Terkini: Tahap kualiti air di kolam renang PSG

Sepertimana yang diketahui tahap kualiti air di kolam renang PSG amatlah mendukacitakan sebelum ini. Perkara ini disebabkan masalah pam penapis air yang selalu rosak mengikut kata kontraktor sebelum ini. Tetapi masalah ini berjaya diatasi apabila ada rakan-rakan di kalangan penduduk sendiri yang mengambil inisiatif untuk mencari jalan menyelesaikan masalah pam yang selalu rosak ini. Rupa-rupanya kontraktor yang kononnya ‘pakar’ sebelum ini gagal membantu, kawan-kawan di PSG juga yang berjaya menyelesaikan masalah ini. Patutlah selama ini pam selalu rosak, rupa-rupanya banyak sampah di saluran perangkap sampah yang tidak diperiksa oleh kontraktor. Lihat sajalah gambar bagaimana perbezaan kualiti air sebelum dan sekarang ini seperti dibawah:

Kualiti air sebelum ini:

Kualiti air sekarang ini, jelas kelihatan dasar lantai:

Untuk kemudahan penduduk yang menggunakan kolam renang, pihak Pengurusan yang baru juga telah menyediakan ‘shower’ untuk membasahkan dan membersihkan badan sebelum dan selepas menggunakan kolam renang:

Semoga dengan penambahbaikan ini akan memuaskan hati semua pihak dan sebagai balasannya kita perlulah bertanggungjawab menjaga kolam renang PSG ini seperti harta kita sendiri!

2 Responses

  1. Salam, rasanya ambo dh lama tk melawat laman blog ni…..

    nampaknya ada sedikit kemajuan di PSG walaupun dlm kesempitan wang pengurusan….tahniah & terima kasih kepada semua yg berkorban masa & tenaga utk mengurus & menceriakan PSG kita nii….

  2. SALAM……
    TERUSKAN USAHA…..
    MAJU JMB/PSG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: