PPPSG

Persatuan Penduduk Pangsapuri Saujana Gombak(PPPSG) ditubuhkan adalah untuk;

1)Menyatu-padukan penduduk didalam komuniti Pangsapuri Saujana Gombak.

2)Mewujudkan masyarakat yang perihatin dalam isu semasa dan perkara yang berlaku didalam komuniti Pangsapuri Saujana Gombak dan sekitarnya yang melibatkan kepentingan bersama.

3)Mewujudkan masyarakat harmoni yang saling hormat-menghormati diantara satu sama lain.

4)Mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah berlandaskan Agama dan Undang-undang bagi kepentingan penduduk.

5)Untuk memberi khidmat masyarakat dan sokongan kepada semua penduduk khusus dalam kegiatan kemasyarakatan.

Persatuan ini terbuka kepada semua penghuni Pangsapuri Saujana Gombak dan tidak terhad kepada pemilik petak sahaja.

26 Responses

  1. Salam,

    maghi kito pakat kenal jire kito, susoh sene bersamo….

  2. Cuma nak tanya mengenaikan fungsi sebenar petak parking utk Visitor. Adakah utk pelawat yg datang sementara ataupun penduduk tetap sini yang mempunyai petak parking sendiri? Klau mengikut maksud sebenar Visitor adalah PELAWAT. PELAWAT itu penduduk tetap ataupun org yg datang melawat? Kalau tengok kat Parking Kereta Visitor itu,kebanyakan yg ada stick kereta penduduk tetap sini .Dan bila pelawat datang,mereka terpaksa Parking Luar.

  3. Dan yg juga jadi tanda tanya,apakah PEtak Parking utk orang cacat ataupun kurang upaya. Adakah petak itu utk orang yang memang cacat anggota ataupun orang yang cacat akal (Orang yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan tiada sebarang kecacatan akal mahupun anaggota).Pada pendapat saya,petak utk orang kurang upaya ataupun cacat,selayaknya diletak sebagai Petak Parking utk Orang2 yang cacat akal ataupun orang yang boleh berfikir dan berpelajaran tapi berfikiran seperti orang yang tak ada akal ataupun orang yang terencat akal.

  4. Dan yg juga jadi tanda tanya,apakah PEtak Parking utk orang cacat ataupun kurang upaya. Adakah petak itu utk orang yang memang cacat anggota ataupun orang yang cacat akal (Orang yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan tiada sebarang kecacatan akal mahupun anaggota).Pada pendapat saya,petak utk orang kurang upaya ataupun cacat,selayaknya diletak sebagai Petak Parking utk Orang2 yang cacat akal ataupun orang yang boleh berfikir dan berpelajaran tapi berfikiran seperti orang yang tak ada akal ataupun orang yang terencat akal.

  5. salam semua pembaca..

    itu yg menjadi kesangsian..

    (a) palang/petak parking utk kurang upaya/cacat.
    semasa pembinaan palang utk petak parking org kurang upaya tu.. tertanya2 gak.. mmg sure la yer ada org kurang upaya/cacat kat area PSG ni.. maybe saya pun kurang arif bab ini.
    harap mrk yg sihat upaya beware segala apa yg dilakukan oleh PPSG ini.. semua ini ada kebaikan utk kita semua yg dlm keadaan sempurna fizikal dan mental.

    (b) petak visitor – ni yg jd tanda juga pd saya.. samada Petak Visitor ini utk Pelawat yg dikategorikan sanak saudara penduduk tetap PSg yg dtg bertandang atau tido bermlm di rmh pduduk tetap PSG atau mrk yg punya kereta lebih dr 1 (di mana membolehkan mrk meletakkan kereta lebihan tu di petak visitor- begitu?)..ada caj ka utk miliki petaklebihan tu?😉

    sekian buat kali ini.. saya akan terbitkan komen/pdpt lg..

    terima kasih.

    • Salam,

      (a) Memang ada OKU di PSG ini, tetapi dgn syarat orang kurang upaya/cacat tersebut mestilah mempunyai kad id khas yg dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Mayarakat. Walaubagaimanapun, penggunaan parking OKU tersebut tertakluk kepada keputusan pihak JMB berdasarkan tahap kecacatan individu tersebut.

      (b) Petak pelawat hanya untuk pelawat shj bukan utk penduduk yg memiliki kereta lebih dari satu. Dgn adanya pos besi berantai, sistem clampping dan rombakan parking yang akan dilaksanakan nnt, Insya’Allah akan menyelesaikan masalah ini nnt. Akan datang kemungkinan akan ada petak parking sewaan yang akan dipilih secara undian sekiranya ramai yang memohon utk mereka yg mempunyai lebih kereta. Tq.

      Moderator.

  6. Pada pendapat saya berkenaan beberapa perkara yang diutarakan adalah seperti berikut:

    1. Parking OKU

    Untuk makluman definisi OKU bukan sahaja hanya untuk org cacat, buta, pekak mahupun yang berpendidikan tetapi cacat mentalnya. Ia meliputi beberapa kategori (sy syorkan kaji definisi tersebut pada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau KPKT sendiri). Ini adalah kerana selain dari golongan yang disebut di atas, ia termasuklah orng mengandung, orang tua, org uzur (tidak termasuk uzur wanita) dan lain-lain yang dfikirkan wajar dan layak untuk dikategorikan sbg OKU seperti tuan moderator maklumkan di atas. Kegunaan petak tersebut atas budi bicara JMB. jika seseorang itu layak melalui bertulis akan dipertimbangkan.

    2. Visitor Parking

    Visitor parking memang untuk pelawat.. sebab itu semasa masalah ini berlaku saya telah memberikan cadangan dengan mengadakan kad untuk setiap visitor yang hendak parking kepada Management Office. Ini atas beberapa alasan sepeti:

    – hanya visitor berdaftar sahaja boleh parking dan segala maklumat akan diambil oleh pak guard untuk keselamatan (sila pesan ka visitor anda, jgn beri IC atau KP pada guard).

    – kita boleh lihat siapakah penduduk tetap yang selalu parking disitu termasuklah kekerapannya. Ini memudahkan pihak pengurusan dapat membuat kajian jika ada penipuan atau ambil kesempatan untuk meletakkan kereta kedua atau penduduk yang malas nak parking kat level atas… so klu dah 365 hari asyik kete tu je takkan pelawat kan…

    bagi pelawat yang bermalam x jadi isu sebab dia akan mendaftar setiap hari (contoh jika ada sedara yag nak bercuti selama 2 minggu, tertakluk pada availability petak tersebut.

    3. Parking berantai

    Mungkin pihak pengurusan dapat mempertimbangkan palang yang terletak berhadapan dengan lobby blok dapat ditukat dari jenis yang boleh cabut. Kenapa… bayangkan klu nak pindah lori 3 tan takkan nak parking kat visitor.

    Selain itu juga dapatla dikaji semula palang2 tetap berantai di pintu pak guard (yang menghalang kenderaan masuk ke kanan selepas melepasi masuk pondok guard). harap juga dari jenis boleh cabut. Bukan apa untuk keselamatan kalau lori besar nak masuk, ia akan melalui private parking penduduk (level atas n bawah). selain itu juga aspek keselamatan jika berlaku kecemasan. harap sapa yang ahli bomba tu boleh komen pasal ni.

    Sekian

  7. Betul ape yang dikatekan oleh semua sahabat2 yg arif lagi bjaksana…
    Saya harap kita semua sentiasa faham akan peraturan n amalkan perkara2 yg betul.
    Berkenaan meninggalkan i/c atau lesen oleh visitor(Bahasa Melayunya ‘pelawat’) sememangnya saya rasa ini perkara yang tidak patut dilakukan..bahaya..nanti boleh disalahguna..kalau pergi ke bangunan pentadbiran di Putrajayapun x payah tinggalkan i/c atau lesen memandu kepada security. Cuma ambil maklumat pribadi pelawat je..itu dah memadai…terima kasih..

    • Salam,

      Selamat datang ultraman ke blog PSG. Setakat ini hanya lesen yang perlu ditinggalkan oleh pihak sekuriti dan menjadi tanggungjawab mereka sekiranya hilang atau disalahgunakan. Untuk pengetahuan anda, majikan sekuriti yang baru ini (Sigma Security) amat tegas dengan kakitangan bawahannya, sekiranya didapati melakukan kesalahan seperti yang anda maklumkan, majikannya tidak akan teragak-agak memberhentikan mereka yang terlibat dengan serta-merta. Harap maklum.

      Moderator.

  8. Assalammualaikum…cuba tuan pantau mereka yang mempunyai lebih daripada sebuah kereta. Didapati mereka ini meletakkan kenderaan di lot parking mereka dengan baik, bagus sekali. Cuma adalah kurang elok kereta yang sebuah lagi diletakkan pada lot parking orang lain(yg beli rumah tp belum duduk). Sebab rasanya tidak ada polisi(kalau ada, sila maklumkan) yang membenarkan kita boleh parking kenderaan pada petak parking orang lain tanpa izin tuan yang empunya. Kalau nak bertindak, biarlah adil dan saksama. Jangan ‘pilih bulu’ walaupun kena batang hidung sendiri. Keadilan adalah untuk semua. harap tuan MOD ‘faham’ dan bijaksana dalam pertimbangan.

    p/s: kalau yg terlibat kawan2 tuan mod mcmana ek???

    • Waalaikumsalam,

      Selamat datang ke blog PSG, Ultraman. Dalam situasi ini saya sarankan saudara bolehlah mengisi borang aduan dengan lengkap termasuk nama dan nombor unit sekiranya yang terlibat adalah lot parking saudara kerana sekiranya tiada aduan dibuat oleh pemilik lot parking, tindakan tidak akan dapat diambil oleh pihak sekuriti (maaf, bukan saya yang perlu ambil tindakan, tugas dan kuasa seorang moderator hanyalah setakat mengemaskini dan memantau blog ini sahaja secara sukarela dan saya juga adalah penduduk biasa macam saudara juga dan tiada apa-apa jawatan dalam JMB, harap maklum.)

      Moderator.

      p/s: saudara juga boleh bertanya sendiri pada mereka kerana ada juga yang menyewa lot parking dari pemilik lot parking tersebut.

  9. salam…..
    nak tanya kete biru sapa yg selalu parking di o.k.u di blok A……..tak nmpak cacat pon…..
    muskil…..,,,,,////????
    dan kereta kelabu myvi di blok B …..parking di o.k.u…maaflah sal saya musykil sapa yg kurang
    upaya……dlm pemerhatian saya org tu sihat je……tlg maafkan saya klw saya salah……
    saya cuma ingin tahu…..
    sekian

    • nape kereta x de sticker pon boleh park n x de tindakan diambil???

      • Salam tom-tom bak,

        Jika anda mempunyai aduan, sila isikan borang aduan yang boleh dimuat turun di blog ini dengan lengkap berserta NAMA PENUH dan NOMBOR UNIT RUMAH ANDA untuk pihak JMB/MO/sekuriti mengambil tindakan atas perkara ini. Jika tiada aduan secara rasmi dan bertulis pihak kami tidak akan dapat mengambil tindakan. Sila hantar borang yang telah lengkap ke Management Office dengan segera. Harap maklum.

        Moderator.

  10. mmm…nak tanya ader lagi tak apartment untuk di sewa?saya dan kawan2 berempat nak pindah dalam bulan november ni…hopefully ader la saper2 yg dapat bgtau ada apartment untuk disewa atau tidak di PSG….
    no fon: 013-3352868

  11. hello…slamt mnyambut deepavali kpd yg beragama hindu..

    p/s musykil nape parking visitor x boleh gune untuk visitor nak park kereta mereka..alasan tunggu AGM?

    • aku pun musykil jugak tiap kali parking visitor dipenuhi oleh owner yg berlagak seperti visitor… elok tak payah aje parking visitor ni… elok jugak tutup selamanya…. hehe…

      • ello PERISIK PSG…

        cuba demo ghisik oghe yg ado duo keto boleh pulok park kat sini.

        p/s renung2kan n selamat merisik…

    • Salam saudara ultraman & PERISIK PSG,

      Anda bolehlah menghadirkan diri ke meeting AGM yang akan berlangsung pada Ahad,25/10/2009 pada pukul 10 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Pangsapuri Saujana Gombak untuk mendapatkan penjelasan dan makluman yang lebih tepat mengenai perkara ini. Harap maklum.

      Moderator.

  12. assalamualaikum…
    kelakar rasanya bilo tgk hari ni(18 oktober 2009) parking visitor boleh pulak park kereta…kate nak tunggu AGM dulu(25 oktober 2009) . ini ape punye peraturan daa.. sekejap boleh, sekejap x boleh…elo bro!
    kena jadi kroni dulu baru boleh park kat situ ek!? jangan buat peraturan kalau x boleh ikut…

    p/s raso lawak bilo pihak security siap tunjuk notis dari JMB kononnya x boleh guna parking visitor hingga next AGM tp tetibe boleh pulok park??

    • allo tom-tom bak…

      cubo pulok demo jadi perisik mcm ambo… ado jugok 1 keto 1 van owner yang samo parking kat basement… dan lain2 lagi yg ado sapai 3 keto pun ado… dan ramai lagi yg takdok stiker parking kat dale… mu tok ghoyak pon… kenapo mu attack ore tu ajo…. jawappppp dehhhh…. pasa parking visitor mu buto ko… semale ado jamue rayo… dore pase kemoh kat parking owner…. mu tak tau apo2 ko?…. meme mu tak amik tau… mu ni kelakar sokmo wehhhh…. spt kato tue moderator, klu mu tak puas hati isi bore aduan, bagi namo mu no unit mu…. amace ado berani ko demo, ikut perature spt apo yg mu ghoyak tu????…. huhu…

      ps: semale mu turun gotong-royong tak????

      • cantik lah perisik… kengkadang dorang ni tak peka… kita kan dah pakai parking lot orang untuk pasang khemah so kita bagilah dorang tu parking kat visitor… ni kes tak bergaul orang lar nih… tak tau apa citer pastu tau nak bantai jer… lagi satu.. bab parking memarking, ada sticker boleh lepas.. itu bukan kerja kita.. itu kerja security dan MO. security yang tak pantau.. main lepas je sumer masuk pastu penduduk tau bantai kita. lagi satu, security bagi information salah. cuba kalau security tu cerdik pandai, jangan sesedap rasa je bagi information kat orang. pasal security ni pun satu.. masa awal2 dulu kemain bagus lagi service. skang ni dah jadi cam hak lama2 dulu dah… semua main bantai jer… pastu skang ni dah ada orang nepal lak (tak sure la nepal ke apa tapi foreigner lar… bahasa melayu pun tak reti). abih camno? orang2 baru nih, depa tak tau nak explain kat penduduk.

  13. allo tom-tom bak…

    mano mu tak jawap2 lagi nih??? cubo mu pande ke bawah kat visitor parking… dah kosong… takdok sapo yg parking doh… sudoh dikunci… perature tetap perature… biar semuo visitor @ owner tokleh masuk… huhuhu…

    ps: ambo doh tau doh perkaro ini akan berlaku… ambo doh tanyo sekuriti… dio kato tunggu keto semuo clear baru dio lock parking tu… hahaha… tunggu sampai AGM loooorrrr….

  14. salam….
    salamat menyambut raya depavalli dan hari raya yg akan berakhir beberapa hari je lagi….
    tentang jamuan depavalli dan hari raya mlm minggu hari tu ,amat bagus dan meriah lah gak…ramai penduduk yg datang…..
    cuma yang saya terkilan dgn sikap penduduk yg tiada kerusi utk menjamu duduk di tepi kolam,dan pabila selesai menjamu ,bekas makanan dan minuman
    tidak di buang di tong sampah yg telah di sediakan…..jgn jadi penghuni yg pengotor di psg ye….
    t,kasih

  15. hohoho… itulah pasai… hazelnut… dia olang talak peka apa jadik ini timpat (PSG)… olang manyak sibuk gotong-loyong… dia sibuk mau cali salah olang…. itu macam sampai bila2 ma lu pigang itu tombak… haiyaaa….. nangkutinang… kuikutikui… hehehe…

  16. takpe… takpe… itu dulu, sebelum dia insap… sikalang dia sulah insap maaa…. he he he…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: