Cucu dan Unta

Cerita ini saya dapat dari sahabat lama saya jadi saya ingin berkongsi bersama bloggers semua.

Pada suatu hari di Madinah, seorang tua dan cucunya bersama seekor unta ingin memulakan perjalanan ke Mekah. Mereka mula bertolak dengan cucu si atuk ini menunggang unta manakala si atuk ini pula menarik si unta tersebut. Setelah sampai di sebuah pekan, penduduk di sana telah berkata,”Kesian Atuk ni! Dah la tua, sepatutnya si cucu la yang bagi atuknya menunggang”. Mendengar saja komen mereka maka si cucu pun menyuruh atuknya menunggang si unta ini dan cucunya pula turun dan menarik si unta. Sampai pula di sebuah pekan yang lain, penduduk pun komen, “Apa la orang tua ini, naik sorang-sorang. Si cucu patut naik sekali bersama. Kan si unta tu kuat dan gagah binatangnya.” Sejurus mendengar komen tersebut, maka si atuk pun menyuruh si cucu naik bersama-samanya. Sehingga tibanya mereka di sebuah pekan, penduduk di situ pula memberi komen berikut,”Tak kesian ke mereka kat unta tersebut. Janganlah menyeksa dia dek panas terik padang pasir ini.” Maka setelah mendengar komen mereka, maka si cucu dan si atuk terus turun dari unta tersebut dan berjalan sambil menarik si unta tersebut. Melalui sebuah pekan lagi, mereka terdengar komen berikut.”Apa la bodoh manusia ni, kan unta tu binatang tunggangan, kasilah si cucu tu naik unta tu”

MORAL OF THE STORY: KITA TIDAK AKAN DAPAT MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK

Oleh itu walaupun kami tidak dapat memuaskan hati semua pihak, tapi pihak JMB berharap sebahagian besar penduduk berpuashati dengan usaha kami. Insyallah.

ROSLIZAN NORDIN
Setiausaha JMB

3 Responses

  1. cite yg dicoretkan oleh setiausaha saya sokong,tidak semua kebaikan yg dibuat blh memuaskan hati semua pihak.terutama bagi orang2 yg merasakan diri mereka bijak dlm segala perkara.

  2. betul…. setiap orang ada pendapat dan pandangan mereka sendiri. kita tak boleh nak penuhi kehendak semua pihak. asalkan apa yang kita buat tu betul dan untuk kebaikan semua… teruskan.

  3. Salam,

    macam tulah asam garam hidup bermasyarakat…..macam2 karenah nak kena layan sbb setiap org kepala otak lain2…teruskan tugas yg diamanahkan dgn cekal…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: