Perjumpaan JMB bersama Global Property Services Sdn Bhd

Semalam (1hb Julai 2009) lebih kurang pukul 9.30 malam telah diadakan perjumpaan bersama MO yang baru Global Property Services Sdn Bhd. Perjumpaan ini diadakan kerana MO yang baru ingin menerangkan fungsi dan modus operandi yang akan dilaksanakan oleh mereka di PSG nanti. Ini penting sejajar dengan MO yang merupakan penasihat kepada JMB supaya apa juga tindakan yang diambil seiring dan tiada percanggahan diantara sesama MO dan JMB.

Dalam perjumpaan tersebut juga pihak JMB telah maklumkan bahawa ‘House Rules’ sedang digubal dan akan dibawa kepada COB untuk disahkan. Dengan adanya ‘House Rules’ ini nanti, penduduk PSG perlulah mematuhi semua peraturan yang terkandung di dalamnya. Tindakan undang-undang boleh diambil kepada individu terlibat sekiranya gagal mematuhi ‘House Rules’ tersebut kerana ianya juga adalah salah satu daripada undang-undang kecil yang terdapat dalam undang-undang di negara kita.

Selain itu pihak MO juga telah membentangkan sekali tentang borang-borang yang akan digunapakai oleh penduduk PSG seperti berpindah keluar/masuk, penghantaran barang dan lain-lain lagi. Maklumat lanjut berkenaan perkara ini akan dikemaskini dari masa ke semasa di blog ini nanti.

Perjumpaan ini berakhir lebih kurang pukul 12.00 malam.

Gambar sekitar perjumpaan tersebut:

Wakil dari MO, dari kiri En.Izal dan En.Ahmad Kassim

Wakil dari MO, dari kiri En.Izal dan En.Ahmad Kassim

AJK JMB yang hadir, dari kiri En.Aziz, Pn.Yati, En.Gan, En.Nazri dan En.Saiful

AJK JMB yang hadir, dari kiri En.Aziz, Pn.Yati, En.Gan, En.Nazri dan En.Saiful

Kelihatan dalam gambar, AJK JMB, dari kiri En.Saiful, En.Suhaimi (berbaju merah), En.Roslizan, En.Arif, En.Wan Arman dan Pn.Haslina

Kelihatan dalam gambar, AJK JMB, dari kiri En.Saiful, En.Suhaimi (berbaju merah), En.Roslizan, En.Arif, En.Wan Arman dan Pn.Haslina

7 Responses

  1. Salam,

    wuyoo……laju betul update mesyuarat smlm kat blog nii…mantap la SU kita ni…well done!

  2. tq MOD…. mantop!!!

    • Salam,

      Terima kasih kembali. Diharap bloggers-bloggers yang ada akan terus memberi sokongan kepada blog kita ini. Kalau boleh war-warkan kepada kawan-kawan di PSG yang lain untuk bersama-sama mengunjungi blog ini. Insya’Allah blog ini akan sentiasa saya kemaskinikan dari masa ke semasa.

      Moderator.

  3. Salam…

    Thumbs up to Mod!! Kau berjaya membuatkan blog ni penuh informatif… Kepada kawan2 yg lain, teruskan memberi sokongan moral pada JMB… bagi cadangan bernas yg boleh mantapkan lagi PSG…

    ps: kepada yg hanya suka melihat blog ni dari jauh… pendapat aku korang jugak patut bagi komen dan pandangan kat blog ni… sama2 lah kita berkampung kat sini ramai2… barulah meriah… skrg zaman IT… semua dihujung jari shj…

    Wassalam…

    my email: perisikpsg@yahoo.com

  4. salam…….

    sokong…….sokong…..

  5. Tahniah la JMB.

    sampai 12malam lu orang meting. bagus-bagus. pengorbanan lu orang gua hargai.

    saujanagombak,
    klu gua ada masa gua datang blk gerakan.. tapi gua x nak ganggu kerja2 lu orang yg murni tu… gua akan pantau aktiviti PSG melalui blog ni.

    tapi x ramai je gua tengok masuk blog ni.. x de respond ker.?

    wassalam

    matamata

    • Salam,

      Bukan tiada respons, cuma segan nak bagi komen. Ramai juga yang mengunjungi blog ini tetapi hanya lihat sahaja. Saya harap saudara/ri bolehlah war-warkan blog ini kepada jiran-jiran PSG yang lain. Tq.

      Moderator.

Leave a reply to matamata Cancel reply