Notis Pengeluaran Pelekat Kenderaan Baru

Adalah dimaklumkan pelekat kenderaan baru (kereta dan motosikal) boleh didapati di Pejabat Pengurusan bermula pada 1hb Ogos 2009 sehingga 15hb Ogos 2009. Bagi penyewa, mereka mestilah menyertakan surat perjanjian atau surat pengesahan daripada pemilik unit. Untuk mendapatkan pelekat kenderaan ini, tuan/puan mestilah menyelesaikan tunggakan yang masih belum dijelaskan. Jika tuan/puan gagal mendapatkan pelekat kenderaan pada tarikh yang dinyatakan, pihak keselamatan tidak akan membenarkan kenderaan tuan/puan memasuki kawasan Pangsapuri Saujana Gombak.

Untuk sebarang pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi En.Mohd Izal di talian 017-8822981.

Management Office.

Nota: Notis juga telah dipamerkan di papan kenyataan di blok A dan blok B. Harap maklum.

17 Responses

  1. salam……
    setiker mcm dulu juga ke dia punya rupa….tunjukanlah di dlm blog ni…..bkn pe bila masa nk ambil klw sampai rumah pun dh kul 7pm…..
    t,kasih………………..

    • Salam,

      Rasanya lain sikit design dia, maaf buat masa ni tak dapat nak tunjukkan design stiker baru tu, sebab saya pun tak sempat nak ambil lagi. Tq.

      Moderator.

  2. Salam,

    Syabas JMB stiker baru dah kuar, cuma harap lepas nie jgn lah plak takde tindakan terhadap sapa2 yg parking ikut suka hati. Cuma saya musykil skit dan ingin bertanya pada JMB/ MO apsal keta biru yg parking depan lift blok A nie….tiada tindakan diambil atau dia nie ader syer dgn Sureman?

    JMB tolong la nasihat pemilik keta biru nie, bukan apa kalau ader emergency mcm? Harap pihak JMB dpt bagi penjelasan.

    PS: Mana pergi pengerusi JMB nie…sonyap jo…ko uzur ?

    • Salam,

      Selamat datang saudara Geng JI ke blog PSG. Untuk makluman saudara, berkenaan kereta biru tu, memang sudah lama JMB bagi nasihat tapi masih berdegil lagi. Rasanya telah diambil tindakan oleh pihak sekuriti. Pada pendapat saya, nasihat-menasihati ni tak perlu JMB sahaja yang perlu lakukan, semua orang atau lain-lain penduduk juga boleh memainkan peranan masing-masing untuk menegur sekiranya apa yang dilakukan memang salah dan menyusahkan orang lain. Tentang pengerusi JMB tu, lebih baik kalau saudara bertanya sendiri kepada beliau dan elakkan dari membuat tanggapan atau spekulasi sendiri, nanti lain pula jadinya. Harap maklum. Tq.

      Moderator.

  3. SALAM….
    SAYA DAH TGK SETIKER TU TAPI KNP WARNA NYE TAK TERANG….TAK MCM YG GUNA SKRG BLEH NAMPAK DARI JAUH…TAPI BENDA DAH ADA BEB ,PAKAI JE LE……..HUHHUH
    T,KASIHH MOD
    SALAM

  4. salam……….
    yo…….suruh je dia masuk ppr……ikut le undang2 di psg utk kebaikan psg gak…….
    yo…….kita balasoh je………hehehehehe……
    dah ada kan brg tu…..tapi tak nmpk lg psg pakai setiker tu……
    sekian……
    yang penting kerja sama…..
    mod bila nak siapkan mengecat parking gan no kereta…….
    saya nak buat pada parking saya ni…….saya buat sendiri…

  5. Salam,

    Minta (guard) pantau kereta yang masuk dengan menggunakan Pick-Up Vehicle Pass, tetapi park kereta di depan blok & tiada orang di dalam kereta.

    Ini menyusahkan kereta keluar masuk, especially utk yg dpt parking lot kt depan2 blok entrance.

    • Salam,

      Dalam situasi ini tindakan yang puan boleh ambil ialah dengan mengisi borang aduan yang boleh diperolehi di Management Office (MO) atau memuat turun dari blog PSG, dilampirkan bersama gambar yang puan ambil tersebut dan seterusnya aduan puan akan disampaikan oleh MO kepada pihak sekuriti untuk diambil tindakan sewajarnya. Tq.

      Moderator.

  6. Salam,

    harap2 sgt kalu pihak MO sambungkan tempoh 1-2 minggu lg utk penghuni PSG dptkan stiker tu bkn apa kalu bleh slpas gaji laa hujung bulan ni….

    bleh la sape2 yg masih tertunggak hutang tu bleh langsainya sblm ambil stiker tuu…alang2 dah keluar pon lambat ape salahnya bertimbangrasa bagi tempoh skit lagi utk depa yg dah kering poket tgh bulan tu…

    lagipon waktu bekerja MO tak mesra penghuni yg rata2 bz bekeje balik lewat ptg, pejabat MO pon dah tutup, pilihan yg ada ialah hari sabtu mintak jasa baik pihak MO terpaksa berkorban skit utk buka bisnes sampai jam 3 ptg ker…..

    hanya cadangan utk kebaikan semua…kene pikir alternatif lain yg win-win situation utk kedua2 belah pihak MO-penghuni PSG…

    ps: kawe punya hutang dah setel abis cuma takde masa utk ke opis MO tuu….lani kat kg di Kedah, hari sabtu ni la yg sempat ambik stiker tuu…

  7. salam…
    ya ya….alang2 terus je sampai ujung bulan……
    wah bagus gak ada setiker baru skrg ni….siap ada utk penyewa gan owner…..boleh lah kita beza kan mana owner gan tenant…hehehe…..sng sikit tau klw yg taknak ikut peraturan di psg ni….
    YANG PENTING KERJASAMA…….
    mod knp gan kolam mandi…????
    nanti ada yg ternak ikan keli……………..

  8. apehal nak beza2 pulak owner dgn tenant? ingat tenant semua buat tak elok ke? owner buat semua ok? rasional la skit.

    • Salam,

      Selamat datang ke blog PSG. Tiada apa yang berbeza, cuma warnanya sahaja, rasionalnya sama ada elok atau tidak bukan bergantung kepada stiker owner atau stiker tenant tetapi pada sikap individu itu sendiri. Tq.

      Moderator.

  9. salam…..
    ya betul……tu mod….
    tq…

  10. Ye tak ye jugak… maafkan saya bertindak mengikut perasaan…. tq Mod…

    • Takpelah bro, bulan Ramadhan sehari lagi ni… eloklah kita bermaaf-maafan…šŸ˜‰

      Moderator.

  11. salam”””’
    YANG……..PENTING KERJASAMA BRO…….
    SELAMAT BERPUASA ………
    JMB/PSG
    …………………………………………….
    ,,,,,,,,,,……..——–…../////

  12. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN……DAN MENJALANI IBADAH PUASA……SEMOGA DI BERKATI ALLAH…..
    KEPADA SEMUA PENDUDUK PSG YG BERAGAMA ISLAM………
    SALAM,,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: