Perjumpaan untuk perbincangan ‘handover’ pengurusan PSG dari pemaju kepada JMB

Malam tadi, 10hb Julai 2009, lebih kurang pukul 9.00 malam telah berlangsung perbincangan diantara JMB dan pemaju, Sureman Properties Sdn Bhd berkenaan ‘handover’ pengurusan PSG dari pemaju kepada JMB. Perjumpaan turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB) dari MPS, En.Aminuddin bagi menerangkan langkah-langkah yang perlu untuk proses ‘handover’ ini, juga tidak ketinggalan MO PSG, Global Property Services Sdn Bhd dan bekas MO, Mohd Nor & Partners.

Perbincangan tertumpu kepada akaun yang dikendalikan oleh MO lama dimana terdapat tunggakan yang tinggi. Pemaju telah memaklumkan wang ‘sinking fund’ yang dibayar oleh penduduk sebanyak RM10.00 sebulan telah digunakan oleh mereka sebelum ini untuk membayar beberapa tunggakan. Untuk makluman semua, wang ‘sinking fund’ perlu diasingkan ke akaun yang lain tetapi pihak pemaju gagal berbuat demikian dimana akaun penyelenggaraan disatukan sekali bersama wang ‘sinking fund’ tersebut. Pihak COB telah meminta agar pemaju menyediakan senarai pembayaran yang telah dilakukan menggunakan wang ‘sinking fund’ dan semakan akan dibuat terhadap senarai tersebut nanti.

Selain itu, perkara-perkara yang turut dibincangkan adalah berkenaan migrasi ke meter air individu, semakan audit terhadap akaun pemaju sehingga 15hb Jun 2009 sebelum akaun dipindahkan sepenuhnya kepada JMB, tunggakan-tunggakan yang perlu ditanggung oleh pemaju, penggubalan ‘House Rules’, mencari jalan penyelesaian untuk mengutip tunggakan dari penduduk dan lain-lain perkara dalaman.

Dalam pada itu, pihak pemaju juga ada mengatakan bahawa sistem paip di setiap unit PSG mempunyai waranti selama 10 tahun dimana jika terdapat kerosakan, kos baikpulih sistem paip tersebut boleh dituntut kepada pemaju.

Perjumpaan berakhir lebih kurang pukul 11.15 malam. Jika ada maklumat lanjut tentang perbincangan ini, ianya akan dikemaskini di blog nanti.

Gambar sekitar perjumpaan tersebut:

Wakil dari pemaju, Sureman Properties Sdn Bhd, dari kiri En.Kam, En.Salleh, En.Winson dan En.David Lai

Wakil dari pemaju, Sureman Properties Sdn Bhd, dari kiri En.Kam, En.Salleh, En.Winson dan En.David Lai

AJK Biro Pembangunan, En.Nazri (bertopi), sebelah kanan beliau bekas MO, En.Jimmy Lai, wakil MPS, En.Izhar dan COB, En.Aminuddin

AJK Biro Pembangunan, En.Nazri (bertopi), sebelah kanan beliau bekas MO, En.Jimmy Lai, wakil MPS, En.Izhar dan COB, En.Aminuddin

Setiausaha JMB, En.Roslizan (berbaju coklat), Bendahari JMB, En.Ariff dan Pengerusi JMB, En.Aziz

Setiausaha JMB, En.Roslizan (berbaju coklat), Bendahari JMB, En.Ariff dan Pengerusi JMB, En.Aziz

MO dan lain-lain penduduk yang turut hadir memberi sokongan, dari kiri En.Roslee, En.Izal (MO), En.Nazam, En.Ahmad Kassim (MO), En.Suhaimi (AJK Biro Keselamatan) dan saya, Moderator (tidak kelihatan dalam gambar)

MO dan lain-lain penduduk yang turut hadir memberi sokongan, dari kiri En.Roslee, En.Izal (MO), En.Nazam, En.Ahmad Kassim (MO), En.Suhaimi (AJK Biro Keselamatan) dan saya, Moderator (tidak kelihatan dalam gambar)

4 Responses

  1. salam……
    teruskan jmb dgn agenda2 yg sudah ada dlm perancangan, agar jmb dpt memelihara psg dari hal2 yg memeningkan kepala dan hati..agar hal spt dulu tidak berulang kembali..paling penting haruslah di dahulukan….ya
    maju JMB PSG……….
    OPS!!! harap jmb dpt lah usahakan pertukaran meter air ke induvidu….sonang ati den…….
    SALAM…
    MAJU JMB PSG

  2. yaa…. saya sokong. tukar meter….ubah parking…
    dah lama benor dah cadangan nak ubah parking ni tapi tak buat2 pun lagi. ada masalah lagi ke?

  3. assalamualaikum…
    mcm mn la nak fax detail payment ke management ni…sejak hari jumaat, 24 july sampai hari ni,28 july..tel n fax machine tak dpt digunakan..boleh sesaper tolong tak? nak pergi sendiri ofis, tinggal luar dari selangor pun…03-61851727
    tolong dan terima kasih.

    • Waalaikumsalam,

      Selamat datang ke blog PSG attreyue. Berkenaan masalah tersebut, anda boleh menghubungi terus pihak pengurusan En.Izal di talian 017-8822981 (waktu pejabat 9.00 pagi-5.30 petang). Harap maklum.

      Moderator.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: