Kemaskini tentang perjumpaan Persatuan Penduduk Pangsapuri Saujana Gombak (PPPSG)

Seperti yang kita sedia maklum sebelum ini, satu perjumpaan dengan semua penduduk Pangsapuri Saujana Gombak telah diadakan pada 19hb Julai 2009 bersamaan hari Ahad lebih kurang pukul 11.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan Pangsapuri Saujana Gombak. Perjumpaan telah dipengerusikan oleh En.Mohd Feisal Mohamad selaku Penghulu PPPSG. Walaupun kedatangan penduduk kurang menggalakkan, beberapa agenda yang dirancang berjaya juga dilaksanakan. Diantara agenda yang telah dipersetujui adalah yuran pendaftaran seumur hidup sebanyak RM5.00 dan yuran bulanan minimum RM2.00 akan dikenakan kepada setiap ahli PPPSG. Tidak ketinggalan juga pemilihan untuk jawatan Ketua Blok dan Ketua Aras bagi blok A dan B serta pemilihan untuk mengisi jawatan Setiausaha, Bendahari dan Ketua Operasi bagi PPPSG turut diadakan. Senarai penuh perlantikan adalah seperti berikut:

Setiausaha: En.Shasurizal (A-6-10)
Bendahari: En.Rawi (B-3A-3A) dan En.Azizul (B-13A-2)
Ketua Operasi: En.Nazam (A-2-9)

Blok A
Ketua Blok: En.Zaidi (A-2-16)
Ketua Aras Tingkat 1-2: En.Khairul (A-1-7)
Ketua Aras Tingkat 3-4: En.Roslee (A-3A-7)
Ketua Aras Tingkat 5-6: En.Sham (A-6-3A)
Ketua Aras Tingkat 7-8: En.Shamsudin (A-8-5)
Ketua Aras Tingkat 9-10: En.Kamarul (A-9-2)
Ketua Aras Tingkat 11-12: En.Zaidy (A-12-6) – Pemangku
Ketua Aras Tingkat 13-14: En.Zulkifly (A-13-2)
Ketua Aras Tingkat 15-16: En.Mahadi (A-16-6)

Blok B
Ketua Blok: En.Aziz Maidin (B-2-2)
Ketua Aras Tingkat 1-2: En.Rohaizard (B-1-1)
Ketua Aras Tingkat 3-4: En.Fauzi (B-3-7)
Ketua Aras Tingkat 5-6: En.Aris (B-5-3)
Ketua Aras Tingkat 7-8: En.Ali Zulfikar (B-3A-7) – Pemangku
Ketua Aras Tingkat 9-10: En.Mohd Noor (B-10-5)
Ketua Aras Tingkat 11-12: En.Ramesh (B-5-2) – Pemangku
Ketua Aras Tingkat 13-14: En.Effendi (B-2-1) – Pemangku
Ketua Aras Tingkat 15-16: En.Izhar (B-9-2) – Pemangku

Perjumpaan tamat lebih kurang pukul 1.00 petang dan perjumpaan seterusnya dijangka akan diadakan pada 16hb Ogos 2009.

Beberapa gambar yang sempat diambil dari perjumpaan tersebut:

Beberapa penduduk yang telah sudi hadir. Terima kasih diucapkan!

Beberapa penduduk yang telah sudi hadir. Terima kasih diucapkan!

Kami tetap memberi sokongan walaupun tidak ramai penduduk yang hadir!

Kami tetap memberi sokongan walaupun tidak ramai penduduk yang hadir!

Kelihatan En.Roslizan (duduk), Setiausaha JMB, En.Feisal (berbaju putih belang), Penghulu PPPSG dan En.Aziz, Pengerusi JMB sedang membuat pemilihan jawatan

Kelihatan En.Roslizan (duduk), Setiausaha JMB, En.Feisal (berbaju putih belang), Penghulu PPPSG dan En.Aziz, Pengerusi JMB sedang membuat pemilihan jawatan

One Response

  1. Salam,

    ni la kot rakyat PSG yg ada…….yg lain ntah ke mana….ada jgak yg ngelat nak dtg jenis kera sumbang….

    apa2 pun tahniah kpd yg hadir sbb berjaya menghadirkan diri……tgk next meeting camne plak yer….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: