Perkembangan Terkini JMB 2

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa MO baru iaitu Global Property Services Sdn Bhd (http://www.gpsvaluers.com/index.html) dengan rasminya akan mengambilalih dari MO terdahulu Mohd Nor & Partners berkuatkuasa hari ini iaitu pada 1hb Julai 2009. Pada 30hb Julai 2009 (semalam), telah diadakan pengambilalihan inventori di antara kedua-dua MO tersebut. Alhamdulillah, tiada kejadian tidak diingini berlaku tetapi telah ada suara-suara sumbang yang kedengaran memperkecilkan MO baru kita. Terdapat juga beberapa dokumen yang tidak diserahkan kerana menurut MO lama ia disimpan oleh pemaju Sureman Properties Sdn Bhd.

Sila rujuk di papan kenyataan beberapa notis dari Global Property Services Sdn Bhd. Diharap bloggers dapat memberi khabaran ini kepada rakan-rakan kita yang lain. Secara kasarnya perbincangan dengan Global Property Services Sdn Bhd, struktur di PSG adalah seperti berikut:

Saya akan update lagi jika terdapat apa-apa perubahan.

Sekian, terima Kasih.

ROSLIZAN NORDIN
SETIAUSAHA JMB

10 Responses

  1. salam…….

    di harap mo yg baru ini dpt memberikan service dan kerjasama yg erat dgn jmb agar psg menjadi salah satu apt contoh di tmp lain …..moga penghuni psg pun begitu yo………
    ikut undang2 yo

    salam……….

  2. Lampu kat swimming pool tu tercabut biler MO nak repair?

    • Salam,

      MO masih baru ambil alih, Insya’Allah segala kerosakan di sekitar PSG tinggalan MO yang lama dulu akan diperiksa dahulu oleh mereka. Lepas itu, barulah tindakan susulan akan diambil. Tq.

      Moderator.

  3. Saya rasa soalan2 bila MO nak repair lampu dan bila nak repair posbesi harus dikaji begini.

    MO baru masuk semalam 1 July. Proses aduan dan repair pun baru saya diberitahu oleh pihak JMB ditorangkan malam semalam kat JMB. Jadi bagilah maso, dia kena buat peralihan akaun, penyemakan inventori dan sebagainya. So MO sekarang kena priortize mana yang ponting dulu. Bagi maso 2/3 minggu kalau lopeh tu kalau lombab gak. Baru kito tembak dio!

    Posbesi tu saya rasa kena tunggu yang melanggar sama ada dia mahu bayar kos kerosakkan tersebut atau di nak cari kontraktor dia sendiri buat repair. Kalau silap info saya ni saya nak mintak maaf ye. Jadi proses tu mungkin amik masa sikit. MO tak boleh senang2 je keluar duit kita untuk repair sebab mesti ada justification dan pas tu baru action.

    Bukan nak sokong MO, bukan nak sokong sapa-sapa. Cuma nak koba dari pemerhatian den yang telus dan logik.

    Adios

  4. Salam…

    Baru jer MO tu lapor diri… belum panas buntut lagi… kenalah sabar sikit… kerosakan tu pun satu vandalisme… sapa yg buat klu bukan org yg menggunakannya… pendapat aku, biar MO buat benda yg lebih penting dulu, barulah benda yg kecil2 dan remeh temeh ni boleh di settlekan pulak… aku pun sama bukan mau bodek aaaaaa…. pendapat aku aje aaaaaaaaa….

    ps: E3L5 ekau ni org nogori sembilan ke? apo kono jang kau monong ajo… hehe…

    Wassalam

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  5. salam……
    sebut tentang kolam…..ada kaitan gan air so saya terpanggil lah nak tanya ,,,,,,,psg tak ada perancangan ke nak tukar meter air di psg jadi meter induvidu…….tak larat eden terima bil yg mengalahkan bil electric,,,,,….huhuhu..dulu ada gak saya dgr jmb minta persetujuan semua penghuni psg untuk mohon ..bkn pe ? ada di rumah mlm jo pada ari biaso sabtu dan ahad jo yg full time di romah…..huhu
    salam………

    • Salam,

      Tentang penukaran meter air kepada individu ini, memang dalam perancangan JMB sebelum ini, cuma tunggu masa yang sesuai untuk mengadakan perjumpaan bersama wakil dari Syabas untuk sessi penerangan kepada semua penduduk/pemilik PSG tentang proses migrasi ini dan seterusnya memohon untuk meter individu ini. Insya’Allah, JMB dan termasuk saya juga pun sama macam anda juga, terasa bil air yang melampau tinggi. Perkara ini akan saya update dalam blog nanti. Tq.

      Moderator.

  6. salam…….
    t,kasih atas jawapan yg di berikan oleh mod…..jika penhuni psg ada membaca paper metro tak silap saya ari sabtu menteri selangor ada sarankan kepada semua tak kira apa status kediaman utk menukar meter kpd meter induvidu supaya dpt menikmati 20 meter padu percuma kan….klw tak silap saya lah….maklumlah sejak duduk di psg ni mana ada dpt rasa pun air free mcm yg di ckp kan huhu..
    memang terasa beban utk water bill ni….semoga jmb dpt menyelesaikan hal ni ….ye

    sekian
    terus maju psg/jmb

  7. he he he…. en. zul… yang dapat merasa air free cuma mandi kat pool jer.. tu pun share.. he he he…

    betul tu… saya setuju dengan pendapat bloggers lain. kalau boleh dipercepatkan, lagi bagus. kita pun dah setahun lebih dah kat sini. nak harapkan MO lama dulu… hampeh. satu apa pun tak jalan. harap2 MO baru ni boleh lar dijadikan panduan untuk kita.

  8. Salam….

    air…..air…………takde air manusia tak bleh hidup…tapi ada jgak pasal air manusia bleh gaduh….

    bila dpt air kene la byr kan….bukannya nak bekal air tu free…kalu nak free tadah air hujan laa…ataupun nak jimat bil air, gunala air kolam tu….sory ye bang melalut skit…..

    ambo raso bukannya tukar fizikal meter air kat rumah kita tuu….meter tu mmg dh individu….cuma ubah cara pentadbiran baca meter air tu jer supaya kita yg duk rumah jenis tinggi ni dpt air free mcm yg dijanjikan kjaan negeri kita nii….setahu ambo kalu nak layak dpt air free tu kita semua pemilik PSG kene bersatu hati bersetuju dgn menandatangani borang permohonan….

    cuma kadar bayaran air kita lebih tinggi skit banding ngan rumah atas tanah tuu….sbb rumah kita pakai pam dan meter air tu dibaca & diuruskan oleh MO & kita byr pun kat MO……ambo rasa kadar harga ni tak bleh kurang sbb2 di atas….MO bleh uruskan semua niii…..

    apo yg ambo pening nii…..nanti kjaan negeri nak bayar air free tu kat sapo; Syabas ke MO????? sbb selama ni kita byr kat MO..

    itu pendapat ambo la….apa yg penting, minumlah air yg bersih utk kesihatan badan kita….dan jgn lupa byr bil air….hehehe….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: