Kolam renang ditutup?

Untuk makluman semua, ini juga BUKAN salah satu usaha JMB untuk menjimatkan penggunaan elektrik. Menurut En.Izal, pihak pengurusan (MO), kolam renang ditutup kepada penduduk adalah kerana terdapat kerosakan pada pam air yang berfungsi sebagai penapis sampah dan kekotoran yang terdapat dalam kolam. Pam air tersebut telah diperiksa dan pihak MO mendapati pam yang dipasang oleh pemaju adalah dari jenis yang tidak berkualiti dan mudah rosak. Selain itu juga, beliau turut maklumkan terdapat kejadian dimana botol sos yang telah jatuh dari tingkat atas dan dikhuatiri serpihan kaca telah masuk ke dalam kolam.

Beberapa gambar yang sempat diambil, jika diperhatikan jelas kelihatan warna air kehijauan menunjukkan pam tidak berfungsi.

8 Responses

  1. appa raaaa developer ni. semua nak jimat kos… tu yang main cincai je tuh. kasi hentam sama dia. haiyaaa…. teruk arrr kaler air tuh… cam air tasik dah rupanya… eiii…

    masih ada lagi rupanya manusia yang tak reti bahasa kat PSG ni ya. dorang ingat pool tu tong sampah agaknya. haaa.. balinglah macam2 benda yang boleh dibaling. esok yang mandi manda kat situ korang jugak.. anak2 korang jugak. seingat saya perkara macam ni pernah berlaku dulu kan? kes kaca berterabur dalam kolam nih… hmmm… kalau nak buat bumbung… kos lagi kan? hai… kenapalah ada manusia semacam ini yang menghuni PSG. dah lah kita ada macam2 masalah… tambah lagi masalah kita.

  2. Salam,

    lagi2 pasal perangai beruk yg ada pd manusia ni…

    pemaju biasa la nak jimat kos janji benda yg diiklan masa nak jual dulu semua ada…..praktikal ke tak lain cita…..

    ambo ingat kjaan kena buat undang2 kpd pemaju yg ingin buat projek perumahan nii….kalau bleh semua pembeli ada hak meneliti rekabentuk konsep sesuatu rumah tu sblm dpt kelulusan utk bina….dlm sesuatu projek tu kene ada wakil pembeli yg tau skit sbyk pasal teknikal pembinaan rumah ni memberi komen & pandangan terhadap design yg dicadangkan……

    barulah win-win situation….so takdela masalah remeh camni bleh berulang………..

    ambo ingat kalu kolam tu tak setel2 lagi hijaunya, ambo nak buang anak ikan keli ke tilapia merah ke buat ternak…pastu bila time tuai kita pakat gotong-royong tangkap buat BBQ tepi kolam tu…hehehe……

  3. SALAM…..
    tul tu …..tangkap sapa yg buang sampah tu ,ikat rendam dlm kolam tu hehehehe…..klw nak buat bumbung tak ada ertinye dah klw org perangai mcm beruk….susah2.
    otak letak kt lutut,kaki letak kt kepala….
    kolam tempat mandi,,dah sedia kan tmp buang sampah setiap tgkt pun masih nk buang melalui tingkap….beruk lah sapa yg buat onar tu…..
    salam

  4. hmm… itu yang kes buang botol dalam / tepi kolam. dulu kat blok A ada kes buang sampah kat tepi tingkap tepi lif. tiga pat kali dia buang sampah jatuh atas bumbung depan lif tuh.. meleleh2 air busuk. tapi Alhamdulillah… orang tu dah tertangkap. dah takde lagi dah kes buang sampah kat tingkap tepi lif.

    bila difikir balik, apalah manusia ni. kat depan lif ada bilik sampah tapi sanggup buang sampah through tingkap tepi lif tu… memang takde sivik…

  5. Salam,

    apa punya tur……..ni jenis oghang nak mencabar kesabaran oghang lain la nii…….mcm beruk la….oghang dah bagi makan dio nak gigit tgn kita plak……..

    oghang mcm ni layak duk rumah kos rendah jerr…..sori yer bang yg duk rumah kos rendah……

  6. Org jenis nie…bukan dok kat bandar nie….nie dr hutan mana ntah dia kuar itu pasal dia buang sampah ikut hati mak bapak dia aje. Diorg nie jenis sekolah atas pokok itu pasal takde kesedaran sivik .
    Elok la kata Org Kota tu…elok buat kolam ikan jer la….dah kalu jenis tak reti nak jaga kemudahan yg disediakan nie.
    PS: Bela ikan keli la Org Kota baru masyukkkk skit…

  7. Salam,

    nampaknya waktam gagal jgk projek ambo nak beli ikan air tawar nii….kena cari tapak lain la nampoknye…..

    air kolam tu dah biru balik daaa…dah habis plankton hijau yg jadi makanan ikan keli ambo tuuu…terimo kasihla MO sbb gagalkan hasrat murni ambo tuu…

    lepas ni bapak ikan nak terjun plak kat air biru tu plak….hehee….

  8. salam…….
    mlm tadi lbh kurang jam 12.30am pagi tadi saya memandu keluar ,bila sampai di sekuriti gate..,saya nampak pak tam sedang memberikan nasihat kepada sekuriti,heheeheh
    tak tahu ayat atau plan utk meningkatkan psg kut…
    MAJU MAJU PSG JMB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: