Kejadian atap genting jatuh di PSG berulang lagi!

Siapakah yang patut disalahkan? Menurut beberapa penduduk yang ditemui, kejadian berlaku lebih kurang pukul 4.00 pagi tadi (5hb Julai 2009) ketika hujan renyai-renyai di ikuti dengan angin yang amat kencang sehingga mengakibatkan serpihan atap genting dari bangunan berterbangan jatuh ke bawah. Keadaan yang teruk dapat dilihat di hadapan pencawang elektrik di blok B dan sedikit serpihan kelihatan di blok A.

Untuk makluman, kejadian yang sama juga telah berlaku sebelum ini. Setakat ini tiada kecederaan yang dilaporkan cuma menyebabkan kerosakan pada 3 buah kereta sahaja. Pihak pengurusan (MO) juga, En.Izal telah dilihat sedang mengambil gambar ditempat kejadian. Sebarang maklumat lanjut tentang kejadian ini boleh dirujuk kepada pihak MO dan sekiranya ada maklumat, saya akan kemaskini didalam blog.

Moderator.

Gambar sekitar kejadian yang sempat diambil:

Serpihan atap genting yang besar!

Serpihan atap genting yang besar!

Serpihan atap genting di 'ram' pencawang elektrik di blok B

Serpihan atap genting di 'ram' pencawang elektrik di blok B

Di atas jalan turut kelihatan serpihan atap genting bertaburan

Di atas jalan turut kelihatan serpihan atap genting bertaburan

Berterbangan sehingga mengenai tempat letak kereta bersebelahan pagar

Berterbangan sehingga mengenai tempat letak kereta bersebelahan pagar

Serpihan atap genting yang kecil di pencawang elektrik di blok B

Serpihan atap genting yang kecil di pencawang elektrik di blok B

Lagi keadaan di hadapan pencawang elektrik

Lagi keadaan di hadapan pencawang elektrik

Serpihan atap genting yang kecil dan besar bertaburan di atas jalan

Serpihan atap genting yang kecil dan besar bertaburan di atas jalan

Serpihan kaca kereta akibat dihempap atap genting

Serpihan kaca kereta akibat dihempap atap genting

Keadaan dalam salah sebuah kereta yang terlibat

Keadaan dalam salah sebuah kereta yang terlibat

Keadaan lampu sisi dan badan kereta yang kemek akibat serpihan atap genting yang jatuh

Keadaan lampu sisi dan badan kereta yang kemek akibat serpihan atap genting yang jatuh

Keadaan di blok A berhampiran bilik gerakan

Keadaan di blok A berhampiran bilik gerakan

Serpihan di tepi longkang di bilik gerakan blok A

Serpihan di tepi longkang di bilik gerakan blok A

Serpihan atap genting yang kecil bertaburan

Serpihan atap genting yang kecil bertaburan

Lagi serpihan atap genting di tepi bilik gerakan di blok A

Lagi serpihan atap genting di tepi bilik gerakan di blok A

15 Responses

  1. salam

    gua berkongsi kesedihan pada harta benda yang rosak sebab atap terbang tempoh hari.

    gua perasan yang blok B je kene mcm ni… atap dia pakai, murah ke… klu kene dekat gua, ada insuran tak?

    kenapa kete kancil merah tu tak dialihkan?

    p/s:

    jom pi lawat mangsa mangsa terlibat. PPPSG ada pi tak?

    wassalam

    matamata

    • Salam,

      Menurut En.Izal, wakil pihak pengurusan (MO), dimana beliau telah naik ke atas bersama kontraktor, atap genting yang dipasang tidak rapat cuma sedikit sahaja jarak sambungannya antara satu sama lain dan tiada penampan angin, itulah sebabnya apabila angin kuat ianya akan memberi tekanan kepada atap-atap genting tersebut, seterusnya menyebabkannya tertanggal dan berterbangan. Tentang insuran tu, mengikut ‘covernote’ insuran di PSG ini, ada dinyatakan tentang kerosakan harta benda, tetapi masih belum pasti akan polisinya, apa-apapun kita tunggu perkembangannya nanti. Kalau ada maklumat akan saya ‘update’ ke dalam blog ini.

      Moderator.

  2. as-sallam,

    Saya Faizal(kontraktor), semasa lawatan saya dgn En,Izal di atas bumbung di kediaman tuan-tuan, saya dapati atap2 tersebut tidak berpaku.. sepatutnya atap2 tersebut haruslah di paku. terutamanya di bahagian hujung atap.. sebab di bahagian hujung atap adalah kawasan angin akan masuk.. jika atap tak di paku udara didalam bumbung akan menendang atap tersebut. Itulah punca yang dapat saya rumuskan.. Sekian

    • Salam En.Faizal,

      Selamat datang ke blog PSG. Terima kasih kerana sudi memberi penerangan lanjut tentang kejadian tersebut. Semoga segala persoalan tentang apa yang berlaku sudah terjawab dengan kehadiran pihak kontraktor sendiri. Tq.

      Moderator.

  3. salam…..
    ya terima kasih di atas penerangan….di harap dapat di atasi dgn segera…,takut akan melibatkan nyawa….klw dpt berikan lebih maklumat ttg tuntutan jika perkara sebegini terjadi lagi utk pengetahuan penghuni psg……
    t,kasih
    salam….

  4. salam semua…
    saya setuju dengan pendapat blogger zul blok b. perkara sebegini lebih baik dipercepatkan tindakan sebelum melibatkan nyawa. bukan apa, kalau kita ingat2 balik, ini bukanlah kejadian pertama yang menimpa PSG. dah beberapi kali atap terbang. dan sudah beberapa kali jugak merosakkan kereta penduduk. kalau betul seperti yang dinyatakan oleh wakil kontraktor (en. faizal) yang mana atap2 tersebut tidak dipaku, boleh tak kita ambik langkah untuk paku atap2 tu? atau boleh tak bincang balik dengan developer… apa ni wat kerja macam ni. masa nak pasang atap dulu tak pikir ke? tau nak siap je ke?

    lagi satu, saya rasa eloklah dipercepatkan proses parking berbumbung. sekurang2nya kalau ada bumbung, penduduk tak perlu risau lagi akan keselamatan kereta mereka setiap kali ribut datang. saya faham yang kita sekarang menghadapi masalah kewangan, ditambah lagi dengan penduduk yang tidak membayar maintenance, tunggakan bil2 utiliti, tunggakan pembayaran kontraktor dan sebagainya… tapi saya cadangkan supaya penduduk keluarkan duit sendiri, kongsi2… mungkin boleh jadikan isu kerosakan kereta kerana atap jatuh yang berlaku baru2 ni sebagai contoh kepada penduduk. mana nak… nak habiskan duit bila kereta rosak atau keluarkan duit sekarang untuk buat bumbung? sebelum tu, cepatlah ubah parking. supaya senang penduduk nak buat keputusan berkenaan bumbung parking masing2.

  5. nasib baik parking aku berbumbung … ahaksss

    • saya amat2 bersetuju dgn pandangan hazelnut, harap dapat dipercepatkan pemasang bumbung parking tu.

  6. Salam,

    Sedara hazelnut, minta maaf kalu sy tersilap@terkasar…

    pada pendapat sy, atap genting ni cara pasangnya mmg tak berpaku mcm psg atap asbestos atau zink atau skarang ni org pakai metal clad..sbb atap genting ni mmg ia lock antara satu sama lain bila dipasang di atas kayu alasnya….

    sy rasa mungkin pemaju silap buat perkiraan utk design jenis bumbung bangunan tinggi mcm PSG ni lebih2 lagi ia terletak bersebelahan dgn bukit yg menghalang pengaliran angin ribut & menyebabkan ia berpusing2 lalu mengangkat apa2 shaja yg menghalangnya…..itu teori sy laa….

    nanti sy akan rujuk kpd civil engineer utk cari kaedah penyelesaian yg lebih bijak….takkan nak paku satu2 bumbung tuu…tak praktikal dan bahaya….takut ada risiko kebocoran plak….

    apa yg penting, utk jaga keselamatan kereta masing2….projek mega PSG utk buat parkir berbumbung mesti diteruskan sbg keutamaan satu kalu ada bajet laa….

    • Salam,

      Memang ada perancangan untuk buat parkir berbumbung ini, tetapi kosnya akan ditanggung oleh individu/pemilik. Mungkin boleh dapat harga yang berpatutan sekiranya ramai yang memohon untuk parkir berbumbung ini. Tq.

      Moderator.

  7. salam orang kota..
    takpe… tak terguris hati pun. ini kan ruangan untuk kita berkongsi pendapat. kalau ada info, kita kongsi ramai2. saya cuma mengambil petikan daripada saudara Faizal (kontraktor) yang datang meninjau keadaan bumbung sepertimana yang ditulis di blog ini. saya sendiri pun tak tahu macam mana prosidur memasang bumbung genting. maklumlah.. bukan kontraktor. tau buat kerja depan komputer jer..🙂 PSG ni tempat kita bersama jadi kita sama2lah fikir jalan penyelesaiannya… sesaper yang ada idea, leh lar kongsi kat sini.

  8. Salam,

    ambo dh rujuk civil engineer, mmg agak mustahil nak setel masalah ni sbb ia terlalu tinggi….

    dah sah pemaju tersilap design bumbung tu atau mmg sengaja kot buat camtu sbb nak jimat kos…sepatutnya di hujung bumbung tu dipasang gutter atau penghadang angin c/w paip air hujan turun ke bwh….

    ni la jadinya kalu pembeli tak terlibat sama dlm konsep pembinaan rumah nii….ambo raso mmg patut kejaan buat law mewajibkan wakil2 pembeli berkelayakan memantau proses pembinaan rumah yg dibeli….

    kalu nak pasang gutter tu, kena melibatkan kos yg agak tinggi…..sbb kena psg scaffolding…kos psg bendalah tu lg mahal & merbahaya lagipada psg gutter tuuu………

    ambo rasa kita bleh failkan saman terhadap pemaju sbb cuba menipu pembeli dgn tidak mempraktikkan perkara fungsional terhdp design pangsapuri kita ni…..apa kata tuan2 setuju tak? byk benda yg tak kena dgn PSG nii….kita byk ditipu oleh pemaju…….

    projek psg parkir berbumbung tu hanya bleh selamatkan keta kita jer tak bleh nak halang angin memporakperandakan bumbung tuu….tupun bila bleh buat…..bajet besar tuu guuu……

  9. setuju…. banyak benar yang developer nak kelentong kita. sama lar ngan kes dinding yang septutnya disediakan di sebelah pintu masuk rumah kita tu. ada jugak kes plug point tak cukup sepertimana yang terdapat dalam S&P.

    lepas kes atap ni, jangan terkejut kalau lepas ni ada lak timbul kes lain…

  10. Salam,

    ada sapa2 tau pasal undang2 perumahan awam @ member2 yg jd lawyer bukannyo loya buruk….

    kita bleh tau bleh tak kita failkan saman terhadap pemaju dlm kes kita ni? satu2 masalah timbul……..

    semuanya gara2 duit, wang, fulus, pitis, ongkos dan money…..pemaju sanggup menipu pembeli……takkan kita nak tunggu ada org cedera @ kiut baru kita nak bertindak…???

    hanya pandangan bukan menghasut………pikir2kan dgn waras………lu pikir la sendiri…….

  11. boleh try rujuk kat laman web kut…
    kementerian ker….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: