Polisi Blog

Polisi atau peraturan yang perlu dipatuhi ketika di blog PSG:

Kepada semua pengunjung blog PSG,

Sebarang komen yang dihantar samada yang berunsur perkauman, hasutan, politik, spam, kata-kata lucah dan kesat, apa juga bentuk pengiklanan atau jualan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pihak saya berhak untuk meminda, memadam atau tidak meluluskan komen-komen tersebut dari disiarkan di blog PSG ini. Mereka yang masih berdegil akan di ‘banned’ terus dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Ingin saya nyatakan disini bahawa polisi ini diadakan bukanlah mahu menyekat kebebasan bersuara atau komen anda, tetapi biarlah ianya dilakukan dengan cara berhemah dan bersopan.

Saya juga berharap bloggers menggunakan 1 (satu) ‘nickname’ sahaja untuk setiap komen yang ingin disiarkan. Jika didapati bloggers menggunakan lebih daripada 1 (satu) ‘nickname’ komen mereka itu akan dipadamkan dan tidak akan disiarkan. Untuk makluman semua blog ini mempunyai fungsi yang membolehkan saya mengesan bloggers yang sama tetapi menggunakan lebih daripada 1 (satu) ‘nickname’.🙂

Jika tidak mahu perkara-perkara ini terjadi pada anda, jadi sama-samalah kita menjaga tatasusila, mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tingkah laku kita sebagai bloggers serta bersikap hormat-menghormati antara satu sama lain demi menjaga nama baik blog ini dan PSG khususnya. Selamat ber’blogging’!

Moderator.

%d bloggers like this: