Gerai jualan sempena bulan Ramadhan anjuran Sri Kandi

Kepada semua penduduk Pangsapuri Saujana Gombak,

Adalah dimaklumkan Sri Kandi akan membuka gerai jualan bersempena bulan Ramadhan pada setiap hari Sabtu & Ahad bertempat di perkarangan kolam renang. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Puan Ayu di talian 019-333 0504.

Sekian, terima kasih.

5 Responses

  1. Salam, nak tanya cif Sri Kandi,

    nak buat Sabtu&Ahad tu mula jam brapa?
    sewa tapak brapa?
    meja, kerusi & payung disediakan ke?
    apa barang2 yg boleh diniagakan?
    ini cubaan pertama, mesti byk kekurangan…
    mohon jasa baik Pn Ayu utk menjawab di blog ini bg makluman semua secara online…TK.

  2. Salam,

    ambo nampak lokasi tu tk brape strategik laa….susah nak tarik orang dtg tgk2….penduduk di blok A susah ckit nak p jengok ke blok B kalu takde urusan…

    ambo cadangkan lokasi diubah ke blok A sbb penduduk blok B pon akan lalu melintasi blok A jgak…buatla berdekatan dgn lif blok A….dekat peti2 pos tu ok gak….

    ingat nak join tp segan plak sbb semua muslimah…kalu tumpang letak barang ambik komisen bleh ker???

    emel ambo : wasar_77@yahoo.com

  3. tak bersepah ke nanti area tuh …. mgundang lalat/langau/cik ct …etc ….

  4. tak tahu le nk kate ape lg…perancangan kureng tu…

  5. minta maaf kerana lambat memberi respon. maklumlah, akhir tahun bermula bulan 9 memang company sibuk sikit dengan prestasi staff, audit kewangan, audit OT, bajet dll…

    just nak share yang gerai2 yang dibuka sempena bulan pose hari tu cuma dibuka pada hari sabtu dan ahad malam saja. coz kitaorang try bukak siang tapi macam takde sambutan sangat. try bukak malam pun macam tu jugak. kebanyakan orang yang lalu lalang cuma takat lalu dan pandang sahaja, tapi takut nak jenguk2 dan tanya2… nak kata barang2 tak menarik, rasanya dah cukup menarik… ada kuih raya, baju, table runner, aksesori wanita, tudung, brooch…

    macam mana kami nak jalankan aktiviti kalau tak dapat support dari penduduk semua.

    walau apa pun, terima kasih kepada yang take part seperti pn. lina, pn. ayu, pn. ana dan tidak lupa sedara pengerusi jmb kita sendiri (en. aziz) yang meniaga lengkong laici. support macam ni lar yang kami mau… orang kuat sendiri turun padang.

    walau bagaimanapun, kegagalan kali ni tak kan melemahkan semangat sri kandi. insyaallah, kami akan adakan aktiviti lagi dan kali ni khas untuk kanak2 sempena cuti sekolah. kami dalam perancangan untuk mengadakan lawatan ke kilang2 di sekitar shah alam (kilang coklat, kilang kosmetik dsbg). insyaallah… jika diizinkan Tuhan. bila kami buat aktiviti nanti, jangan lar tak join pulak ya…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: