Maklumbalas JMB tentang kelewatan bayaran kepada pihak sekuriti

Salam,

Merujuk kepada beberapa komen di blog tentang pembayaran 3 bulan lewat kepada pihak sekuriti, ingin saya betulkan dan maklumkan apa puncanya :

1. Kelewatan adalah selama dua bulan bukan TIGA bulan.
2. Cek untuk bulan Mei kepada sekuriti sudah dikeluarkan pada hari Sabtu baru-baru ini.
3. Kelewatan adalah disebabkan hutang tertunggak penduduk sebanyak 100K (maintenance, air dan sebagainya).
4. Kos bulanan adalah melebihi duit kutipan. SILA RUJUK DI NOTICE BOARD (Mac dan April). Oleh sebab itu kelewatan pembayaran sudah tidak dapat dielakkan.
5. Saya sudah menerangkan bahawa ini terjadi kerana ketidakcekapan MO yang lama mengurus kewangan penduduk. SILA RUJUK penerangan saya di blog sebelum ini.
6. Disebabkan ketidakcekapan MO jugalah tertunggak bayaran bil Air dan Api. SILA RUJUK penerangan saya di blog sebelum ini. Jadi yang mana penting, tentulah AIR dan API didahulukan pembayarannya. Dan setelah cukup kutipan. kemudian barulah pembayaran lain termasuk sekuriti dan yang lain-lain.
7. Segala urusan kewangan sebelum ini adalah di antara MO lama (Mohd Nor) dan Sureman (Sureman yang sign cek). JMB telah dipinggirkan dalam perbincangan kewangan selama ini, sehinggalah kami berjaya membuka akaun penduduk pada 5/6/09. Jadi pada prinsipnya, urusan kewangan baru JMB uruskan selama sebulan. Sekali lagi SILA RUJUK penerangan saya di blog sebelum ini.

Saya tidak menyalahkan bloggers apabila mendengar cerita dan membuat andaian tetapi biarlah tahu hujung dan pangkalnya. Sebelum mencemuh atau memarahi JMB, saya meminta sangat agar bloggers bertanya dahulu kepada JMB sebelum membuat kenyataan di blog.

Adakah JMB tidak bekerja? Jawapannya senang. Cuba lihat di blog apa yang JMB telah lakukan. Adakah penduduk PSG membantu JMB untuk melaksanakan tugas mereka.? Tepuk dada tanya selera.🙂

Mintak maaf kalau terkasar bahasa , masih banyak tugas yang JMB ingin selesaikan. Diantaranya :

1. Pertemuan dengan COB, Sureman
2. Penyelesaian masalah genting jatuh pagi semalam
3. Penyelesaian masalah tuntutan wall
4. Mengutip maintenance tertunggak 100K
5. Mendapatkan endorsement House Rules dari COB
6. Pengeluaran sticker baru
7. Pengeluaran Kad Residen

Jadi saya menjemput bloggers yang ada supaya hadir pada hari Ahad ini perihal perlantikan Ketua aras, Ketua blok, Setiausaha dan Bendahari untuk Persatuan Penduduk PSG bagi membantu usaha JMB yang sedia ada. Ini terbuka kepada owner, penyewa, ex-expatriate dan juga pelajar. Insyaallah, moderator akan kemaskini maklumat ini kemudian.

Terima Kasih.

Roslizan Nordin
Setiausaha JMB

13 Responses

  1. Salam…

    TQ… kerana bagi jawapan segera… aku bukannya apa, takut klu terjadi macam dulu balik, pisang berbuah dua kali… skrg ni aku dah rasa aman sikit kat PSG ni… bukan senang nak cari sekuriti lain… korang JMB dulu pun terpaksa pergi survey kat lain2 apartment nak cari sekuriti yg bagus… takkan nak tambah beban lagi kot? so… aku harap selepas ini takkan ada lagi spekulasi yg bukan2 tentang perkara ini… aku harapkan lain2 penduduk pun termasuklah aku juga akan paham mengapa perkara ini berlaku… dan satu lagi, aku harap korang JMB, jagalah hati pihak sekuriti baik2, sbb hubungan yg baik ini secara tak langsung akan memudahkan kerja korang JMB jugak nnt… PEACE!

    Wassalam…

    ps: elok jugak ada yg tanya, dari disimpan dalam hati…

  2. salam…
    ya t,kasih atas penerangan yg diberikan…mana yg penting di dahulu kan….dan guard yg baru ini dikira bagus juga dan tegas…so teruskanlah kerjasama di antara guard jmb dan penduduk psg

  3. t/ kasih atas penerangan dari pihak JMB. semoga tiada ada lagi suara2 sumbang kedengaran mengenai kelewatan yang berlaku.

    saya setuju dengan perisik… hati kontraktor yang dilantik juga kita kena jaga. bukan apa… kita jaga hati dorang, dorang jaga tempat kita. win – win situation…

    nak dapat sekuriti yang macam skang ni, bukan senang. berdasarkan pengalaman tempat kita sendiri… dah berapa kali tukar guard dah.. sumer nya tak jalan. dah dapat yang bagus ni, harap dapatlah pertahankan. bukan untuk dorang, tapi untuk kita jugak. nanti orang komplen pulak, guard tak buat kerja, guard tak betul…

  4. salam,kepada setiausaha JMB,terimakasih bebanyak atas penerangan yang diberikan.bukannya kita kata JMB tak buat keje,cuma kita risaukan spt apa yg dinyatakan olh perisik psg,pisang berbuah 2 kali,kalau ianya terjadi lagi,sape yg akan dikambing hitamkan,JMB juge,kita semua ingin menjaga nama baik JMB,diharap tuan setiausaha tidak tersalah tafsir komen yg diberikan

  5. kpd JMB PSG,teruskan usaha anda ,segala kritikan dan komen adalah untuk kebaikan bersama,HIDUP JMB!!!!!!!!!!!!!

  6. Salam, selagi lagi terima kasih atas teguran bloggers. Harapan…biarlah teguran membina bukan teguran mencerca. Semoga usaha kita akan menampakkan hasil insyaallah.
    Janganlah guna perkataan “JMB hampeh” , walaupun bermaksud baik, tapi terasa wo…hahahaha…
    Salam terima kasih selagi lagi. Merujuk kepada petikan Hazelnut …… “kita jaga hati dorang, dorang jaga tempat kita. win – win situation…” Hati JMB pun kenalah jaga gak, sebab JMB mengurus tempat ini. Win-win situation gaks…🙂

    • Salam…

      Hehe… sori ler En.Roslizan kalau anda terasa, benda2 yg macam ni mmg selalunya akan timbul segala salah paham dan prasangka… klu anda suruh bloggers2 dtg jumpa JMB bertanyakan dahulu akan sesuatu perkara, aku rasa takkan ada yg tampilkan diri… aku bukan apa… dulu masa sekuriti lama korang JMB pun tau macam2 hal yg terjadi… sampai org luar masuk campur… baru settle masalah… klu tak susah jugak… cuma kali ini aku tak nak masalah lama berulang kembali dimana kita kat PSG ni hanya memandang shj tak berani menegur… dan aku harap korang JMB akan menguruskan tempat ni dgn bersungguh-sungguh… dan jgn ada perbalahan sesama korang JMB… satu lagi aku nak tanya En.Roslizan, anda seperti bekerja seorg diri, mana lain2 JMB? Adakah mereka juga membantu anda?

      ps: aku rasa pengerusi kita kena mesra penduduk sikit… sebabnya kena pikir sendiri, nnt timbul salah paham pulak… harap2 dia baca statement aku ni…
      pps: jgn sbb nila setitik… rosak susu sebelanga… klu takut dilanda ombak… jgn berumah ditepi pantai… harap2 paham akan maksud aku ini…
      ppps: apa yg berlaku ada hikmahnya, seperti yg pernah aku bagitau sebelum ini… jgn dipandang enteng kuasa internet… jgn ingat org tak peka apa yg anda lakukan… kurang-kurangnya perkara ini akan membuka mata JMB utk menghadapi hari2 yg akan datang yg lebih banyak cabaran yg sedang menanti…

      Wassalam…

  7. Saya rasa masalah timbul bukan sahaja disbbkan oleh ketidakcekapan MO lama, tapi sbb ketidakcekapan segelintir penduduk PSG bayar duit maintenance.

    Satu lagi, gambar kat sticker tu boleh tukar dgn gambar lain tak.. guna logo PSG ke cantik jugak.. sticker sekrg ni gambar dia mcm duduk rumah flat je…:(

  8. salam……
    TERUS MAJU JMB
    TERUS MAJU JMB
    TERUS MAJU PSG………
    WONDERPET WONDERPET………KAMI DATANG…..
    KAMI TAK BESAR DAN KAMI TAK KUAT ……..
    BILA KERJASAMA KITA JADI KUAT……
    YANG PENTING KERJASAMA……….HEHE
    paling saya sedih dan tak faham knp hal yg kecil dan remeh nak di perbesarkan….yg paling sedih bergaduh sesama bangsa sendiri…….terutama semasa guard sebelum ni…rasa tak selamat je di psg ni……krn mcm2 hal yg timbul…….
    ttg setiker tu saya setuju mcm tgl di flat je…..huhuhu kita sama2 mod setiker buat yg nmpk class sikit ye……..
    sekian…………..

  9. lagu wonderpet tu… walaupun besa2 jer… tapi mendalam maknanya. KERJASAMA… kalau ada kerjasama, sumer benda boleh jadi mudah. penduduk kena berfikiran terbuka dan matang… jangan hanya menunggu masa dan ketika untuk hentam JMB. masih ada segelintir penduduk PSG ni (maaflah, bukan nak kata tapi kenyataannya…) lebih suka tunggu timbulnya sesuatu perkara yang ‘boom!!’ dan ketika itulah mereka ramai2 akan bersuara, mengejek, mengata, mencerca dan memperlekehkan pihak lain, terutamanya JMB. JMB itulah, JMB inilah, JMB tak pandailah, JMB tak ambik tindakanlah, JMB tak buatlah… kalau rasa diri tu betul, tampillah ke depan dan berkongsi pendapat yang ada. mintak maaf cakaplah… mereka2 ni sebenarnya tidak tahu bagaimana rasanya menghadapi maalah penduduk yang pelbagai, ditambah lagi dengan masalah2 runcit yang lain yang juga perlu diambil maklum (atap terbanglah, botol kaca pecah kat dalam pool lah, palang besi patahlah… macam2). sepatutnya kita penduduk kena berterima kasih kepada pihak JMB kerana mereka secara sukarela telah bersusah payah menaikkan kembali nama PSG dan membetulkan apa yang tidak betul.

    kita ambik contoh security. banyak perbezaan antara security dulu dan sekarang. bukanlah nak ‘bodek’ JMB tapi kita sendiri tau, macammana JMB bersusah payah survey sampai tengah malam semata2 nak cari security yang bagus untuk menjaga PSG. pernahkah terfikir semua penduduk untuk siapakah itu semua? untuk KITA penduduk PSG. bukan untuk JMB semata. mereka bersusah payah dapatkan security yang terbaik (kalau boleh) untuk menjaga keselamatan semua penduduk PSG, supaya kita boleh tidur lena, hidup aman, tidak dibelenggu risau dan runsing motor hilang, rumah kena pecah, tayar keta pancit…

    begitu juga dengan pertukaran MO. masih ada lagi penduduk yang tertanya2 dan tidak berpuas hati kenapa MO ditukar. konon takut nanti timbul masalah pergerakan kewangan dan sebagainya. jika penduduk tersebut peka dengan masalah yang kita hadapi di PSG ni, mereka tidak akan sesekali mengeluarkan fakta sebegitu. tahukah mereka masalah utiliti yang kita hadapi sejak kebelakangan ini kerana kegagalan MO lama dulu menguruskan kewangan kita? sedarkah mereka bahawa jika MO gagal ditukarkan berkemungkinan kita akan menghadapi masalah yang lebih buruk lagi dan pastinya JMB juga yang akan dipersalahkan masa tu. akaqqqqq jugak yang kena…🙂 jadi, lebih baik orang pertikaikan sekarang daripada orang mempertikaikan musibah yang melanda. katalah esok letrik kena potong, bekalan air takde… penduduk akan kata “apalah JMB, simpan MO macam tu lama2 watpe…” tapi manusia tak pernah fikir benda2 macam tu. manusia tak pernah cuba fikir melangkau ke depan, fikir pro dan kontra… mereka cuma tahu hentam saja. JMB tidak akan sewenang2nya mengambil keputusan untuk menukarkan MO atau security melainkan pihak terbabit dikenalpasti menimbulkan masalah dan melambakkan lagi masalah di tempat kita. jadi kalau ada lagi penduduk yang berpendapat JMB suka2 hati terminate MO, buat itu, buat ini… itu semua bukanlah untuk kepentingan sendiri ataupun JMB. ianya adalah untuk PENDUDUK….

    saya tertarik dengan kisah unta yang dipaparkan oleh MOD / JMB sebelum ini. begitulah situasi JMB dan persatuan penduduk sekarang. JMB tidak mampu nak puaskan hati dan kehendak semua orang. JMB juga manusia seperti kita. saya rasa amat tidak adil kalau ada penduduk yang pandai membuat andaian dan memperlekehkan JMB. kita harus ingat, kita masih baru.. banyak benda yang perlu kita pelajari dan kita belajar melalui pengalaman. pengalaman2 beginilah yang mengajar kita… pengalaman mencari security yang bagus selepas beberapa kali berdepan dengan masalah security tak perform…pengalaman mendapatkan MO yang cekap selepas mengalami masalah tunggakan utiliti dan pelbagai masalah yang diberi… pada saya… pada mereka yang rasa ada yagn tidak betul dalam JMB, apa kata kita beri peluang mereka ni memegang jawatan dalam JMB. kita tengok, bagaimana mereka nak handle masalah penduduk, masalah bangunan, masalah kontraktor.. tak cukup dengan itu, bagaimana perasaan mereka kalau penduduk hentam mereka selepas apa yagn mereka lakukan untuk kebaikan penduduk?

    siapalah kita ini untuk mengadili orang lain, apatah lagi menjatuhkan hukuman. kalau rasa JMB lemah, saya sarankan semua penduduk berganding bahu, turun padang dalam menangani permasalahan yang dihadapi oleh JMB. penduduk nampak JMB lemah kerana pemikiran penduduk itu sendiri yang beranggapan JMB lemah. sorry to say, biasanya orang2 macam ni orang jenis tak boleh tengok kebolehan dan pencapaian orang. dalam kata lain.. PHD… nampak JMB buat tu.. oooo ini tak betul… walaupun pada hakikatnya mereka tahu yang apa yang dilakukan oleh JMB itu adalah betul.

    dah panjang lebar komen saya nih. sekali lagi nak diingatkan.. saya ni bukanlah pro JMB. nanti ada lak bloggers yang terrrr salah faham lak, kang ada yang kata saya ni asyik bodek JMB. tidak sama sekali. ini adalah luahan ikhlas daripada salah seorang penduduk PSG yang bukan dari kalangan JMB. jadi, jangan salah faham ya… kalau betul apa yang JMB buat, saya akan cakap betul. kalau salah, saya tetap akan cakap salah. sekian saja…🙂

  10. emosi nampak !!! ahakksss

  11. bukan emosi… cuma bermain dengan kata-kata untuk mengolah perkataan yang sesuai supaya difahami oleh semua…

  12. salam……
    setuju………..jmb utk penghuni psg meluah ,atau lbh senang kata mulut,telinga,mata utk penghuni psg…so sokonglah ia….
    ye….
    MAJU MAJU PSG
    MAJU JMB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: