Tahap kebersihan dan kualiti air di PSG

Sekadar ingin berkongsi maklumat kepada pembaca sekalian tentang tahap kebersihan dan kualiti air di PSG. Pada mulanya memang saya menyangka air paip yang disalurkan adalah bersih memandangkan PSG masih baru lagi, tapi sangkaan saya meleset sama sekali setelah penapis air yang baru dibeli menceritakan segala-galanya.

Penapis air yang baru dikeluarkan dari sarungnya, nampak jelas kekuningan

Penapis air yang baru dikeluarkan dari sarungnya, nampak jelas kekuningan

Lagi jelas kekotorannya jika disentuh dengan jari

Lagi jelas kekotorannya jika disentuh dengan jari

Setelah dicuci sebelah permukaan penapis, nampak perbezaannya

Setelah dicuci sebelah permukaan penapis, nampak perbezaannya

Dengan mencuci menggunakan berus gigi, penapis air menjadi putih bersih

Dengan mencuci menggunakan berus gigi, penapis air menjadi putih bersih

Jelas dan nyata nampak perbezaan sebelum dan selepas dicuci penapis air tersebut

Jelas dan nyata nampak perbezaan sebelum dan selepas dicuci penapis air tersebut

Pendapat saya, memang digalakkan setiap rumah di PSG membeli dan mendapatkan apa juga jenis penapis air yang ada di pasaran sekarang ini, sekurang-kurangnya kesihatan kita sekeluarga akan lebih terjamin dengan menggunakan air yang berkualiti dan bersih.

Moderator.

20 Responses

  1. salam……..
    ya betul tu….kpd penghuni psg ….di galakan utk memasang penapis air di setiap rumah,terutama pada pili di dapur utk kegunaan minum/memasak.krn kualiti air memang kurang memuaskan…krn dlm pemerhatian saya penapis akan cepat kotor hanya utk 2hari sahaja…..
    so tingkatkan lah apa jua penapis yg di gunakan skrg demi kesihatan kita semua…
    sekian

    • Salam saudara zul,

      4 ur info, pangsapuri kita ni ada dua tangki, pertama di tingkat bawah di panggil suction tank menggunakan pam dan satu di atas siling pangsapuri kita, kedua2 tank ni jenis panel mungkin jenis mild steel atau sebagainya, yg antikarat.

      apa yg kita perlu tahu, pihak syabas hanya menukar main pipe di sepanjang jalan utama sahaja kpd jenis poly yg antikarat, tetapi kita tidak tahu jenis paip apakah pemaju pakai utk sambung dr main pipe tu ke pangsapuri kita? mungkin dah berkarat dlm paip tuu….walaupun syabas melabur berbilion ringgit utk bekal air bersih kpd pengguna, tapi hasilnya di sepanjang paip sampai ke paip sinki rumah kita adalah jauh berbeza kualitinya!!!

      walaupun kita masak air tu utk minum & sebagainya, unsur logam berbahaya dan klorin yg menjadi punca penyakit kanser masih ada dalam air yg masuk ke dalam tubuh badan kita…

      kalau sedara pernah membeli air di vending machine RO ke mineral ke, kita tak pasti adakah owner mesin tu buat senggaraan terhadap penapis airnya tu….??? kalu tak buat sama gak hasilnya….

      so yg terbaik, pakailah penapis air (indoor) sendiri di rumah & sedara boleh buat senggaraan sendiri yg simple terhadap penapis tu…..insya Allah kita semua sihat…

  2. nampak gaya gua kene beli lah filter air.

    pokai matamata camni.

    p/s: boiaura tu aper? alhamdulillah.

  3. terima kasih atas info yang disampaikan. memang betul… saya juga perasan akan perkara ini. setiap kali tadah air untuk direbus, jelas sekali menunjukkan air kita kekuningan sedikit macam air teh cair. kadang2 bau pun kurang menyenangkan. tapi bab bau ni kadang2 jer…

    • Salam hazelnut,

      kalu air dah mcm air teh cair tu mmg dah teruk sgt tuu….sy ingat pihak MO baru kita tuu mesti ambil tindakan segera membersihkan tangki air terutama yg kat atas tuu….mungkin ntah apa2 ada….

      mmg kita semua kene pakai penapis air minuman nii sbb tu ia adalah yg paling dekat dgn kita yg menjadi penapis terakhir utk kita yg kemudian jd tugas ginjal kita plak utk menapis…

      4 ur info, penapis air domestik ada 2 jenis iaitu penapis master yg dipasang selepas meter air tp yg ni tak sesuai lagi utk diminum dan satu lagi penapis air minuman yg dipasang di paip sinki dapur kita.

      penapis air minuman plak ada 2 jenis iaitu jenis RO (osmosis terbalik) dan mineral @ energy water. jenis RO ni hanya sesuai utk org diabetes sajo sbb ia tiada mineral manakala energy water plak kandungan mineral & oksigen yg dikehendaki badan kita lebih byk dpd air proses biasa.

  4. Salam,

    Kepada bloggers semua harap baca dan fahami polisi blog PSG ini dahulu sebelum memberi komen. Sila klik https://saujanagombak.wordpress.com/polisi-blog/ . Diharapkan bloggers semua mematuhi peraturan di blog ini untuk kesejahteraan semua.

    Harap maaf. Beberapa komen dari bloggers yang berbentuk pengiklanan dan jualan telah dipinda dan dipadamkan disini. Harap maklum.

    Moderator.

  5. mmm salam sumer..
    terpanggil saya nak bg komen gak pasai kualiti air di PSG…

    pd awal tahn 2008 saya mula tinggal di PSG ini,spt biasa kita sbg org rumah perlu memastikan kebersihan air yg utama… dr air paip ler kita nak membasuh segala bahan2 masakan kita utk diberi kpd ahli keluarga tersayang… nak basuh sayuran/ikan/ayam..daging..malahan nak basuh beras pun perlukan air yg bersih utk memastian kesihatan yg optima kpd suami/isteri dan anak2 kita.. betui tak..??

    dulu, saya tadah air dlm tong besar utk membiarkan segala kotoran mendap di dasar tong.. tak sampai 2 hari… keladak dan mcm2 bahan yg pd awalnya kita menadah air tu tidak kelihatan dek mata kasar kita.. selepas 24jam.. akan dpt lihat hasilnya.. betapaa kotornya air… sehingga kini masih lg ditadah seawal mungkin utk menggunakan air tersebut. utk minuman.. tak terlarat nak minum walau ianya telah dimasak.. rasanya tetap lain dr air mineral dr tapisan penapis2 yg berkualiti di luar sana..saya telah menjadikan amalan harian sejak masuk ke PSG, mengambil air mineral yg khas utk minuman dan basuhan beras dr rmh org tua kmi. Nasib baik rmh org tua dkt area KL shj.. jika luar KL.. tak tau modal mana lg nak beli penapis air tersebut..

    hehehehe. sambil menyelam minum air yer.. nak tempek iklan pun pependai la yer.. ni bukan saluran utk tempek iklan.. berpada2 la niat anda tu.. jadikan blog ini sbg sumber maklumat dan rujukan penduduk PSG.

    Salam ikhlas. Wassalam.

  6. Salam,

    mintak maaf tuan mod, tersasur plak….harap diampun…lain kali tak buat lagii…..

    kalu gitu bleh tak ambo cadang buat ruang iklan berbayar atau jenis affiliate kat blog canggih kita nii …blehla jgak dana utk PSG ni….ambo kurang arif pasal ICT ni….ada masalah ke nanti????

    polisi bleh diubah kan? bleh la sape2 buat iklan rumah utk disewa….takdela rumah tu kosong, blehla owner tu byr duit senggaraan, harap2laa….kalau salah lagi harap ditegur yer…..

    • Salam,

      Maaf diterima. Tentang ruangan iklan berbayar dan affiliate tu memang dalam perancangan saya. Insya’Allah, akan dilaksanakan tidak lama lagi. Buat masa ini kalau boleh war-warkan pada kawan-kawan di PSG ini dahulu untuk ramai-ramai mengunjungi blog kita ini, kalau sudah banyak trafik ke blog kita ini mungkin boleh diadakan iklan berbayar dan affiliate tersebut. Barulah saudara-saudari di PSG boleh buat duit melalui blog kita ini. So stay tuned! Tq.

      Moderator.

  7. betul… saya setuju dengan iza blok B. air kita memang teruk. saya selalu simpan air masak dalam jug putih / cerah. dalam seminggu, saya mesti nak kena basuh jug tersebut. nak tau kenapa? di sekeliling badan (belah dalam) jug tu berlendir dengan kaler oren2 nak coklat. especially kat bahagian bawah. kalau tak caya… try lah kat umah. cuba check botol air masak masing2. cuba lap dengan jari. tengok apa jadi…

    dulu husband saya suka tadah air dalam tong kat dalam bilik air. pernah sekali saya basuh tong tu… ya Allah… berkeladak… itu yang kita nampak. yang kita tak nampak?

  8. Salam,

    untuk pengetahuan semua penghuni PSG,

    ambo pernah panjat tangki air kat atas tu & tgk kat dlm tangki tu mmg la gelap…..hehee…sbb terlupa bwk lampu suluh…

    ambo raso mmg dlm tangki tu ada part yg dah berkarat…..air dlm tu la yg supply kat sinki dan bilik air kat umah kita tu…cuba tuan2 bayangkan…………ntah apa2 ntah yg tertinggal dlm tangki tu masa dia orang pasang…..mungkin kasut & baju buruk kontraktor pun ado kot….eeii……………..

    so…..cepat2la dptkan penapis air minuman atau penapis air utama kat meter tuu….penapis air utama @ master filter pun penting jgak sbb kita mandi pakai air tuu…..kalu tak mcm2 penyakit kulit dpt …….tu yg sblah luar badan, camna yg kat dlm perut tu….?????

    pikir2 la ye tuan2…………

  9. mak aih orang kota… janganlah bayangkan benda2 macam tuh… tak tertelan air kat umah tu karang.. he he he….

  10. SALAM……………
    PADA SAYA CADANGAN PADA JMB/PSG TTG AIR YG KOTOR NI…..
    1- BILA KITA PENGHUNI PSG NI NAK MERASA
    METAR AIR INDUVIDU….? ITU YG PALING
    PENTING….KRN ,,,,,,,DGN DPTNYE METER AIR
    INDUVIDU KAMI DPT JIMATKAN PEMBELANJAAN
    UTK BILL AIR YG AMAT MEMBEBANKAN….
    2- DGN PENJIMATAN DRP BAYARAN BILL AIR INI
    DPT LAH KITA MENINGKATKAN LAGI TAHAP
    KEBERSIHAN AIR DI RUMAH MASING2 DGN
    ALAT2 MODEN DI PASARRRAN……….
    KPD JMB ,BOLEH KE DI BUAT PEMASANGAN PENAPIS AIR DI SEBELAH METER DI HADAPAN RUMAH….KRN SAYA ADA TERFIKIR MEMASANG ALAT PENAPIS AIR…APA KATA JMB DI BENARKAN KE ,,,,KRN TAHAP KEBERSIHAN AIR SGT MEMBIMBANGKAN…
    TERIMA KASIH………..

    • Salam zul,

      1. pasal meter air individu, kene mendptkan persetujuan semua pihak, mmg air free semua nak…tp semua kene sign satu borang permohonan & anta kpd Syabas, tu pihak JMB-MO akan uruskan….

      2. kalu dh jimat bil air 20m3 sebulan & dpt free bg bil letrik RM20 ke bwh…kurangla skit komitmen bulan2 yer…maka blehla psg penapis air kt umah…

      3. pasal penapis air kt luar umah, kalu ikutkn ‘house rules’ mmg tidak boleh dsbbkan pemasangan unit individu di kawasan umum(common area), tp mungkin dsbbkan kepentingan kesihatan melebihi kepentingan lain, maka kita boleh majukan perkara ni dlm dialog dgn JMB-MO nnt…..pakaila dulu penapis air dlm rumah yg tu tk jd masalah….ym: org_kota77

  11. nak tanya skit …. strata title … pesal lawyer sureman caj mahal gila aaaaaaaaa……..

    • Salam,

      Klu ada kenal lawyer lain yg ratenya murah, boleh gunakan khidmatnya, tapi mungkin ada caj lain2 utk dapatkan dokumen dari lawyer sureman nnt. Utk kepastian sila bertanya kepada lawyer anda.

      Moderator.

  12. nak tanya , bila caj naik niiii maintenence

  13. takda apapa surat/notis …. tetiba jer kluar … tau tau jer caj naik … nak kata ada perubahan … tak ler byk … tapi caj naik 10 ingit kalu collect bayk tuhhhh……

    • Telah di putuskan pada mesyuarat EGM tahun lepas. Ianya telah diwar-warkan di papan kenyataan termasuk agendanya sekali. Ramai penduduk tidak hadir itu sebab tidak tahu. Saya pun tidak tahu juga masa mula2 kerana tidak hadir pada masa meeting tersebut, tapi bertanya pada kawan2 baru lah tahu. Caj naik bukan semata-mata nak buat perubahan, ada lebih penting dari itu, caj yg dikenakan sebelum ini sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung penyelenggaraan bulanan di PSG ini. Dulu, pemaju letakkan caj rendah kerana ingin jualannya laku, biar pembeli tertarik, memang tidak logik. Kalau ingin mendapatkan fakta dan kesahihan akan perkara ini boleh rujuk di Pejabat Pengurusan PSG, dengar kata sekarang ni malam pun buka, so bukanlah alasan ‘tiada masa’ lagi untuk kita yang bekerja di siang hari. Harap maklum.

      Moderator.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: