Kejadian kotak alat pengimbas kad pagar automatik dilanggar lori

Lebih kurang pukul 5.30 petang tadi (27hb Jun 2009), ketika hujan masih renyai-renyai, kotak alat pengimbas kad pagar automatik bagi motosikal di pintu keluar telah dilanggar oleh sebuah lori penghantar barang. Saya bersama dua lagi rakan En.Nazam dan En.Nazri, AJK Biro Pembangunan telah bergegas melihat keadaan kotak tersebut dan mendapati terdapat kerosakan dimana bahagian luar kotak telah pecah dan tercabut serta terdapat juga beberapa wayar dan soket yang tertanggal. Alhamdulillah, kami bernasib baik kerana alat tersebut masih berfungsi setelah kami menyambung kembali wayar dan soket yang tertanggal dan bahagian luar kotak yang pecah dan tercabut telah digam. Pemandu lori terbabit telah diambil tindakan dengan membayar kos gantirugi bagi membaikpulih alat tersebut oleh pihak kontraktor nanti.

Moderator.

Berikut beberapa gambar yang diambil dari kejadian tersebut:

Keadaan kotak alat pengimbas kad pagar automatik bagi motosikal selepas dilanggar oleh lori penghantar barang

Keadaan kotak alat pengimbas kad pagar automatik bagi motosikal selepas dilanggar oleh lori penghantar barang

Kelihatan beberapa wayar dan soket yang tertanggal serta kotak yang terkulai

Kelihatan beberapa wayar dan soket yang tertanggal serta kotak yang terkulai

Bahagian badan kotak yang pecah akibat pelanggaran tersebut

Bahagian badan kotak yang pecah akibat pelanggaran tersebut

En.Nazri, AJK Biro Pembangunan sedang menampal kembali bahagian yang pecah dan tercabut

En.Nazri, AJK Biro Pembangunan sedang menampal kembali bahagian yang pecah dan tercabut

Kelihatan En.Nazam, salah seorang penduduk PSG yang turut membantu

Kelihatan En.Nazam, salah seorang penduduk PSG yang turut membantu

Keadaan kotak selepas dibaikpulih oleh kami sendiri sementara menunggu pihak kontraktor

Keadaan kotak selepas dibaikpulih oleh kami sendiri sementara menunggu pihak kontraktor

One Response

  1. salam,

    rasenya dh byk kali kot kejadian langgar pecah ni, so ambo cadang apa kata kalu kita pasang frame besi utk satu badan ‘wave n drive’ tu, psg secara ikut ngan wall plug ke lantai & boleh dikunci buka….kalu terlanggar lg pon takdela kene direct kotak pengmbas kecik tuu…mntk pihak MO dptkan sebutharga….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: