Lampu tidak menyala di kawasan tempat letak kereta PSG

Jika kita berjalan pada waktu malam kita tentu perasan beberapa lampu yang tidak menyala di kawasan letak kereta ditingkat atas dan dihadapan. Untuk makluman semua, lampu-lampu yang tidak menyala ini BUKAN usaha JMB untuk menjimatkan penggunaan elektrik di PSG tetapi lampu-lampu tersebut sering terbakar walaupun telah ditukarkan dengan mentol yang baru. Pihak JMB telah maklumkan kepada pihak pengurusan (MO) untuk memanggil kontraktor bagi memeriksa sambungan wayar pada lampu-lampu tersebut, kemungkinan ia adalah penyebab utama lampu-lampu tersebut sering terbakar. Beberapa gambar yang diambil di lokasi yang terlibat:

Di kawasan tempat letak kereta di tingkat atas:

Dikawasan tempat letak kereta di hadapan:

5 Responses

  1. Di harap pihak MO dapat mengambil tindakan dgn segera. Memandangkan keadaan yg gelap nie mcm2 benda boleh terjadi . Sbb parking yg bhg atas tu boleh dikatakan semua tak berfungsi. Bukan apa risau kalu budak2 jln @naik basikal kat atas tu….nantikan terlanggar nak salah sapa lak?
    Harap dpt diberi perhatian segera.
    TQ

    • Salam,

      Jika ada maklumat tentang perkara ini saya akan ‘update’ di blog dengan segera. Tq.

      Moderator.

  2. salam…..
    ya setuju ,di harapkan mo baru dpt membaiki kerosakan dgn segera utk kemudahan penghuni psg///
    t,kasih
    salam

  3. salam…….
    kpd yg berkenaan …….
    saya ingin tahu knp gan parking di hadapan blok b yg telah di pagar,apakah tujuan di biarkan begitu…….
    ingin tahu…..
    t,kasih

    • Salam,

      Kalau tak silap saya ada ditampal notis oleh MO berdekatan pintu masuk, mungkin atas sebab-sebab keselamatan atau mengelakkan kejadian tidak diingini dari berlaku sepertimana yang kita tahu kawasan berkenaan baru sahaja berlaku kejadian atap genting jatuh.

      Moderator.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: