Palang besi tumbang?

Gambar ini diambil pada 30hb Jun 2009. Lokasinya di tempat letak kereta di tepi pondok sampah PSG. Mengikut pihak sekuriti palang besi ini dilanggar oleh sebuah SUV. Maklumat pemandu tersebut telah diambil dan beliau akan menanggung gantirugi terhadap kerosakan tersebut. Terima kasih kepada pihak sekuriti kerana tindakan pantas dan keprihatinan mereka. Kalau tidak sudah tentulah kita yang terpaksa menanggung kos untuk membaikpulihnya.

11 Responses

  1. Salam ,

    Saya nak bertanya skit kpd pihak JMB nie…lampu parking (parking bhg atas) rosak ker atau nak jimat kos? Harap MOD dapat bagi penjelasan skit berkenaan lampu parking nie. TQ

    PS: Maintenance bulan2 tetap kena bayar.

    • Salam,

      Tentang lampu tidak menyala di tempat letak kereta bahagian atas (bahagian bawah pun ada yang tidak menyala) sebelum ini pihak MO telah menukarkan mentolnya. Tetapi masih lagi terbakar. Telah dimaklumkan pada MO baru sebelum ini, mereka akan memanggil ‘technician’ untuk memeriksa bahagian litar penyambungan yang dikhuatiri mungkin penyebab masalah lampu tersebut kerap terbakar.

      Moderator.

  2. tahniah kepada pihak sekuriti kerana efisien dan cekap. tahniah juga kepada pihak MOD dan JMB kerana peka dengan situasi.

  3. TQ MOD. Harap MO baru dapat membaiki secepat yg mungkin

  4. Salam…

    So far aku tengok sekuriti ni ok jugaklah kejenya… tapi masih ada penduduk PSG yg ada dua kereta masuk kat visitor parking… walaupun keje ok tapi kualiti kena jaga jugak la… jgn nanti sbb benda2 yg sama masih berulang lagi, JMB pulak yg kena tiau sama penduduk… so prepare wahai JMB, pantau betul2 sekuriti tu, mesti ada 1% kurang percaya sama depa… tak boleh 100% nnt depa besar kepala pulak… hehe… jgn marah aaa… pendapat aku aje ni…

    Wassalam…

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  5. salam…….

    sokong perisik…..sekuriti baru ni nmpk dia punya kerja leh tahan gak…..cuma hal2 yg pernah terjadi seperti sekuriti dulu masih ada,seperti kata perisik yg ada 2 kereta masih ada yg terlepas ke dlm…..tak dpt parking kt visitor dia parking di basment,atau kt parking blkg atas….saya ada nmpk beberapa buah kete di parking visitor yg saya tengok mcm dah jadi parking sendiri je…..???ada yg ada kertas dlm kete tulis visitor tp tgk kete tu dh dkt seminggu di petak yg sama..dan ada sebuah lg kete hijau saya tgk dh lama di pking visitor…..rosak ke…….
    salam………………..

  6. salam,sekuriti nampaknya banyak perubahan daripada yg dulu-dulu,diharap pihak JMB dpt menjalin hubungan yg baik dgn mereka.aku dengo dah 3bulan depa tak dpt payment,diharap pihak JMB dan MO dpt mempercepatkan pembayaran depa,anak bini dia org nak makan ape kalo dah berbulan bulan tak bergaji.

    • Salam…

      Apa??? Dah 3 bulan??? Biar betoi kau ni mek gayver… kau dpt dari mana ni???? Setahu aku sekuriti baru masuk bulan Mei 2009, tak taulah klu aku tersilap kira pulak… klu lah betul apa yg kau cakap tu… nampaknya JMB pulaklah yg buat hal ni… sekuriti sudah ok JMB pulak hampeh… macam mana ni En.Aziz??? Klu betul benda ni sapa yg akan susah… buatnya sekuriti blah macam tu je nnt bukan ke penduduk jugak yg susah… harap2 benda ni tak jadi macam yg mek gayver cakapkan tu…. apa2 pun aku harap JMB kena bagi statement tentang perkara ini secepat mungkin!!!!

      Wassalam…

  7. salam,aku dengo 3bulan,kalu tak silap le,tapi klu depa masuk bulan mei,maknanya 2bulan,kira lama juge tu,aku bukannya ape,sekuriti tu performancenya bagus,buat2 dia org bengang nanti payment tak dpt,tup2 tak org yg kawal,sape yg nak kawal,chairman kite ke,tu yg buat aku riso.

    • Salam…

      Takpe mek gayver, kita tunggu aje jawapan dari JMB… aku harap depa JMB dapat ambil tindakan segera jika benar perkara ini… dia orang JMB nak PSG ni jadi macam dulu balik ke???? Klu jadi kali ni, kita pakat ramai2 salah kan JMB!!! Sori ler klu aku terkasar sikit… aku pun sama mcm mek gayver… takut sekuriti bengang, lepas tu lari… mintak2 tak jadi ler…

      Wassalam…

  8. Salam,

    biarla MO baru yg profesional tu uruskan….taklah beban sgt kerja sukarela ahli2 JMB tu…JMB pantau jer keje MO baru nii….

    slow2 kayuh la MO baru….apa yg penting, kalu semua buat kejo & saling bekerjasama, hasilnya okla tuuu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: