Tangki air bocor di PSG!

Untuk makluman semua, tangki air di blok A telah mengalami kebocoran sejak beberapa hari yang lalu sehingga menyebabkan salah sebuah unit rumah penghuni di tingkat 16 di blok A dimasuki air. Kejadian yang berlaku pada 13hb Julai 2009 lebih kurang pukul 2.00 pagi telah menyebabkan siling di dalam bilik tidur utama unit tersebut diresapi air.

Penghuni unit tersebut telah bergegas memeriksa keadaan lokasi tangki air tersebut bersama wakil MO dan punca kejadian disyaki akibat kegagalan sistem kawalan air ke tangki yang menyebabkan pam terus mengepam air sehingga air melimpah melalui paip amaran akibat terlebih muatan. Air yang melimpah telah membanjiri bilik tangki tersebut kerana air tidak dapat mengalir keluar dengan sempurna ke dalam paip buang di bumbung tingkat 16 menyebabkan lantai di tingkat bawah berdekatan tempat letak motosikal basah. Baki air yang bertakung dalam bilik tersebut juga telah meresap ke titik lantai yang lemah menyebabkan tiris air masuk ke dalam unit rumah penghuni tersebut.

Sistem gagal berfungsi memang boleh dijangka akan berlaku tetapi apa yang amat mendukacitakan adalah kegagalan pihak pemaju Sureman Properties Sdn Bhd melakukan proses ‘waterproofing’ dan laluan air dalam bilik tangki tersebut yang dibina tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya ditambah pula sisa-sisa binaan yang menghalang laluan air tersebut.

Sehingga laporan ini ditulis, kejadian ketirisan air dari lantai bilik tangki tersebut masih berlaku dengan rancak.

Beberapa gambar yang sempat dikirimkan oleh penghuni unit tersebut:

5 Responses

  1. Salam,

    kesian betul kat penghuni tuu…pemaju punya pasal penghuni jadi mangsa………

    dengar cerita, pihak MO telah bertindak pantas menyelesaikan masalah tersebut….terima kasih laa…tapi penyelesaian sementara sahaja………..tak pasti plak sistem kawalan tu dah dibaiki ke belum….rasenya tak lagi kot sbb tu ambil masa & kos yg tinggi……..

    apa2 pun bleh la penghuni tu tidur nyenyak slpas ni….persoalannya siapa yg nak ganti kerosakan siling yg berlaku dlm bilik unit tu????

    bleh claim insurans ke? bleh tuntu ganti rugi ke dpd pemaju atau saman jer pemaju tu sbb menyusahkan orang jer!!!

  2. seperti yang pernah saya komen sebelum ini… “jangan terkejut kalau selepas ini banyak lagi perkara yang terjadi” yang melibatkan penipuan Sureman. wall dalam rumah (pembahagi dapur) tidak disediakan, pam air kolam renang pakai yang cikai punya sampai dah layak dipanggil kolam ikan, atap genting dah mula jadi Superman, bangunan retak…. lepas ni apa lagi????

  3. salam….
    ya betul tu…..di harapkan jmb dpt memberikan sedikit penerangan kpd penghuni psg ttg hak2 kita sbg pembeli di pangsapuri psg di bwh sureman di atas kejadian spt ini agar pembeli dpt bertindak kpd pemaju yg menipu pembeli…
    MAJU JMB PSG.

  4. Salam,

    Saya harap pihak JMB kena bertegas skit dgn sureman yg dah tak sure lg. Sureman nie mcm lepas tgn jer. Atap terbang tak repair, motor air pool pon tak repair nie tangki air pon tak repair jugak…biler nak repair???…takkan sampai kejadian yg tak diingini berlaku baru nak repair. Kalu susah2 sangat saman jer sureman nie baru dia tau skit.

  5. Salam,

    masalahnya waktam, tempoh tanggungan kecacatan (DLP) telah tamat di mana pemaju (sureman) tidak ada tanggungjawab secara sah di sisi undang2 lagi utk menanggung segala kecacatan/kerosakan yg berlaku selepas DLP tu….

    pasal atap tu mmg pemaju@pemundur telah menipu pembeli, sepatutnya bumbung PSG ni tidak sepatutnya direkabentuk spt itu….tidak sesuai utk bangunan tinggi lagi2 ia terletak di laluan angin ribut…tangki air tu mmg kerosakannya boleh dijangka, tp kegagalan pihak pemundur utk melakukan waterproofing pada lantai tangki sgt mengecewakan….mungkin cuba tipu pembeli sbb nak jimat kos….

    mmg JMB telah melaporkan segala kecacatan/kerosakan kemudahan awam (common area) dlm PSG ni kpd sureman semasa dlm DLP….tapi ntahla mmg pemaju ni nak mengelat kot dpd buang duit repair semua tuu…kena cek balik bon projek yg diberi tu..jgn pemundur tuntut bon tu selagi ia tak setel segala laporan kerosakan/kecacatan semasa DLP yg dilaporkan…..

    ambo ingat kita buat laporan berkenaan syarikat ni kat pihak kementerian atau pihak berkuasa lain supaya disenarai hitamkannya utk projek pd masa hadapan….baru padan muka….buat kerja tu biarla ikhlas….duit2 jugak….kepuasan pelanggan kenala jaga….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: